Oleh pada 29 Mar 2017 kategori

iluminasi berak makan 7

Sebagai orang Melayu dan Asia, amnya, kita sebenarnya amat beruntung tanpa kita sedari. Ada beberapa perbuatan yang kita pandang ringan tapi sebenarnya memberikan implikasi positif yang amat besar pada hidup kita. Berikut merupakan tiga contoh tabiat harian yang kita amalkan dan mungkin kita tak peduli fakta kenapa tabiat itu dilakukan, tetapi dibuktikan oleh sains sebagai tabiat yang terbaik untuk manusia.

1. Berak mencangkung

iluminasi berak makan 2

Seorang ahli biologi mikro dari Itali yang bernama Giulia Enders membangkitkan isu berkenaan cara kita melakukan proses nyahtinjaan.Melalui kajian yang dia lakukan dia mendapat kesimpulan yang penggunaan tandas duduk bukan cara paling efisien untuk berak.

Jika anda pernah melihat fakta yang dikongsikan berkenaan mencangkung untuk berak, perkara itu telah dibuktikan benar kerana hasil kajiannya membuktikan apabila mencangkung, usus akan menjadi lebih terbuka berbanding duduk yang membuatkan usus kita jadi seperti paip getah yang terlipat. Hasil kajiannya turut melaporkan yang 1.2 billion manusia yang mencangkung mempunyai kurang masalah berkenaan usus berbanding masyarakat barat.

Dia turut menyamakan teknik duduk untuk berak ini seperti meneran keluar usus kita dari lubang dubur. Cadangan beliau, letakkan bangku kecil di hadapan dan letakkan kaki. Ini perlu dilakukan kerana majoriti tandas yang dipasang di rumah kita adalah bentak jamban duduk.

2. Basuh punggung pakai air

iluminasi berak makan 5

Sebenarnya ada stigma di kalangan orang barat yang merasakan penggunaan getah paip air membuatkan tandas jadi lebih kotor. Tetapi dari segi praktikalnya, telah dibuktikan yang membasuh punggung menggunakan air adalah lebih baik kerana tindakan itu mampu menyelamatkan banyak penggunaan pokok. Statistiknya, di Amerika saja sebanyak 36.5 billion tisu tandas digunakan setiap tahun melibatkan 473 trilion air digunakan untuk menghasilkan kertas tisu dan 253 ribu tan klorin untuk memproses kertas. Jika dihujahkan yang penggunaan salur getah melibatkan lebih banyak air, air yang digunakan untuk menghasilkan tisu tandas jumlah sebenarnya lebih banyak. Itu belum mengambil kira kos tenaga elektrik yang digunakan.

Logiknya, lebih baik digunakan air berbanding tisu adalah mudah untuk diperjelaskan. Kenapa pinggan dibasuh dengan air selepas makan? Kenapa tak dilap sahaja pinggan tersebut dengan kain bersih? Secara saintifiknya, ada kemungkinan kandungan peluntur yang digunakan dalam pembuatan tisu mencemar permukaan usus yang terdedah akibat tindak balas kimia dan menyebabkan terlekat kandungan toksin ditubuh.

3. Makan pakai tangan

iluminasi berak makan 4 846

Sebuah kajian yang dilaporkan dalam jurnal Clinical Nutrition menjelaskan hasil kajian, pengguna yang mempunyai penyakit diabetis adalah golongan yang makan menggunakan peralatan. Ini kerana mereka makan terlalu laju sehingga badan mereka tidak bersedia untuk memproses kandungan gula dalam badan yang membawa kepada diabetis.

Di atas tangan kita pula terkandung bermacam jenis flora yang tidak merbahaya dan akan ditelan jika kita makan menggunakan tangan. Ini sebenarnya membantu melindungi mulut, tekak dan sistem penghadaman kita.

Selain itu, faedah makan menggunakan tangan dapat dibuktikan menerusi hasil kajian ke atas 1600 orang wanita di New Zealand yang dilapor dalam jurnal Appetite menunjukkan lebih ramai wanita yang menggunakan tangan merasa kenyang lebih lama berbanding wanita yang makan menggunakan utensil. Ini akan membantu dalam mengawal jumlah amaun yang dimakan.

Amacam? Bangga tak dengan budaya sendiri?


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)