Oleh pada 07 Nov 2018 kategori

Ketika ini Apple adalah antara syarikat dan jenama yang paling bernilai di dunia. Pulangan tahunan yang dijana oleh syarikat ini mencecah RM1.1 trilion.

Dan jika anda melaburkan wang anda satu ketika dahulu di mana syarikat ini masih "mentah", pelaburan anda itu akan menjadi berlipat-lipat kali ganda pada har ini.

Menurut perkiraan CNBC, pelaburan sebanyak RM4,170 (USD1,000) dalam syarikat Apple pada hari tawaran awam permulaan atau IPO (Initial Public Offering) pada Disember 1980, akan bernilai lebih daripada RM2.08 juta pada hari ini, termasuk kenaikan harga dan dividen.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 500 kali ganda daripada nilai pelaburan asal.

Apple di peringkat awal

steve jobs dan steve wozniak 430

Apple ditubuhkan pada tahun 1976 oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne (keluar dari syarikat kurang dari dua minggu kemudian).

Pelanggan pertama Apple adalah kedai komputer Bay Area yang dikenali sebagai The Byte Shop, yang memesan 50 unit komputer Apple I. Untuk memenuhi kontrak, Steve Jobs membuat pinjaman bank sebanyak RM62,500.

Sejak itu, syarikat ini mula berkembang bermula dan kemudiannya mengeluarkan Apple II pada Jun 1977. Model baru ini menampilkan grafik video warna dan memori yang meningkat.

"Bagi saya, komputer peribadi haruslah kecil, boleh diharap, mudah digunakan dan juga murah," kata Wozniak yang menerangkan sistem baru Apple II dalam artikel untuk Majalah Byte.

komputer apple 1

Pada Disember 1980, Apple menjadi syarikat awam, didagangkan dan dimiliki secara terbuka. The Wall Street Journal menggambarkan peristiwa itu sebagai "salah satu perkara yang paling ditunggu-tunggu dalam beberapa tahun kebelakangan ini."

Menurut laporan EDN, 4.6 juta saham Apple dijual dengan harga RM91.7 setiap satu dan terjual dalam masa yang tersangat singkat. Saham tersebut naik lebih daripada 30 peratus pada hari yang sama dan ditutup pada harga RM120.8 bagi setiap unit.

IPO ini telah menghasilkan lebih daripada 300 jutawan setiap hari, termasuk beberapa kakitangan Apple.

Pada masa itu, ia menghasilkan lebih banyak jutawan daripada mana-mana syarikat dalam sejarah dan Steve Jobs sendiri menjana lebih daripada RM833 juta.

Legasi Apple

apple park di california

Pada bulan Ogos, syarikat gergasi teknologi itu menjadi syarikat awam Amerika Syarikat yang pertama untuk mencapai cap pasaran USD1 trilion (RM4.17 trilion) setelah sahamnya mencecah harga RM862.7 seunit.

Lonjakan ini membolehkan Apple untuk mencapai kejayaan dan mencipta sejarah mengatasi syarikat e-dagang gergasi, Amazon.

Namun, perjalanan Apple tidak selalunya lancar. Pada tahun 1985, Apple telah "menggulingkan" Steve Jobs dan nilai pasarannya mulai jatuh.

Syarikat itu jatuh ke belakang pesaing terdekatnya, termasuk Microsoft disebabkan oleh produk yang gagal dan pergolakan di dalam bahagian atas syarikat.

Menjelang 1997, Apple berada di ambang kemuflisan dan terpaksa melepaskan 33% daripada pekerjanya. Sebagai usaha terakhir, ia mengambil semula Steve Jobs dan melantiknya sebagai CEO sementara.

steve jobs dan iphone

Steve Jobs membuat keputusan secara veto dalam kebanyakan rancangan pengeluaran Apple ketika itu dan melaksanakan fokus baru terhadap kesederhanaan pada produk.

Di bawah kepimpinannya, syarikat itu melancarkan iMac G3 pada tahun 1998 yang membawa Apple kembali ke landasan yang baik serta menjadi terkenal.

Steve meneruskan kejayaannya dengan melancarkan iPod pada tahun 2001 dan iPhone pada tahun 2007. iPhone dengan pantasnya menjadi produk terulung dan merevolusikan bagaimana pelanggan menggunakan teknologi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)