Oleh pada 24 Feb 2018 kategori

Gaya pertahanan diri dan pertempuran moden banyak disumbangkan oleh pelbagai seni mempertahankan diri yang berasal dari Jepun. Selain seni Kung Fu yang datang dari China, seni mempertahankan diri Jepunlah yang paling banyak dipraktikkan di serata dunia serta mendominasi filem-filem aksi zaman kini.

sumo seni mempertahankan diri jepun

Selain Sumo, empat seni mempertahankan diri yang paling dikenali adalah Aikido, Iaido, Judo dan Karate. Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi sedikit pengenalan ringkas bagi keempat-empat seni tersebut:

1. Aikido

Pengasas Aikido iaitu Morihei Ueshiba tercari-cari kaedah berlawan yang bersifat mendamaikan. Mendamaikan di sini bererti ia "membela diri" sepenuhnya di mana penekanan lebih diberikan kepada pegangan yang kuat dan bukannya pukulan, selain mengelakkan diri daripada menyerang dan hanya menggunakan tindakan agresif pihak lawan ke atas diri mereka sendiri.

Morihei menyimpan hasrat untuk mencipta satu seni mempertahankan diri yang membolehkan para pengamal melindungi diri dan tidak mencederakan pihak lawan. Ketika itulah beliau mula mengasaskan Aikido antara tahun 1920 hingga 1930-an.

aikido seni mempertahankan diri jepun

Aikido mempunyai aspek kerohanian yang kuat kerana didasari falsafah dan amalan neo-Shinto.

Antara pengamal seni Aikido yang paling terkemuka adalah Steven Seagal dan Kisshomaru Ueshiba iaitu anak ketiga Morihei yang menjadi pemimpin aikido antarabangsa setelah kematian ayahnya.

2. Iaido

Antara tahun 1546 hingga 1621, seorang lelaki bernama Hayashizaki Jinsuke Minamoto Shigenobu tinggal di sebuah daerah yang kini dikenali sebagai Kanagawa. Hayashizaki merupakan lelaki yang bertanggungjawab menubuhkan dan mengasaskan seni lawan pedang eksklusif Jepun yang kini lebih dikenali sebagai Iaido.

iaido seni mempertahankan diri jepun

Disebabkan berisiko tinggi untuk menyebabkan kecederaan, seni Iaido sering dibuat dalam pertunjukan solo. Seperti kebanyakan seni mempertahankan diri Jepun yang lain, seni Iaido juga banyak mendalami ilmu dan falsafah keagamaan iaitu Konfusianisme, Zen dan Taoisme. 

Iaido adakalanya digelar "zen dalam pergerakan."

3. Judo 

Judo merupakan gaya seni mempertahankan diri yang popular sejak tahun 1882 lagi dan telah dimasukkan sebagai salah satu acara dalam sukan Olimpik tidak berapa lama dahulu. Istilah "judo" itu sendiri membawa makna "cara yang lembut" walaupun gaya seni ini bersifat kompetitif. Matlamat judo adalah untuk melemparkan atau menjatuhkan pihak lawan ke atas tanah. Caranya adalah dengan melumpuhkan dengan satu pegangan atau memegang pihak lawan dengan kuat sehingga mereka menyerah kalah. Serangan amat jarang digunakan dalam judo.

judo seni mempertahankan diri jepun

Antara pengamal seni judo yang popular:

  • Jigoro Kano : pengasas judo yang telah memperkenalkan seni mempertahankan diri ini sehingga diiktiraf sebagai acara sukan Olimpik
  • Gene LeBell : seorang pelagak ngeri dan ahli gusti yang merupakan bekas juara judo Amerika dan banyak menghasilkan buku berkaitan judo.
  • Hidehiko Yoshida : pemenang pingat emas sukan judo pada tahun 1992 dan pejuang MMA yang terkenal.   

4. Karate

Karate mula muncul di pulau Okinawa sebagai satu seni mempertahankan diri yang diubahsuai daripada gaya pertempuran orang Cina. Ia merupakan seni mempertahankan diri yang sangat lama dengan asal-usul sejak abad ke-14 lagi ketika China dan Okinawa menjalinkan hubungan perdagangan. Ketika itulah seni mempertahankan diri orang Cina diserap masuk ke Jepun.

karate seni mempertahankan diri jepun

Terdapat pelbagai gaya karate yang diamalkan di seluruh dunia, sekali gus menjadikan karate sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang paling popular hari ini. Antara gaya seni karate adalah seperti:

  • Budokan : gaya karate yang berasal dari Malaysia sejak tahun 1966.
  • Goju-Ryu : Goju-Ryu menekankan kedua-dua teknik "keras dan lembut" berbanding pukulan yang kuat.
  • Kyokushin : Walaupun pengasasnya dilahirkan di Korea, kesemua latihan Mas Oyama dibuat semasa beliau berada di Jepun. Seni kyokushin merupakan jenis pertempuran yang memerlukan sentuhan sepenuhnya.
  • Shotokan : Shotokan menekankan penggunaan pinggul dengan serangan dan halangan. Lyoto Machida baru-baru ini telah berjaya mengenengahkan gaya karate ini dalam dunia MMA yang sengit. 

Itulah serba-sedikit sejarah 4 jenis seni mempertahankan diri yang paling popular dari Jepun. Harap tidak ada pembaca yang tercari-cari maklumat tentang Taekwondo dalam artikel ini.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)