Oleh pada 18 Sep 2017 kategori

al quran

Bahasa adalah satu perkara yang sangat penting dalam menghubungkan manusia. Namun, mempelajari bahasa asing merupakan sesuatu yang sangat sukar kerana di luar norma sesebuah bangsa dan merupakan sesuatu yang memerlukan latihan yang banyak.

Ramai orang asing yang datang ke Malaysia mengatakan bahasa Melayu antara bahasa yang paling mudah untuk dipelajari. Antara faktornya adalah sebutan kata yang jelas, serta susunan perkataan yang mudah difahami.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi antara 4 bahasa yang paling sukar di dunia untuk dipelajari.

Nota: Senarai ini tidak mengikut kedudukan dan mungkin berbeza bagi setiap individu, berdasarkan minat dan pendedahan.

4. Jepun

kanak kanak jepun

Bagi yang mempelajari bahasa Jepun, anda pasti bersetuju bahawa ia merupakan bahasa yang sukar. Bahasa Jepun digunakan oleh 125 juta orang di seluruh dunia, terutamanya di Jepun, tempat asal bahasa ini. 

Bahasa Jepun dikatakan sangat sukar kerana ia mempunyai sistem tulisan berdasarkan karekter, yang terdiri daripada puluhan ribu. Sebelum anda boleh menulis, anda perlu mempelajari dan menghafal karekter-karekter tersebut terlebih dahulu.

bandar jepun

karekter jepun

Sistem tulisan Jepun terdiri daripada tiga komponen, hiragana, katakana dan kanji yang mempunyai abjad berbeza, serta sistem dua suku kata yang menambah kesukaran.  

Namun, kanji merupakan perkara yang paling sukar dalam mempelajari bahsa Jepun. Kanji adalah sistem tulisan Jepun yang menggunakan karekter Cina. 

3. Korea 

korea selatan 204

Bagi yang meminati K-Pop atau K-Drama, anda pasti sangat berminat dengan bahasa Korea. Namun ia merupakan antara bahasa yang paling sukar di dunia. Terdapat 66.3 juta pengguna bahasa ini di seluruh dunia, dan merupakan bahasa rasmi bagi Korea Utara dan Korea Selatan.

Bahasa Korea merupakan bahasa SOV (subject-object-verb), yang berbeza dengan bahasa Melayu. Sebagai contoh, jika seseorang itu menyebut "Ali buah makan", ia kedengaran agak pelik, namun susunan begitu digunakan dalam bahasa Korea.

south korea 213

hangul

Tatabahasa juga sangat rumit, dengan konjugasi perkataan yang kompleks, susunan perkataan dan frasa pelik. Seperti bahasa-bahasa lain, bahasa Korea juga mempunyai sistem tulisan sendiri iaitu Hangul. 

Namun bagi mereka yang berbahasa Jepun, ia tidak sukar kerana terdapat persamaan.

2. Arab

orang arab

Arab, memang tidak dinafikan merupakan satu bahasa yang sangat rumit dan mendalam. Sehinggakan orang Arab sendiri tidak hebat dalam berbahasa Arab. Negara-negara yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa komunikasi adalah Algeria, Chad, Comoros , Djibouti, Mesir, Eritrea, Libya, Mauritania, Morocco, Sudan, Tunisia, Tanzania, Bahrain, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Oman, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman.

Terdapat dua pecahan bahasa Arab iaitu bahasa Arab moden (Lughotul Arabiyah Ittisoliah - fusha) yang merupakan bahasa komunikasi negara-negara di atas dan juga bahasa Arab Tinggi (Lughotul Arabiyah Al-Aliyah) yang digunakan dalam Al-Quran.

bahasa arab

Perbezaan di antara dua pecahan bahasa Arab ini bahasa Arab moden telah dimodenkan dan diringkaskan, dalam percakapan dan penulisan. Kesukaran bahasa Arab termasuklah penggunaan bunyi yang tidak biasa digunakan oleh bahasa lain seperti bunyi dari dalam tekak. Tatabahasanya sangat mencabar, yang mana kata kerja mendahului subjek.

Ia mempunyai kosakata yang sangat banyak, dianggarkan di antara 90 hingga 500 juta perkataan. Ada yang digunakan dan ada yang tidak. Tatabahasanya juga agak kompleks seperti perubahaan kata iaitu dari nominal [isim] kepada lisan [fiil], dan dari kata tunggal kepada majmuk.

negara yang menggunakan bahasa arab

Selain itu, bahasa Arab mempunyai banyak istilah khas, dan harus difahami serta dihafal, serta tarkib dan uslub yang beragam. Dan jika anda sudah fasih bahasa Arab, terdapat lagi satu kesukaran iaitu penggunaan dialek yang berbeza oleh pengguna bahasa Arab, mengikut lokasi dan negara.

1. Mandarin

republik china

Dikatakan bahasa paling sukar di dunia, sehinggakan terdapat orang Cina sendiri yang tidak tahu menulis bahasa ini. Ironinya, walaupun Mandarin merupakan bahasa paling sukar di dunia, ia juga merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di atas muka bumi. 

Pertama sekali, sistem tulisannya tersangat sukar, dan perlu menghafal beribu-ribu karekter.

contoh pinyin

Ia merupakan bahasa yang menggunakan tona suara. Setiap bunyi dalam sistem transkripsi pinyin mempunyai 4 sebutan yang berbeza, yang mana satu perkataan boleh disebut dengan 4 cara berlainan. Bermakna jika anda menggunakan tona yang berbeza, maksud perkataan akan berubah.

Sebagai contoh, "ma" boleh menjadi "ibu", "kuda", "kasar" dan juga "marah" bergantung cara anda menyebutnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)