Ramai di antara kita yang mahu sentiasa kelihatan muda dan berusaha melambatkan proses penuan dengan apa cara sekalipun sama ada dengan menjaga pemakanan, bersenam dan juga menggunakan produk penjagaan kulit yang mahal.
Namun, jika anda mengalami komplikasi genetik yang jarang seperti kanak-kanak ini, kemungkinan tiada apa yang dapat diusahakan lagi.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin berkongsi 4 kanak-kanak yang kelihatan sangat tua berbanding umur sebenar
4. Yuxin - China
Bayi perempuan yang bernama Yuxin ini hanya berusia setahun, namun rupa parasnya kelihatan seperti berusia 60 tahun. Bayi ini mengalami penyakit kulit yang sangat jarang berlaku dan sedang dirawat di sebuah hospital di Zhengzhou, wilayah Henan, di tengah China. Salah seorang daripada doktor Yuxin percaya bayi ini dijangkiti penyakit Cutis Laxa.
Hanya Yuxin sahaja yang mempunyai komplikasi ini di antara lebih daripada 8 juta penduduk di bandar tersebut. Ibu Yuxin memberitahu bahawa kulit Yuxin agak longgar. Penyakit ini membuatkan mukanya menjadi berkedut dan pipinya kendur. Lebih teruk, kulit di bahagian badannya yang lain lebih kendur daripada wajahnya.
3. Bayi "Benjamin Button" - Bangladesh
Jika anda pernah menonton filem "Benjamin Button", ia mungkin dialami oleh bayi ini, dimana kelihatan seperti menua secara terbalik. Bayi yang dilahirkan di Bangladesh Medical College Hospital, Dhaka ini mengalami masalah genetik yang sangat jarang berlaku dikenali sebagai progeria.
Walaupun baru berusia satu hari, bayi ini kelihatan seperti sudah berusia 70 tahun.
2. Ramesh dan Laxman Jadhav - India
2 adik beradik berumur 8 dan 13 tahun ini, Ramesh dan Laxman Jadhav dari Pune, India Tengah, mengalami masalah genetik yang membuatkan tubuh badan mereka menjadi tua dengan sangat cepat. Kedua-dua kanak ini tidak diagnos dengan tepat oleh doktor, namun mereka yakin ia bukannya disebabkan oleh progeria, komplikasi genetik yang menyebabkan pesakit menua secara pramatang.
Mereka takut untuk keluar daripada rumah dan bersembunyi di bawah pakaian ibu mereka bagi mengelakkan diejek oleh kanak-kanak lain. Ibu mereka, Savita Jadhav, 30, sangat terdesak mendapatkan jawapan daripada doktor kerana bimbangkan anak-anaknya itu akan mati muda.
1. Bayezid Hossain - Bangladesh
Kanak-kanak berusia 5 tahun ini mengalami komplikasi kesihatan yang membuatkan badan dan wajahnya menua 8 kali ganda daripada biasa. Berasal dari luar Magura, selatan Bangladesh, Bayezid Hossain yang mempunyai kepintaran melebihi paras sederhana, dipulau oleh masyarakat tempatan dan kanak-kanak sebaya takut untuk bermain dengannya.
Bayezid dipercayai mengalami apa yang dikenali sebagai progeria, dan menyebabkan mukanya membengkak, mata menjadi kuyu, kulit kendur, sakit pada sendi-sendi, kesukaran membuang air kecil dan giginya mula patah.
Sumber :