Bencana wabak norovirus yang menimpa Sukan Olimpik bertambah kepada 232 kes sehingga kini, setelah 33 pesakit disahkan dijangkiti virus tersebut di beberapa lokasi lain, di Pyeongchang.
Terdahulu, kes norovirus dikesan di pusat remaja yang menjadi tempat tinggal kepada warga kerja mereka. Namun, kes terbaru didedahkan di rumah warga kerja di Pyeongchang dan Gangneung, iaitu hab utama acara sukan terbabit.
Norovirus senang berjangkit dan ia mampu mengakibatkan cirit-birit dan muntah.
Menurut jurucakap jawatankuasa penganjur Sung Baik-you, pihaknya selalu mengawasi kualiti air serta memastikan tempat itu sepanjang masa berada dalam keadaan bersih.
Menurut laporan buat masa ini, atlet tidak dijangkiti norovirus dan pihak jawatankuasa penganjur mengenal pasti wabak disebabkan oleh pencemaran air di pusat belia Horeb.