Oleh pada 08 Oct 2023 kategori

Banyak pihak menyebut sebuah kereta sudah layak dianggap keperluan yang perlu anda untuk kita hidup di negara kita, khususnya di kawasan-kawasan pinggiran, desa dan pedalaman di mana kemudahan pengangkutan lemah atau mungkin juga tiada.

Selain dilihat sebagai keperluan, jenis kereta yang kita miliki juga dianggap sebagai simbol status - semakin mewah kenderaan dipandu anda, itu menandakan anda semakin berada siap kembang hidung semasa meluncur atas jalan raya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimanapun memiliki kereta mewah, juga boleh mengakibatkan reputasi anda tercalar sekelip mata. Bagaimana situasi itu boleh berlaku dan apa yang menyebabkannya?

Berikut adalah lima situasi yang mungkin sedang pemilik kereta mewah hadapi setiap masa.

1. Tersadai tengah jalan

kereta mewah tersadai tengah jalan

Sekiranya anda orang kebanyakan yang memandu kereta orang kebanyakan, mengalami kerosakan di tengah jalan merupakan satu perkara biasa. Tak ada orang hairan. 

Bagaimanapun kalau anda memandu kereta mewah, kebanyakan orang yang melihat kesusahan anda tersadai di tengah jalan pasti menyimpan tanggapan. Ini kerana pemilik kereta mewah biasanya mempunyai reputasi sangat menjaga kenderaan sendiri, diservis mengikut jadual berkala.

Melihat pemandu kereta mewah berhenti tepi jalan, jarang berlaku - tetapi kalau berlaku, apa agaknya yang mereka fikirkan? Kalau minyak habis, nak minta tolong pemandu lain yang lalu untuk tolong belikan pun, mesti rasa segan.

2. Baki tol tak mencukupi

baki tak mencukupi plaza tol

Bila memandu kereta mewah, secara automatik orang ramai akan cop anda tinggi kemampuan. Ada duit. 

Jadi tolonglah pastikan bila nak lalu tol tu, baki anda mencukupi. Sekiranya anda memandu kereta berkategori bajet dan palang tol tak buka kerana baki kurang, tak menjadi hal pun selalunya. Tetapi bila anda bawak sebuah kereta muscle keluaran Amerika Syarikat yang sering dipaparkan dalam filem dan anda terhalang palang kerana baki kurang, yang belakang anda pasti tersenyum sinis. 

3. Kereta kena tarik

kereta mewah kena tarik

Anda pernah menyaksikan depan mata anda kereta kena tarik? Menonton kereta biasa kena tarik dengan kereta mewah kena tarik, adalah dua pengalaman berbeza.

Ini kerana pemandu kereta biasanya tampak seperti orang kebanyakan, yang makan gaji, kais pagi makan pagi serta berpakaian jenama-jenama biasa saja. Yang pandu kereta mewah pula biasanya style - pakai kemeja, seluar branded dan kaca mata hitam di wajah.

Lepas tu kena tahan tepi jalan, diminta keluar daripada kereta dan terpaksa berjalan kaki. 

4. Kereta lebih mahal daripada kediaman

kereta mewah duduk flat

Segelintir rakyat kita mempunyai perancangan kewangan yang agak aneh, di mana mereka lebih sanggup berbelanja besar untuk kereta dan memilih untuk duduk di kawasan berkos rendah demi menyeimbangkan kewangan.

Jangan terkejut pula kalau anda berjalan ke kawasan kediaman berkos rendah, anda mendapati banyak kenderaan-kenderaan yang berharga RM100,000 ke atas atau model-model yang dibawa masuk secara terpakai dari Jepun diparkir di kawasan tersebut.

Bukanlah kami nak kata situasi ini salah, namun pada kami - ini bukanlah satu pilihan yang bijak.

Cubalah anda buat-buat nak bertandang ke rumah kawan-kawan anda yang berkereta mewah ni, tengoklah dia bagi atau tak. Kalau dia tak bagi, ada lah sebabnya tu.

5. Bila terpaksa meminjam duit

orang kaya tayang kekayaan 760

Memiliki kereta mewah secara automatik menjadikan seseorang itu mampu, kaya dan berada. Ini automatik! Tak boleh nak dinafikan. 

Sama ada benar-benar mampu itu belakang cerita, tetapi persepsi dan reputasinya sudah termaktub sedemikian rupa. Jadi bila orang ramai dah anggap anda mampu ni, perkara paling mengejutkan yang anda buat adalah cuba meminjam duit orang lain.

Ye lah, siapa sangka anda setiap hari ke sana sini bergaya naik kereta mewah - sekali tengok rupa-rupanya ada masalah kewangan sehingga perlu meminjam. Orang nak bagi pun kalau berhadapan situasi sebegini, rasa berat hati. 

Kereta mewah memang mampu mengangkat reputasi anda, tapi ingat - dengan memiliki kereta mewah secara tak langsung orang assume macam-macam tentang anda.

Berhati-hatilah membuat keputusan sebelum nak beli kereta mana ya!




Hakcipta iluminasi.com (2017)