Memandangkan jarak yang hampir sama di antara Bumi dan Marikh dengan Matahari, ia agak tidak mustahil bagi manusia untuk berangan-angan untuk menjadikan planet itu sebagai boleh didiami oleh manusia.

Namun, jangan tawarkan diri anda secara sukarela untuk mengikuti pengembaraan ke Planet Merah dengan roket Elon Musk lagi.

Walaupun Marikh mungkin planet dalam Sistem Suria yang paling hampir sama dengan Bumi, namun ia masih mempunyai perbezaan yang ketara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan kebanyakan daripada perbezaan ini membuatkan planet ini tidak sesuai untuk organisma hidup seperti kita manusia. Jom kita lihat perbanding antara Bumi dan Marikh.

planet marikh dan bumi 900

PlanetMarikhBumi
Nama samaranPlanet MerahPlanet Biru
Asal namaTuhan perang RomanTanah
Jarak dari Matahari228 juta kilometer150 juta kilometer
Diameter6,778 kilometer12,742 kilometer
Lilitan21,344 kilometer40,074 kilometer
Relatif kepada jisim tanah Bumi0.107 1, tapi sebahagian besar jisim air
Tempoh putaran24 jam 37 minit23 jam 56 minit
Tempoh orbit687 hari365.25 hari
BulanDiemos, Phobos WarrenSailor
Pertama kali dilihatAbad kedua BCEPertama kali orang pertama di dunia melihat melihat tanah
Julat suhu-152 °C hingga 20 °C-87.7 °C hingga 57.7 °C
Jenis hidupanTiadaManusia, haiwan dan tumbuhan
Puncak tertinggiOlympus Mons (21.9 km)Gunung Everest (8.9 km)
Komposisi atmosferaKarbon dioksida (96%), Argon (2%), Nitrogen (2%)Nitrogen (78%), Oksigen (21%), Argon (1%)
Umur4.6 bilion tahun4.54 bilion tahun

Jadi, ini adalah perbandingan antara kedua-dua planet. Tetapi, bagaimana rasanya jika kita berada di atas permukaan Marikh? 

Tarikan graviti lebih rendah di Marikh 

perbezaan tarikan graviti di bumi dan marikh

Marikh hanya mempunyai kira-kira sepersepuluh daripada jisim Bumi. Ini bermakna tarikan graviti ke atas objek adalah sangat rendah. Oleh itu, seseorang yang beratnya 80 kilogram di Bumi akan menjadi hanya 30 kilogram sahaja di Marikh. 

Marikh mempunyai air

sumber air di marikh

Apa yang paling menggembirakan bakal pengembara dan penjanah planet adalah berita bahawa planet ini mempunyai kewujudan air ais.

Terdapat takungan air beku yang luas di bawah permukaan Marikh dan juga ais di permukaan kawasan kutub utara planet ini.

Marikh "berkarat"

permukaan di planet marikh

Permukaan Marikh kelihatan mempunyai warna kemerahan hasil daripada besi oksida yang banyak, yang merupakan sebatian yang sama yang terdapat dalam karat dan darah.

Dahulunya, graviti Marikh menarik jumlah besi yang banyak ke permukaannya. Namun pada satu ketika, besi ini menjadi terdedah kepada oksigen yang cukup untuk menukarkannya kepada besi oksida.

Oleh itu, ia membuatkan permukaan Marikh kelihatan seperti berkarat.

Marikh mempunyai dua "anak"

2 unit bulan di marikh iaitu phobos dan deimos

Dua bulan di Marikh iaitu Deimos, yang bermaksud "keganasan" atau "ketakutan," dan Phobos, yang bermaksud "panik" atau "ketakutan" - dinamakan bersempena nama anak-anak tuhan perang Yunani, Ares.

Menurut legenda, kedua-dua anak lelaki ini akan mengikut ayah mereka dalam peperangan. "Marikh" adalah nama Ares dalam bahasa Rom.

Namun nampaknya orang Rom kuno tidak peduli tentang Deimos dan Phobos, untuk memberikan nama kedua-dua anak lelaki Ares dengan nama Roman. 

Marikh memiliki gunung berapi terbesar dalam Sistem Suria    

olympus mons

Puncak tertinggi di Marikh juga merupakan gunung berapi yang paling terkenal di Sistem Suria. Olympus Mons mempunyai ketinggian lebih daripada dua kali berbanding Gunung Everest dan dipercayai gunung tertinggi kedua di dalam Sistem Suria.

Gunung tertinggi dalam Sistem Suria dipegang oleh Rheasilvia, yang terletak di atas asteroid dalam lingkaran ateroid, dan mempunya ketinggian lebih daripada Olympus Mons sebanyak 10 kilometer.

Udara di Marikh boleh membunuh

udara di marikh boleh membunuh manusia

Walaupun suhu udara di khatulistiwa Marikh boleh mencecah 20 °C yang selesa di bawah sinaran matahari.

Namun bernafas menggunakan udara ini akan membuatkan anda sesak nafas dan mati, disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera.




Hakcipta iluminasi.com (2017)