Siapa sangka planet kita ini mempunyai banyak tempat menarik, yang unik, dengan pemandangan asing seperti bukan di bumi. Artikel kali ini akan berkongsi 17 tempat-tempat sedemikian untuk tatapan para pembaca semua. 

1. Naica Caves, Mexico

naica caves tempat alien

Turut dikenali sebagai The Crystal Cave of Giants, gua menarik ini ditemui secara tidak sengaja pada tahun 2000 oleh sekumpulan pekerja yang sedang melombong perak dan plumbum di kawasan berdekatan. Gua kristal ini terletak pada kedudukan 300 meter di bawah permukaan bumi dan mempunyai kristal terbesar di dunia, buat masa ini. Saiz kristal paling besar di gua ini adalah sepanjang 11 meter dengan berat 55,000 kilogram. 

2. Zhangye National Geopark, China

zhangye national geopark china tempat alien

Taman Negara Zhangye Danxia ini adalah antara landskap semula jadi paling cantik di dunia. Zhangye Danxia terkenal dengan kaleidoskop pembentukan batu pelbagai warna, menjadi bukit bukau di kawasan berkenaan kelihatan berwarna warni dan sangat ceria. Terdapat tujuh warna kesemuanya yang menghiasi bukit di kawasan berkenaan, antaranya termasuklah biru, zamrud, hujau, oren, merah dan kuning. 

3. Lake Baikal, Rusia

lake baikal tempat alien rusia

Turut dikenali sebagai Ozero Baykal, dan kadang kala dengan ejaan Ozero Bajkal, tasik ini terletak di bahagian selatan Siberia timur, Rusia. Tasik ini adalah tasik air tawar tertua di dunia, dengan usia sekitar 20 hingga 25 juta tahun. Lake Baikal adalah tasik paling dalam di benua Eropah, dengan kedalaman maksima pada 1,620 meter. 

4. Salar de Uyuni, Bolivia.

salar de uyuni bolivia tempat alien

Salar de Uyuni di Bolivia mempunyai pemandangan semula jadi yang sangat luas dan luar biasa. Merentasi lebih daripada 4,050 batu persegi kawasan Altiplano, ianya adalah kawasan bergaram paling besar di dunia, kesan daripada penyejatan tasik prasejarah berjuta tahun lalu. 

5. Waitomo Caves, New Zealand

waitomo caves tempat alien

Landskap batu kapur di kawasan Waitomo sudah menjadi tumpuan tarikan pelancong sejak seawal tahun 1900an lagi. Pada awal penemuannya, penduduk tempatan yang terdiri daripada bangsa Maori akan memainkan peranan sebagai pemandu pelancong. 

6. Spotted Lake, Canada

spotted lake tempat alien

Spotted Lake adalah sangat kaya dengan pelbagai jenis mineral. Ia mengandungi sedimen pekat seperti magnesium, kalsium dan sodium sulfat, selain kandungan yang tinggi lapan mineral lain serta sejumlah kecil perak dan titanium.

7. Door to Hell, Turkmenistan

door to hell turkmenistan darvaza gas crater tempat alien

Juga dikenali sebagai Darvaza Gas Crater, kawasan ini sebenarnya adalah medan gas asli yang membentuk kawah berapi setelah berlaku runtuhan. Para geologi terpaksa menyalakan api di medan berkenaan bagi mengelakkan pembebasan gas metana ke atmosfera, dan ianya telah membakar sejak tahun 1971 lagi. Kedalaman kawah ini adalah sekitar 30 meter dengan diameter 69 meter.

8. Socotra, Yaman

pulau socotra yaman tempat alien

Turut dikenali sebagai Soqotra oleh penduduk tempatan, Socotra sebenarnya adalah sebuah kepulauan Laut Arab yang terdiri daripada 4 pulau. Pulau yang terbesar adalah Socotra, nama yang sama dengan kepulaun tersebut. Menariknya tentang pulau-pulau ini. ianya mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, dan yang berjaya menarik perhatian pelancong adalah pokok endemik spesis Dracaena cinnabari.

9. Fly Geyser, Amerika Syarikat

fly geyser tempat alien

Fly Ranch Geyser, atau Fly Geyser adalah kawasan pancutan air panas sebagai kesan daripada aktiviti geotermal. Sumber medan haba Fly Geyser adalah daripada kolam batu panas yang sangat dalam. Fly Geyser sebenarnya bukanlah membentuk secara semulajadi, namun ianya adalah hasil secara tidak sengaja ketika penggerudian telaga pada tahun 1964, sebagai salah satu usaha kerajaan AS untuk mencari sumber tenaga geotermal. 

10. Vatnajökull Glacier, Iceland

vatnaj kull glacier iceland tempat alien

Vatnajökull Glacier adalah topi ais (ice cap) terbesar di Iceland, dan glasier ketiga terbesar di Eropah, meliputi 8 peratus tanah besar negara pulau berkenaan. Taman Negara Vatnajökull yang terletak di barat daya Iceland ini adalah merupakan lokasi tumpuan bagi aktiviti pendakian (dari Skaftafell), menaiki bot, pakej ukiran ais (dari lagun glasier Jökulsárlón). 

EKSTRA

11. Staffa, Scotland

staffa scotland tempat alien

12. Obir Dripstone Caves, Austria

obir dripstone caves austria tempat alien

13. Toyama Bay, Jepun

toyama bay jepun tempat alien

14. Puna Grasslands, Peru

puna grasslands peru tempat alien

15. Tsingy de Bemaraha, Madagascar

tsingy de bemaraha madagascar tempat alien

16. Richat Structure, Mauritania

richat structure mauritinia tempat alien

17. Rio Tinto, Sepanyol

rio tinto sepanyol tempat alien

Ada para pembaca yang pernah sampai ke mana-mana tempat dalam senarai ini tak?

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. stormchaser.ca
  2. wanderingtrader.com
  3. britannica.com
  4. nationalgeographic.com
  5. waitomo.com
  6. guidetoiceland.is
  7. thisisinsider.com
  8. boredpanda.com

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)