Kita mungkin pernah mendengar atau membaca banyak kisah genius dari kalangan lelaki tetapi ada juga wanita yang setanding malah lebih pintar berbanding Albert Einstein dan Stephen Hawking.

perempuan wanita dengan iq paling tinggi

Pada zaman moden, wanita telah membuktikan bahawa mereka juga lebih baik berbanding lelaki dalam setiap bidang sama ada dalam pendidikan, pekerjaan atau kehidupan. Berikut adalah beberapa wanita yang mempunyai IQ paling tinggi dalam sejarah.

10. Olivia Manning - IQ: 162

olivia manning

Biasanya, kanak-kanak berusia 12 tahun gemar bermain dengan rakan-rakan mereka dan tidak suka melakukan kerja sekolah tetapi ia berbeza bagi Olivia Manning. Pada usia 12 tahun, Olibia telah melakukan ujian IQ Mensa.

Ujian yang diambilnya pada tahun 2012 itu telah mengejutkan seluruh dunia apabila Olivia berjaya mendapat markah melebihi 160. Ini bermakna, Olivia mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding Albert Einstein dan Stephen Hawking yang hanya memperolehi markah 160.

9. Fabiola Mann: - IQ: 162

fabiola mann

Ketika berusia 15 tahun, Fabiola Mann telah berjaya mendapat markah sebanyak 162 dalam ujian IQ Mensa, iaitu dua markah melebihi saintis terkenal dunia, Albert Einstein.

Fabiola yang telah menghabiskan pengajiannya di Kolej Northwood di London melanjutkan pengajian dan bekerja dalam bidang perubatan. Gadis berketurunan India ini gemar bermain catur, alat muzik dan juga melakukan aktiviti seni bela diri Karate.

8. Judit Polgar: - IQ: 170

judit polgar

Judit Polgar dilahirkan pada 23 Julai 1976 di Hungary dan dianggap sebagai salah seorang pemain catur terbaik yang pernah ada. Dia mendapat gelaran sebagai Grandmaster Catur ketika hanya berusia 15 tahun sahaja.

Judit yang mendapat markah sebanyak 170 dalam ujian IQ Mensa ini pernah bermain catur menentang beberapa pemain terhebat dunia seperti Vishwanathan Anand dan Garry Kasparov. Selain itu, Judit juga mempunyai banyak lagi pencapaian lain yang membanggakan.

7. Ruth Lawrence - IQ: 175

ruth lawrence 42

Ruth Lawrence adalah seorang profesor Matematik British. Dia melakukan banyak kajian meluas dalam teori Knot dan topologi algebra Matematik. Ruth yang dilahirkan pada tahun 1971 merupakan seorang genius sejak kecil lagi.

Pada usia 10 tahun, dia mengambil ujian di Universiti Oxford dan merupakan individu termuda dalam zaman moden yang menamatkan pengajian di universiti terkenal itu. Ruth mempunyai markah IQ sebanyak 175, satu jumlah yang menakjubkan.

6. Grace Hopper - IQ: 175

grace hopper

Grace Hopper adalah seorang saintis komputer yang bijak dari Amerika Syarikat. Dia adalah manusia pertama yang menemui alat compiler (program yang menukar arahan kepada kod supaya dapat dibaca dan dilaksanakan komputer).

Ketika berusia 34 tahun dia cuba untuk menyertai angkatan tentera laut tetapi gagal. Dia kemudian memutuskan untuk menyertai bidang komputer dan menjadi salah seorang pakar komputer yang tiada tandingan sehingga hari ini. Grace telah menerima lebih daripada 40 darjah kehormat daripada banyak universiti di seluruh dunia.

5. Germaine Stael - IQ: 180-185

germaine stael

Germaine Stael yang juga dikenali sebagai Madame de Stael dilahirkan di Paris pada tahun 1766 dan merupakan seorang Penasihat Sosial Perancis dan aktivis politik. Dia juga merupakan seorang penulis terkenal dan telah menghasilkan pelbagai tulisan hebat.

Germaine merupakan musuh utama Napoleon kerana sering mengkritik pemerintah itu sehingga dia diharamkan dari Perancis kerana tulisannya. Selepas berhijrah ke Jerman, Germaine telah mengambil beberapa ujian IQ dan mendapat markah sekitar 180-185. Dia merupakan wanita paling bijak pada zamannya.

4. Marie Curie - IQ: 185

marie curie

Marie Curie merupakan salah seorang tokoh paling ikonik dan terkenal dalam sejarah. Wanita itu juga mempunyai skor IQ yang tinggi iaitu sebanyak 185. Marie merupakan ahli Kimia dan Fizik Poland dan dikenali kerana kerjanya dalam bidang radioaktiviti.

Marie telah memenangi dua Hadiah Nobel iaitu pada tahun 1903 bagi Fizik dan 1911 bagi Kimia. Marie sebenarnya merupakan saintis wanita paling popular dan sumbangannya memainkan peranan penting yang membantu membentuk dunia moden.

3. Marilyn vos Savant - IQ: 190

marilyn vos savant 914

Marilyn vos Savant adalah seorang pensyarah, pelakon layar dan penulis yang terkenal kerana kepintaran dan mempunyai markah ujian IQ sebanyak 190. Dalam majalah Parade, dia menulis untuk ruangan "Ask Marilyn" di mana dia menjawab banyak soalan dan menyelesaikan teka-teki.

Pada tahun 1986 hingga 1989, Marilyn telah disenaraikan dalam Guinness Book of World Records kerana mempunyai IQ paling tinggi. Dia mula mengambil ujian IQ yang pertama ketika berusia 10 tahun di mana dia mempunyai kepandaian mental setara dengan individu berusia 22 tahun.

2. Hypatia - IQ: 190+

hypatia

Hypatia merupakan anak perempuan kepada ahli matematik terkenal dalam sejarah iaitu Theon of Alexandria. Dia yang dilahirkan pada sekitar tahun 351-370 Masihi merupakan seorang ahli falsafah Yunani, ahli astronomi dan ahli matematik di Mesir dan kemudian di Empayar Rom Timur.

Hypatia dipecayai telah mencipta banyak peralatan saintifik seperti astrolab dan hidrometer. Dia juga menulis pelbagai ulasan dan risalah. Hypatia merupakan salah satu minda terhebat dengan IQ melebihi 190. Dia merupakan wanita paling pintar pada zamannya.

1. Edith Stern - IQ: 200

edith stern

Edith Stern mungkin merupakan wanita paling bijak dalam sejarah. Dia dikenal pasti sebagai seorang genius sejak dari kanak-kanak lagi. Sebelum berumur satu tahun, Edith mampu mengira dan bercakap dalam ayat yang lengkap. Seperti genius kanak-kanak lain, dia memperolehi banyak ijazah sebelum berumur 18 tahun.

Bekas Timbalan Presiden Kajian dan Pembangunan IBM ini juga mempunyai 128 paten Amerika Syarikat di atas namanya. Edith mencapai banyak anugerah seperti Anugerah Seumur Hidup dalam Kejuruteraan. Dalam beberapa ujian IQ yang lain, Edith memperolehi lebih daripada 200 markah.

Rujukan:

1. Wanita dengan IQ paling tinggi

2. 10 Wanita Paling Bijak

3. Top 10 Wanita Paling Pandai



Hakcipta iluminasi.com (2017)