thumb steve jobs fakta menarik

Sumber Foto: cdn.wccftech.com

Siapa tidak kenal Steve Jobs, pengasas terkenal syarikat teknologi Apple. Ramai kenal siapa beliau, namun tidak ramai tahu akan fakta-fakta berikut mengenai beliau. 

1. Merupakan Seorang Anak Angkat

steve jobs ketika kecil 548

Sumber Foto: mac-history.net & millionairessaying.com

Semasa masih bayi, beliau diserahkan kepada agensi keluarga angkat oleh ibu kandung beliau, Joanne Schieble. Keputusan ini dibuat kerana hubungan Joanne dan bapa kandung Steve Jobs, Abdulfattah Jandali mendapat tentangan ibu bapa Joanne atas sebab Abdulfattah seorang Muslim. 

Sebagai seorang Katolik, beliau tidak boleh menggugurkan anak dalam kandungnya. Disebabkan tidak berkahwin, dia terpaksa menyerahkan anaknya itu bagi mengelakkan jatuhnya maruah keluarga. 

2. Dibuli Di Sekolah

steve jobs di sekolah 77

Sumber Foto: snakkle.com

Bagi Steve, beliau tidak gembira semasa zaman sekolah dan mempunyai CGPA yang agak rendah iaitu 2.65. Ketika di Grad 6, beliau berpindah ke Crittenden Middle School di Mountain View. Di sekolah ini, beliau kerap dibuli.

Beliau menjadi seorang janggal dari segi sosial dan selalu berseorangan. Akhirnya, beliau berpindah ke sekolah lain kerana beliau mengancam untuk berhenti sekolah sekiranya ibu bapa beliau tidak berbuat sesuatu. 

3. Pernah Menjalani Praktikal Di Hewlett Packard (HP)

hewlett packard hp

Sumber Foto: scripophily.net

Ketika berusia 13 tahun, beliau telah menerima tawaran kerja musim panas oleh Bill Hewlett, iaitu pengasas syarikat Hewlett Packard. Tawaran tersebut diberikan selepas Steve menelefon Bill secara peribadi bagi mendapatkan alat gantian bagi projek elektronik beliau. 

Ketika di HP, beliau diberi peranan dalam pemasangan dan pengalaman tersebut membuatkan beliau berasa seperti di syurga. 

4. Pernah Mengambil Dadah

marijuana dan lsd 435

Sumber Foto: znews-photo-td.zadn.vn

Menurut laporan daripada FBI, seorang kenalan telah mengenal pasti akan penggunaan dadah marijuana dan LSD oleh beliau ketika masih menuntut di universiti. 

Beliau turut mencuba dadah tersebut selepas kembalinya ke AS selepas pengembaraan di India. Beliau turut pernah memberitahu wartawan pengambilan LSD adalah antara salah satu tindakan penting yang pernah dibuat dalam hidup beliau.

5. Ditukarkan Ke Shif Malam Kerana Mulut Busuk

mulut busuk

Sumber Foto: s3.india.com

Rakan karib Steve Jobs, Steve Wozniak telah mencipta sebuah permainan video klasik iaitu 'Pong'. Teruja dengan permainan tersebut, Steve menunjukkan ciptaan tersebut kepada Atari Inc. dan mengatakan itu hasil kerja beliau.

Beliau terus ditawarkan kerja di syarikat berkenaan sebagai seorang juruteknik. Ketika itu, beliau terpengaruh dengan seorang guru rohani iaitu Ram Dass. Beliau menjalani kehidupan yang simple.

Steve mendengar lagu-lagu South India, dan menyimpan wang untuk kembara ke India. Beliau jarang mandi dan gosok gigi, selalu berjalan di dalam pejabat tanpa kasut. Mulut beliau busuk.

Tidak tahan dengan Steve, majikan beliau mengubah beliau ke shif malam. 

6. Mengembara Ke India

steve jobs di india dari filem jobs

Sumber Foto: img01.ibnlive.in

Pengembaraan ke India pada pertengahan tahun 1974 adalah bagi mencari pencerahan rohani daripada Neem Karoli Baba di Kainchi. Namun, guru mistik itu sudah meninggal dunia hampir setahun sebelumnya.

Beliau mengembara ke utara India dengan menaiki bas selama 7 bulan berikutnya, yang mana ketika itu beliau mendapat pendedahan tentang agama Buddha.

Sekembalinya beliau ke AS, beliau mengenakan pakaian tradisional India dan membotakkan kepala. Beliau kemudian mempraktikkan agama Buddha (Zen) melalui seorang master Zen iaitu Kobun Chino Otogawa. 

7. Menipu Rakan Karib Beliau 

steve wozniak rakan karib steve jobs

Sumber Foto: images.celebfamily.com

Ketika bekerja di Atari, beliau ditugaskan untuk membina sebuah papan litar untuk permainan video (arcade) 'Breakout' dan ditawarkan sebanyak US$100 bagi setiap cip TTL yang dihapuskan dari mesin tersebut. 

Steve tidak mempunyai sebarang pengetahuan mahupun pengalaman untuk menulis kod apatah lagi pengetahuan berkenaan reka cipta papan litar.

Beliau memberitahu Steve Wozniak beliau dibayar sebanyak US$700 untuk projek tersebut, dan menawarkan setengah daripada bayaran tersebut kepada Wozniak sekiranya beliau berjaya.

10 tahun kemudian, baru sampai ke pengetahaun Wozniak sebenarnya Steve Jobs dibayar US$5000 untuk projek tersebut. Genius tak permainan Steve Jobs?

8. Hanya Bertemu Ibu Kandung Selepas Kematian Ibu Angkat

joanne carole schieble ibu kandung steve jobs

Sumber Foto: qph.ec.quoracdn.net

Untuk beberapa ketika, Steve mencari ibu bapa kandung beliau secara rahsia bagi menjaga hati kedua ibu bapa angkat beliau (Paul dan Clara).

Namun, beliau banyak mendapat maklumat mengenai pengambilan beliau sebagai anak angkat setelah Clara dikesan menghidap barah paru-paru.

Selepas kematian Clara, Steve mendapat restu Paul untuk menghubungi ibu kandung beliau, Joanne. Sejurus selepas meninggalkan Apple, beliau bertemu dengan Joanne. Joanne memohon maaf kerana terpaksa melepaskan beliau kepada orang lain ketika beliau masih bayi. 

9. Menyumbang Kepada Penubuhan Pixar

steve jobs pixar

Sumber Foto: flixchatter.files.wordpress.com

Steve menubuhkan NeXT Inc. pada tahun 1985 selepas dipecat dari Apple. Pemecatan tersebut menurut beliau merupakan suatu rahmat kerana beliau akhirnya bebas untuk mencuba sesuatu baharu secara kreatif.

Syarikat tersebut melabur wang kepada The Graphics Group daripada bahagian komputer grafik Lucasfilm. Syarikat tersebut kemudiannya dinamakan semula kepada Pixar dan berjaya menghasilkan beberapa filem animasi terkenal seperti Toy Story, Finding Nemo dan Monsters, Inc..

10. Mentor Kepada Pengasas Google

sergey brin google

Sumber Foto: zdnet4.cbsistatic.com

Steve Jobs merupakan mentor kepada 2 pengasas Google iaitu Sergey Brin dan Larry Page. Beliau pernah menyuruh bekas VP Google iaitu Vic Gundotra untuk menukarkan gradien kuning pada 'O' di perkataan Google agar tampak lebih menarik. 

Sebagai mentor kepada ketua-ketua Google, beliau tidak menjangkakan mereka ini untuk bersaing dengan beliau. Ironiknya, Google telah membeli aplikasi Android bagi bersaing dengan Apple, membuatkan beliau sangat berang. 

11. Memandu Kereta Tanpa Nombor Plat

kereta steve jobs tiada nombor plat

Sumber Foto: cdn.arstechnica.net

Di California, terdapat undang-undang trafik yang membenarkan pemilik kereta untuk mengambil masa sehingga 6 bulan bagi meletakkan nombor plat pada kereta. 

Mengambil kesempatan ini, Steve lansung tidak pernah meletakkan nombor plat pada kereta Mercedes beliau. Sebaliknya, beliau membeli sebuah kereta baharu setiap 6 bulan. Mungkin di California membeli kereta baharu lebih murah daripada memohon dan memasang nombor plat?

Beliau juga selalu meletakkan kenderaan beliau di tempat OKU. Boleh tahan juga perangai Steve Jobs.

12. Menggunakan Ubatan Alternatif Sebelum Beralih Kepada Pembedahan

ubatan alternatif

Sumber Foto: healthfitnessresource.com

Setelah dikesan menghidapi barah pada tahun 2003, beliau mengabaikan cadangan doktor untuk segera menjalani pembedahan. Sebaliknya, beliau mencuba rawatan dan ubatan alternatif seperti herba, akupunktur, dan mengambil sayur sahaja dalam diet.

Walaubagaimanapun, beliau akhirnya menjalani pembedahan 9 bulan kemudian. Kawan dan rakan kerja beliau, iaitu Tim Cook yang mempunyai jenis darah rare yang sama, telah menawarkan sebahagian daripada hati beliau untuk pembedahan.

Beliau menolak tawaran tersebut. 

13. Kata-Kata Akhir Yang Misteri

kata kata akhir

Sumber Foto: uniqueinfinities.files.wordpress.com

Menurut kakak kandung Steve, Mona Simpson, kata-kata akhir beliau adalah 'Oh wow. Oh wow. Oh wow.' sebelum tidak sedarkan diri, beberapa jam sebelum meninggal dunia pada 5 Oktober 2011. 

Beliau telah dikebumikan di sebuah kubur tidak bertanda di Alta Mesa Memorial Park di Palo Alto. Gabenor California, Jerry Brown telah mengisytiharkan hari Ahad 16 Oktober 2011 sebagai 'Hari Steve Jobs'.

Rujukan:

  1. inc.com
  2. alpha.thefamouspeople.com

tags : , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)