Tali pinggang keledar adalah suatu kelengkapan yang ada pada semua kereta. Fungsinya adalah mengekalkan anda di tempat duduk kereta sekiranya berlakunya kemalangan. Sekiranya tidak dipakai, anda mungkin ‘terbang’ keluar apabila melanggar sesuatu di hadapan atau sekiranya kereta bergolek di atas jalan. Adalah satu kesalahan yang serius sekiranya anda didapati memandu tanpa memakai tali pinggang keledar dan anda boleh disaman sekiranya berbuat demikian.
BESARKAN TEKS A- A+
Walaupun dianggap sebagai alat untuk menjamin keselamatan semasa memandu, anda mungkin tidak tahu yang sebenarnya tali pinggang ini adalah ‘useless’ dalam situasi apabila anda dilanggar dari belakang.
Ya. Tali pinggan keledar hanya berfungi apabila kereta anda menerima impak dari hadapan. Mekanisma pada komponen tali pinggang keledar tadi akan mencengkam dan mengelakkan anda terhumban ke hadapan. Namun begitu, sekiranya anda dilanggar dari belakang, ianya tidak akan berfungsi. Anda boleh cuba sendiri apabila anda duduk di dalam kereta anda nanti.
Impak pelanggaran dari belakang akan menyebabkan badan anda terhenyak pada tempat duduk anda. Tempat duduk anda yang empuk itulah yang akan menjadi penyelamat anda dalam situasi sebegini.
Walaupun begitu, kepala anda mungkin tersentak disebabkan impak tadi dan mengalami kecederaan yang dinamakan ‘whiplash injury’.
Ianya disebabkan oleh pergerakan kepala secara kuat dan tiba-tiba dan menyebabkan kecederaan pada otot dan ligamen pada leher anda. Dalam kes yang serius, anda boleh mengalami rasa sakit dan sengal pada leher anda untuk jangkamasa berbulan-bulan malah bertahun-tahun.
Untuk mengelakkan ‘whiplash injury’ pastikan anda melaraskan kedudukan headrest pada tempat duduk anda pada ketinggian yang sesuai. Jangan pula cabut headrest tadi kerana tanpa anda sedar, ia juga adalah suatu peranti keselamatan di dalam kereta anda.
Sumber Rujukan: