Terdapat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di atas muka bumi ini. Tanpa makhluk ini mungkin bumi kita tidak akan menjadi sama seperti sekarang. Kebanyakkan haiwan bertindak mengikut naluri dan bukan berdasarkan pemikiran. Namun begitu tahukah anda terdapat haiwan yang telah diujikaji kepintarannya dan dibuktikan lebih bijak dan pandai daripada haiwan yang lainnya. Kami ingin kongsikan bersama anda 15 jenis haiwan yang didapati lebih bijak dan boleh dikatakan mengagumkan manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

15. Semut

semut

Semut dipersetujui adalah serangga yang paling bijak di atas muka bumi. Semut memiliki otak yang paling besar dibandingkan serangga yang lainnya. Semut didapati mempunyai kepintaran, strategi dan cara mereka tersendiri. Mereka tahu bagaimana menghantar pemantau untuk mencari makanan dan akan melaporkan kepada kumpulannya apabila menemui makanan. Semut juga tahu bagaimana membahagi tugas di antara memburu dan mengumpul. Semut juga sangat bersifat territorial dan akan menyerang apa sahaja yang mengganggu mereka. Mereka juga sangat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.

14. Labah-labah melompat Portia Labiata

labah labah

Labah-labah ini juga dikenali dengan nama Portia Bermisai Putih. Di dalam ujikaji yang dilakukan di dalam makmal, para saintis mendapati haiwan ini berjaya menyelesaikan beberapa permasalahan. Salah satu dari kebolehan mereka ialah mencari makanan. Ia akan pergi mencari labah-labah lain di sarang mereka dan berpura-pura seperti mangsa yang tersangkut pada sesawang labah-labah itu. Apabila labah-labah mangsa mendekatinya ia akan membunuh dan memakan mereaka. Ia juga mudah untuk belajar kaedah spesis labah-labah yang menjadi mangsanya dan akan meningkatkan kejayaan memburu mereka. Portia Labiata ini mempunyai pandangan yang sangat tajam dan selalu menggunakan kaedah pendekatan trial and error untuk memburu mangsanya. Labah-labah ini juga pandai memilih makanan mereka berdasarkan mana yang paling mudah untuk diburu.

13. Anjing

anjing 34

Mungkin ramai yang terkejut apabila anjing berada pada ranking bawahan ini. Ini kerana disebabkan manusialah yang mengubah DNA mereka supaya lebih bijak dan menjadi pendamping manusia. Pada asalnya keluarga anjing dan serigala ini tidaklah begitu bijak secara semulajadi. Namun begitu mereka boleh diajar beberapa cara untuk memahami manusia. Akan tetapi serigala tidak boleh diajar sebegini. Hanya anjing yang lebih jinak dan berada disekeliling manusia sahaja yang boleh menyesuaikan diri mereka dengan beberapa kaedah pembelajaran yang betul.

12. Burung Merpati

merpati

Burung merpati merupakan salah satu spesis haiwan yang boleh terbang paling bijak. Kebanyakkan kita tahu bahawa burung merpati digunakan sebagai pengantara atau penghantar maklumat semasa perang dunia pertama dan kedua. Mereka juga berkebolehan untuk mengenal orang dan tempat yang banyak pada satu-satu masa. Dalam ujikaji yang dijalankan mereka berjaya menyelesaikan banyak teka-teki dalam masa yang singkat dan hanya sedikit sahaja haiwan yang dapat melakukannya. Maka tidak hairanlah jika ianya digunakan di dalam tektikal perang.

11. Octopus Berbintik

octopus

Octopus merupakan haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang yang paling pintar. Dalam ujikaji mendapati haiwan ini menunjukkan kebolehannya dalam memori jangka panjang dan pendek. Mereka akan memerhati terlebih dahulu sebelum menyelesaikan masalah. Octopus mempunyai sistem saraf yang besar merangkumi 2/3 keseluruhan badannya. Derianya yang banyak terdapat pada saraf di bahagian sesungutnya atau "misai". Haiwan ini juga merupakan pakar dalam peniruan dan penyamaran dan digelar sebagai escape artists yang profesional. Pada satu kejadian di Pusat Akuarium Santa Monica, octopus jenis ini telah menyebabkan kebanjiran apabila membuka valve air dan menyebabkan tangki akuarium yang besar overflow.

10. Raccoon

raccoon

Raccoon adalah salah satu haiwan yang tidak mudah berasa takut dan konfiden. Mereka sentiasa kelihatan mengawal sebarang keadaan apabila berada di dalamnya. Mereka juga bergerak di dalam satu kawanan keluarga mereka sendiri. Raccoon juga dikenal pasti mempunyai hubungan yang rumit dan kompleks dengan haiwan sejenis mereka. Dalam ujikaji dijalankan mereka boleh menggunakan pelbagai alatan untuk menyelesaikan masalah. 

9. Tupai

tupai

Tupai merupakan salah sejenis haiwan yang paling kuat azamnya. Jika ia inginkan sesuatu ia pasti akan mencubanya sampai dapat atau tertewas. Walaupun habitat asalnya adalah hutan belantara namun ia juga dapat menyesuaikan dirinya dengan begitu baik sekali di dalam bandar. Walau bagaimanapun ia seringkali dilihat sebagai pencuri atau penjahat. Ini kerana keazamannya yang kuat dan kebolehan daya ingatannya untuk mengingati perangkap atau kesilapannya sebelum ini dan memperbaikinya.

8. Tikus

tikus

Walaupun ia dianggap sebagai makhluk perosak, namun haiwan yang mempunyai psaikologi yang hampir seperti manusia membuatkan ianya paling banyak digunakan di dalam ujikaji makmal. Tikus mempunyai kebolehan ingatan yang dipanggil metacognition yang hanya terdapat pada manusia dan segelintir haiwan. Mereka boleh menggunakan deria rasa dan pendengaran untuk mencari landmines dan bom. Haiwan kecil ini juga boleh menunjukkan rasa gembira, sedih, stress dan menyesal.

7. Khinzir

khinzir 353

Khinzir telah lama dibuktikan lebih bijak daripada anjing. Dalam ujikaji menunjukkan khinzir boleh dilatih seperti anjing dan kucing. Apa yang membuatkan mereka pintar adalah cara pergaulan mereka yang rumit. Ibu khinzir juga telah ditemui akan menyanyi pada anak-anak kecilnya semasa dijaga. Dalam ujikaji yang dijalankan, mereka juga berjaya menyelesaikan masalah permainan video yang mungkin akan membuatkan anda terkejut. Dalam permehatian para pengkaji, khinzir akan mengikuti khinzir yang lain untuk mencari makanan sebelum mencuri makanan yang dijumpai. Ia akan belajar bagaimana cara untuk mencuri dan menipu khinzir yang lainnya. 

6. Burung kakak tua perang Afrika

kakak tua

Burung kakak tua perang Afrika ini adalah spesis haiwan yang sangat bersioal, penyayang dan bijak. Kebolehan mereka belajar ratusan perkataan manusia dan mengulanginya. Sesetengah pengkaji berpendapat bahawa spesis burung ini mempunyai kepandaian seorang kanak-kanak berumur 5 tahun. Burung kakak tua perang Afrika yang paling terkenal ialah Alex (1976-2007). Seorang ahli psikologi bernama Irene Pepperberg telah menjalankan ujikaji terhadap Alex dan mendapati ia boleh mengenali lebih dari 50 barang, 7 warna dan 5 jenis bentuk. Alex juga boleh membezakan mana yang lebih kecil, lebih besar, dan berbeza. Alex juga menghafal lebih dari 150 patah perkataan. Apabila ia penat ia akan berkata "saya pergi dahulu" dan apabila dia menunjukkan perangai yang menjengkelkan ia akan berkata "saya minta maaf".

5. Burung Gagak

gagak

Burung gagak ini dianggap burung paling pandai di dalam spesisnya. Seperti burung kakak tua juga burung gagak boleh diajar bercakap. Mereka boleh mengira, belajar rupa bentuk yang rumit dan menyelesaikan beberapa tugasan yang diberi. Gagak jenis New Caledonian ditemukan menggunakan sejenis alat memotong rumput untuk membuat sarang. Gagak juga menjatuhkan kerang, kacang dan pelbagai benda lagi untuk membukanya dan sehinggakan menjatuhkannya di jalan dan menunggu untuk kenderaan melanggar dan membukanya supaya ia boleh memakan isinya. Kajian mendapati sifatnya yang rumit membolehkan ia mengagihkan tugas di antara memantau, mencuri, dan menjadi umpan.

4. Gajah

gajah 670

Gajah adalah sangat pintar. Mereka mempunyai saiz otak yang sangat besar mahupun jika dibandingkan dengan skala badan dan otak manusia. Mereka memiliki kepintaran yang rumit di mana mereka boleh mengorbankan seekor gajah untuk menyelamatkan sekawan kumpulan yang lain. Mereka juga dikenali kerana kebolehan melindungi anak-anak mereka. Apabila mereka sakit, mereka tahu untuk memakan daun tertentu yang membuatkan mereka beransur pulih bergantung kepada penyakit. Selain manusia, mereka adalah salah satunya spesis yang mengkebumikan bangkai gajah yang lain mengikut cara mereka. Mereka juga menggunakan belalai mereka sebagai salah satu alat yang menakjubkan seperti melukis. Gajah juga dapat mengenali rupa masing-masing jika melihat ke dalam cermin tidak seperti haiwan lain. 

3. Chimpanzee

chimpanzee

Chimpanzee dikenali kerana kebolehannya mengingati sesuatu perkara lebih dari haiwan lain. Mereka boleh menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan manusia. Chimpanzee juga pintar menggunakan alatan yang diberikan manusia. Mereka didapati menggunakan strategi dalam menewaskan musuh dan mangsa. Pada tahun 2006, kajian menunjukkan haiwan ini mempunyai 98% genetik DNA yang sama dengan manusia. Baru-baru ini pula ditemukan ia boleh mengajar anak mereka bahasa isyarat tanpa sebarang bantuan manusia.

2. Ikan lumba-lumba

ikan lumba

Ikan lumba-lumba mempunyai kebolehan dalam berhubung di antara satu sama yang lain. Mereka juga memahami isyarat manusia tertentu seperti perkataan "bola" dan objek yang lain. Mereka juga memahami fungsi nombor dan memberi tunjuk balas terhadap beberapa soalan yang dikemukakan. Kebolehan mereka memproses maklumat melalui cara akustik dan visual membuatkan mereka boleh mengenal babak yang ditayangkan di dalam kaca televisyen sama seperti chimpanzee. Mereka juga berkebolehan seperti gajah di mana mereka dapat membezakan diri mereka dan melihat tanda yang terdapat pada badan mereka melalui cermin. Semasa ujikaji sukar yang dijalankan, mereka memilih tanda "saya tidak tahu" apabila tidak boleh menyelesaikan masalah yang diberi.

1.  Orangutan

orangutan pakai gergaji potong pokok

Kini orangutan telah dianggap haiwan yang paling pintar berbanding chimpanzee. Mereka telah diajar untuk memotong kayu menggunakan gergaji, memahat paku menggunakan tukul dan pelbagai lagi. Apa yang lebih bijak mengenai orangutan ialah mereka memahami mengapa manusia mengajar mereka perkara ini dan menggunakan kebolehan mereka sendiri ketika di dalam hutan tanpa kehadiran manusia. Salah satu ujikaji mendapati apabila diajar cara untuk membuat perlindungan dan kemudian dilepas ke dalam hutan liar, orangutan berupaya membuat replika yang sama seperti yang diajar manusia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)