Dalam setiap ribuan atau jutaan kelahiran, pastinya ada satu yang lain daripada yang lain. Sama ada ia sesuatu yang positif atau negatif, ia akan tetap berlaku. Terdapat pelbagai komplikasi kelahiran yang terjadi di dunia ini yang sangat pelik dan menjadi perhatian ramai. Ada yang kagum dan ada juga yang mencaci. Namun, mereka yang dilahirkan tidak normal harus tabah dan kuat demi melalui hari yang mendatang.

iluminasi.com ingin berkongsi 4 komplikasi genetik yang pelik dan sangat jarang berlaku.

Liu Junjie - China

liu junjie

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berlaku di wilayah Anhui, China, seorang bayi dilahirkan pada tahun 2006 dalam keadaan tidak normal. Liu Junjie, dilahirkan mempunyai tiga tangan, sesuatu komplikasi genetik yang sangat jarang berlaku. Walaubagaimanapun, doktor telah berjaya membuang tangan yang lebih tersebut dan bayi tersebut memerlukan terapi fizikal yang agak lama bagi membolehkan kedua-dua tangannya yang tidak mempunyai tapak tangan supaya mampu berfungsi.

Disebabkan kes ini tersangat jarang berlaku, para doktor kekurangan maklumat dan berharap dapat bertukar-tukar informasi dengan doktor yang lain di seluruh dunia.

Lui Hua - China

lui hua

Juga berlaku di China, dimana seorang lelaki mengalami komplikasi yang sangat rare dikenali sebagai macrodactyly. Komplikasi itu menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital pada Julai 2007 di Shanghai. Ibu jari Lui Hua ketika itu berukuran 26 sentimeter dan jari telunjuknya pula hampir 30 sentimeter. Beliau telah menjalani pembedahan yang memakan masa selama 7 jam dan doktor telah mengeluarkan 5 kilogram daging daripada tangannya yang membuatkan saiz tangannya itu menjadi lebih kecil. 

lui hua 2

Ia merupakan tangan terbesar di dunia. Lui masih perlu hadir ke hospital untuk membentukkan semula tangan kiri dan bahunya. Hanya 3 jari yang tinggal pada tangan tersebut iaitu ibu jari, jari hantu dan jari kelingking. Menurut doktor, anggota badan boleh menjadi besar atau bengkak disebabkan beberapa faktor dan kemungkinan besar ia adalah Lymphedema. Satu lagi pembedahan akan dilalui oleh Lui Hua bagi mengembalikan saiz tangannya kepada normal.

Chandre Oram - India

chandre oram 2

Chandre Oram, menjadi objek sembahan di perkampungannya di Alipurduar, Bengal Barat, India kerana dilahirkan dengan satu ekor pendek. Mereka percaya bahawa Chandre merupakan jelamaanHanuman (penyembah tuhan Rama) kerana beliau lahir pada hari ulangtahun kelahiran tuhan Ram. Chandre memberitahu bahawa ramai yang mempunyai penyakit telah sembuh apabila menyentuh ekornya, dan setiap hari terdapat beribu-ribu orang beratur untuk mendapat rahmat daripadanya.

Namun, Chandre sukar mencari teman hidup disebabkan ekornya, yang mana sebanyak 20 wanita menolak lamarannya. Mereka pada mulanya setuju untuk berkenalan namun selepas melihat ekornya, mereka takut dan terus pergi. Chandre hanya mahu berkahwin dengan wanita yang sanggup menerima keadaannya berekor, jika tidak beliau akan kekal bujang seperti Hanuman.

chandre oram

Ibu bapanya telah berkali-kali menolak tawaran untuk melakukan pembedahan membuang ekor Chandre dan berasa sangat bangga dengan kelebihan itu. Menurut mereka, Chandre tak mampu hidup tanpa ekornya kerana sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Menurut pakar, ia merupakan satu komplikasi yang sangat pelik dan jarang berlaku.

Wang Fang - China

wang fang

Wang Fang, juga mengalami nasib yang sama, iaitu kelahiran tidak normal, apabila dilahirkan dengan kakinya terbalik. Beliau yang berasal dari bandar Chongqing, China bagaimanapun belajar menyesuaikan dirinya dengan komplikasi tanpa sebarang masalah. Walaupun berhak, namun Wang Fang menolak untuk menerima pencen kecacatan yang diberikan kepada mereka yang kurang upaya.

"Saya mampu berlari lebih pantas daripada rakan-rakan saya dan bekerja seperti orang biasa sebagai pelayan di restoran milik keluarga. Jadi tak ada sebab untuk kategorikan saya sebagai orang kurang upaya," - Wang Fang

Sumber :

1. Shanghaiist

2. Mirror

3. Huffington Post

4. NBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)