Oleh pada 17 Apr 2017 kategori

Siapa yang tidak kenal dengan bintang seni bela diri ini? Jika anda tak kenal, anda mungkin tinggal di bawah tempurung atau di dalam gua! Bruce Lee, atau nama sebenarnya, Lee Jun-Fan, merupakan seorang ahli seni bela diri, pelakon, ahli falsafah, penerbit filem, dan juga pengasas seni bela diri Jeet Kune Do.

Walaupun ramai yang kenal akan beliau ini, namun ramai juga yang tidak mengetahui fakta pelik mengenai bintang kelahiran San Francisco, California ini. Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 18 fakta pelik mengenai Bruce Lee.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Mempunyai darah kacukan Jerman

bruce lee ketika bayi u34

Datuk Bruce adalah 100% Jerman! Disebabkan Bruce mempunyai status bukan Cina asli, ia telah membuatkan beliau tidak diterima untuk belajar di kebanyakan sekolah Kung Fu pada tahun 50-an, dan membuatkan pilihannya sangat terhad. Tapi bagus juga, kalau tak mesti Bruce Lee tak dapat peluang belajar Wing Chun daripada Ip Man dan William Cheung.

2. Seorang pemandu yang teruk

Ramai rakan-rakan Bruce dari Amerika telah memberitahu media di dalam temuramah bahawa Bruce bukanlah seorang pemandu yang baik, dan selalu menyuruh rakannya Steve Golden untuk memandu untuknya.

3. Antara orang pertama yang mencuba kanta lekap

bruce lee rabun

Mungkin ini sebabnya beliau teruk dalam memandu. Bruce mempunyai penglihatan yang teruk, namun kanta lekap pada zaman dahulu sangat tidak selesa ketika dipakai. Jadi, beliau terpaksa menggunakan kaca mata besar yang beliau selalu pakai.

4. Berharap dapat berlawan dengan Muhammad Ali 'satu hari nanti'

Bruce menanggap Muhammad Ali adalah seorang peninju yang sangat hebat, dengan kelajuannya dan aspek teknikalnya. Beliau selalu menonton rakaman Muhammad Ali untuk mempelajari gaya dan 'meminjam' pergerakkan kaki Muhammad Ali. Malangnya, perlawanan itu, tidak akan pernah berlaku.

5. Berlatih menumbuk 5000 kali sehari

bruce lee berlatih

Beliau seorang yang sangat berdedikasi. Bruce Lee biasanya berlatih menumbuk sebanyak 5000 tumbukan sehari, untuk menguasai seni bela dirinya itu. Jadi tak hairanlah beliau boleh menjadi sekuat dan selaju yang anda biasa lihat di dalam filem.

6. Menebuk tin hanya menggunakan jari

Ya, tin zaman dahulu bukannya lembut macam sekarang, dan beliau pernah menebuknya hanya menggunakan jari. Jarinya luka akibat aksi itu ketika penggambaran Big Boss. Jadi kalau anda menonton cerita itu, cuba fokus kepada jarinya, yang dibalut kerana luka tersebut.

7. Mempunyai kelajuan yang luar biasa

sangat laju

Ini bukan lah satu rahsia lagi. Bruce Lee pernah membuat pertunjukan kelajuan dirinya dengan meletakkan duit syiling ke dalam tangan seseorang. Kemudian dia mengambil kembali syiling itu dan menggantikan dengan syiling lain, sebelum orang itu sempat menggenggam tangannya.

8. Suka mengunyah ganja

Dan ganja tersebut adalah jenis Nepal Hashish, sejenis ganja yang sangat kuat. Perkara ini menjadi salah satu kontroversi kematiannya. Ramai orang mengatakan kemungkinan beliau mati disebabkan penggunaan ganja. Beliau sendiri mengaku mengambil ganja dan mengunyahnya lebih daripada 10 tahun, namun bertukar pembekal sebelum kematiannya.

9. Membuang kelenjar peluhnya

bruce lee u311

Kerana terlalu kerap berpeluh dan kelihatan buruk akibat latihan dan keaktifannya, beliau telah membuang kelenjar peluh daripada ketiaknya. Beliau menjalani pembedahan membuang kelenjar tersebut pada 1972. Baru sekarang tahu yang anda boleh membuang kelenjar peluh!

10. Gagal ujian asas fizikal tentera

Ya, dengar macam kelakar. Pada 1963, beliau gagal ujian tersebut, kerana penglihatannya yang sangat teruk. Disebabkan itu, beliau terlepas dari dihantar ke Vietnam untuk berperang.

11. Berlatih bersama Chuck Norris

bruce dan chuck

"Ada satu masa kami berada di New York, tinggal di hotel yang sama. Semasa kami menaiki lif, kamu mula berlatih 'sparring' dan sambung lagi selepas keluar dari lif, dan akhirnya berakhir di depan lorong bilik hotel, pada pukul 4 pagi! Sampai sekarang saya masih berasa pelik kenapa sekuriti tak datang menegur kami. Atau mungkin mereka nampak, tapi takut untuk berbuat apa-apa!," kata Chuck Norris

12. Memberikan watak pertama Chuck Norris dalam dunia perfileman

Dalam filem 'Wrecking Crew' yang menampilkan Dean Martin, Bruce Lee merupakan koordinator aksi. Bruce memberikan satu babak singkat kepada Chuck Norris bermula dengan sebaris dialog, dan diikuti dengan babak pergaduhan. Falam babak itu, Chuck tidak kelihatan gagah, beliau menendang dengan teruk dan dipukul.

13. Seorang yang berat tulang

Perlukan bantuan di dalam rumah? Tak payah panggil Bruce, dia tak akan tolong. Melainkan ada masalah keselamatan.

14. Artis lakaran yang hebat

mempunyai bakat melukis

Beliau suka melukis, apabila ada waktu lapang, selain daripada berlatih. Nak tau apa yang beliau lukis? Jangan terkejut.

15. Bekerja bersama ramai pelakon pembantu dan ahli seni mempertahankan diri

bruce dan jackie

Ramai pelakon pembantu yang bekerja dengan beliau, dan kemudiannya menjadi bintang yang sangat popular di seluruh dunia, termasuk Jackie Chan, Yuen Biao, Sammo Hung, dan teka siapa, Chuck Norris.

16. Membawa pistol bersamanya

Apabila anda terlalu hebat, dan ramai orang di merata tempat ingin berlawan dengan anda untuk membuktikan kehebatan mereka, anda mesti risaukan keselamatan anda. Jadi, bagi Bruce Lee, beliau memilih untuk membawa pistol ke mana saja beliau pergi.

17. Caj berlatih dengannya yang tinggi

badan sado

Ya, berlatih dengan bintang ini bukanlah percuma. Beliau biasanya mengenakan caj $275 USD sejam untuk latihan seni mempertahankan diri secara persendirian bersamanya pada tahun 60-an, yang bersamaan dengan $2258 USD (RM9963) tahun 2017! Wow!

18. Tidak pandai berenang

Fakta yang paling tidak boleh diterima mengenai lagenda seni bela diri ini. Walaupun hebat berlawan, namun ada juga kelemahan beliau, iaitu tidak pandai berenang! Adik lelakinya Robert dan adik perempuannya Phoebe mendedahkan bahawa Bruce Lee sangat bencikan air atau laut, kerana beliau tidak pandai berenang!

Rujukan : Martial Arts Action Movie




Hakcipta iluminasi.com (2017)