Oleh pada 20 May 2017 kategori

Semua orang suka kereta yang bersih. Kalau boleh, nak kereta kita sentiasa berkilat tanpa sedikit pun kotoran. Di dalam kereta pula, nak sentiasa wangi dan bebas dari habuk.

Atas sebab itu, di mana-mana sahaja kita pergi pasti ada tempat cuci kereta yang menawarkan perkhidmatan mencuci bahagian luar dan dalaman kereta kita agar nampak lawa sentiasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tapi, cuci tak cuci, disebabkan kuman dan bakteria tak dapat dilihat, 4 tempat ni memang paling jijik cuma kita tak sedar.

Pemegang Pintu

Benda pertama yang kita sentuh sebelum masuk kereta. Pemegang pintu kita pasti ada habuk yang melekat padanya. Dan di tangan kita juga pasti ada kotoran yang kita pindahkan ke pemegang pintu bila saja kita tariknya untuk masuk ke dalam kereta.

handle

Cuba bayangkan, kita baru beli ikan di pasar atau baru habis main futsal. Tangan kita yang 'bersih' itulah yang kita guna untuk buka pintu.

Stereng Kereta

Tidak dapat dinafikan, stereng kereta kita adalah bahagian yang paling banyak kotoran yang tak kelihatan. Tambahan pula stereng yang dibalut dengan fabrik. Segala kotoran yang ada di jari dan tapak tangan kita, dipindahkan pula ke stereng, terutamanya apabila tangan kita lembab.

old steering

Sebelum balik dari main futsal tadi, kita bersalam dengan kawan-kawan kita. Entah apa yang digarunya sebelum tu. Mungkin ada sel kulit mati kawan-kawan kita di stereng kereta kita.

Tombol Gear dan Hand Brake

Tangan kita yang memegang stereng tadi, pastinya akan menyentuh tombol gear dan hand brake tak kiralah kereta kita bertransmisi automatik atau manual. Jadi, benda menjijikkan seperti air dari ikan dan ayam yang dibawa dari luar tadi dipindahkan pula ke dua tempat ini. Syabas.

knob 788

Kunci Kereta

Di kedai makan, kita letak di atas meja yang baru di lap. Semasa berjalan, kita letak di dalam poket yang lembab kerana peluh. Di tempat futsal, kita letak di dalam beg yang kita guna untuk simpan kasut. Kadang-kadang tu, memang sengaja disimpan di dalam kasut.

car key

Masa jalan ke kereta, kita genggam baik-baik kunci di tangan. Dah laa tangan berpeluh dan pegang sana sini..

Perlu diingatkan, makan di dalam kereta akan memburukkan keadaan. Kotoran yang anda bawa atau yang sudah terkumpul dan bersarang tadi akan akan dipindahkan pula ke dalam mulut anda.

Syabas sekali lagi.

Pesanan

Untuk mengurangkan tahap kejijikan ini, jangan lupa lap keempat-empat tempat tadi dengan disinfektan selang beberapa hari.

clean steering wheel

Kalau harap dekat tempat cuci kereta, segala benda dilap dengan sehelai kain buruk sahaja. Memang nampak bersih, tapi..

Jangan lupa SHARE. Untuk kebaikan semua.




Hakcipta iluminasi.com (2017)