Sejak berada di pasaran lebih dari 10 tahun yang lalu, Mr. Clean Magic Sponge atau lebih dikenali sebagai span magik ini telah mendapat sambutan hangat daripada pelanggan kerana magiknya.

Ia dikatakan mampu menanggalkan kotoran degil yang mana tidak boleh dilakukan oleh span biasa.

Namun, rahsia di sebalik bahan yang menghasilkan span ini iaitu span melamin (bahan yang sama digunakan sebagai penebat akustik dalam studio rakaman) tidak mempunyai magik tetapi lebih kepada kimia ringkas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan bahan-bahan yang terdapat dalam span magik ini.

Melamin

melamin digunakan untuk menghasilkan span magik daiso

Dengan sendirinya, melamin hanyalah asas organik dalam bentuk kristal putih.

Tetapi apabila digabungkan dengan sebatian lain, ia boleh berubah menjadi produk mewah iaitu span magik, dengan tekstur mikroskopik seperti kertas pasir.

Anda boleh menggunakannya untuk menggosok kotoran melekit dan kotoran dari semua jenis permukaan, tetapi elakkan daripada menggunakannya di permukaan halus atau berkilat.

Kandungan nitrogen tinggi dalam melamin juga menjadikannya kalis api dan baja yang berguna.

Pada tahun 2008, penipu-penipu dari China menggunakan melamin untuk menghasilkan susu dan susu formula bayi kelihatan mengandungi kandungan protein yang lebih tinggi.

Akibatnya, produk palsu itu telah membunuh enam bayi dan membuat hampir 300,000 yang lain sakit. Dua daripada pelaku telah dijatuhkan hukuman.

Formaldehid

formaldehid digunakan untuk menghasilkan span magik daiso

Perkara ini lebih dikenali sebagai cecair berbau yang digunakan untuk memulihara haiwan yang mati selama beberapa dekad dan mungkin selama-lamanya.

Dengan sendirinya, formaldehid boleh membahayakan dan kadang-kala boleh membunuh. Ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit, merosakkan tisu dalaman dan juga menyebabkan kanser.

Tetapi jika anda mencampurkannya dengan melamin, hasilnya adalah resin yang kuat di mana kesan toksik itu dineutralkan.

Kekuatan tegangan yang tinggi menjadikan resin sebagai bahan yang sesuai untuk peralatan makan dan lapisan atas pada kaunter di dapur.

Buih gas yang dipaksa membentuk dalam resin semasa proses pembuatan ini memberikan hasil yang menakjubkan, iaitu span magik. 

Natrium bisulfite

natrium bisulfite digunakan untuk menghasilkan span magik daiso

Dengan sendirinya, natrium bisulfite mempunyai sifat antimikrob, di mana ia sangat bagus sebagai pengawet untuk pembuatan wain.

Dalam penghasilan span magik ini, ia boleh membantu meningkatkan pengeluaran resin, tetapi ia digunakan dengan begitu berhati-hati kerana span sulfite yang diubah suai kurang stabil dan boleh mengeluarkan formaldehid dalam keadaan tertentu.

Air

air digunakan untuk menghasilkan span magik daiso

Procter & Gamble, syarikat yang menghasilkan span magik ini, mengatakan bahawa kunci kepada sifat melawan kotoran oleh span magik ini terletak pada "microscrubbers yang diaktifkan air" di dalamnya.

Tetapi tiada apa-apa yang melibatkan pengaktifan oleh air, di mana span ini boleh digunakan dalam keadaan kering mahupun basah, dengan sedikit perbezaan dalam hasilnya.

Walaubagaimanapun, air mungkin akan memudahkan kotoran untuk berpaut kepada span ini, sama seperti anda membasahkan tuala sebelum mengelap dinding atau meja.

Rujukan:

1. Bahan kimia yang terkandung dalam span magik daiso

2. How Stuff Works

3. Snopes




Hakcipta iluminasi.com (2017)