Oleh pada 19 Oct 2017 kategori

adi putra budak genius matematik

IQ adalah cara untuk mengukur kepintaran dan kecerdasan otak dari segi akademik dan ilmiah. Mereka yang mempunyai IQ yang tinggi biasanya mudah untuk menerima pendidikan ilmiah, dan sering digelar sebagai genius.

iluminasi.com ingin berkongsi 10 manusia yang mempunyai IQ paling tinggi dalam sejarah.

10. Stephen Hawking

stephen hawking 914

Muka yang sangat familiar dengan postur trademark beliau, adalah Stephen Hawking. Beliau merupakan seorang ahli fizik teori dan popular dengan bukunya yang diterbitkan pada tahun 1988 bertajuk "A Brief History of Time".

Buku ini menceritakan mengenai penemuannya dalam fizik teori termasuklah perkembangan "Teori Big Bang", dan terjual lebih daripada 10 juta unit. Beliau berada di tangga ke-10 manusia paling tinggi IQ dalah sejarah dengan markah 160.

9. Albert Einstein

albert einstein

Juga ahli fizik teori, Albert Einstein tidak dinafikan antara manusia paling pintar atas muka bumi. Beliau tidak pernah mengambil ujian IQ namun pakar-pakar menganggarkan tahap IQ beliau di antara 160 hingga 190. Dilahirkan di Jerman pada tahun 1879, beliau terkenal dengan teori kuantum mekanik. 

Beliau turut terlibat dalam penghasilan pembelahan nuklear yang mana beliau menyesal atas penglibatannya kerana teknologi itu digunakan untuk menghasilkan bom atom. Albert Einstein meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang dikenal sebagai abdominal aortic aneurysm. pada tahun 1955.

8. Judit Polgar

judit polgar

Umum tahu bahawa permainan catur berkait rapat dengan tahap kepintaran seseorang. Jika seseorang itu hebat dalam bermain catur, secara automatik individu tersebut mempunyai IQ yang tinggi. Antara nama yang hebat dalam sukan catur adalah Judit Polgar. Pemain catur dari Hungary ini adalah pemain catur wanita paling hebat dalam sejarah.

Judit mendapat gelaran "Grandmaster" ketika berusia 15 tahun 4 bulan, pemain termuda dengan gelaran tersebut ketika itu. Beliau juga merupakan wanita pertama yang pernah mengalahkan pemain nombor 1 dunia dengan mengalahkan Gary Kasparov. 

Judit Polgar mempunyai IQ 170.

7. Leonardo da Vinci

leonardo da vinci

Leonardo da Vinci adalah seorang yang berbakat besar. Beliau boleh dikatakan pakar dalam banyak bidang termasuklah melukis, mengukir, muzik, matematik, kejuruteraan, geologi, kartografi dan juga menulis. Sehingga kini tiada yang mempunyai kebolehan seperti Leonardo.

Dan seperti Albert Einstein, beliau juga tidak pernah mengambil ujian IQ dan anggaran tahap IQ Leonardo adalah sekitar 180 hingga 190. 

6. Marilyn Vos Savant

marilyn vos savant

Wanita bernama Marilyn Vos Savant, yang lahir pada tahun 1946 ini menjadi popular selepas namanya tersenarai dalam senarai Guiness Book of World Records di bawah "IQ Tertinggi" pada tahun 1980an. Markah ujian IQ beliau ketika itu mencecah 190.

Beliau kemudiannya menjadi penulis dan mempunyai kolum sendiri, "Ask Marilyn". Orang ramai menghantar soalan dan meminta pendapatnya mengenai sesuatu dan Marilyn akan menjawab. Sehingga kini beliau masih menulis di kolum tersebut.

5. Garry Kasparov

garry kasparov

Siapa tak kenal nama Gary Kasparov. Beliau adalah seorang pemain catur dari Rusia yang dianggap sebagai pemain paling hebat dalam sejarah. Beliau menduduki tangga pertama pemain paling hebat di dunia selama 225 bulan (18 tahun 9 bulan) daripada 19 tahun, di antara tahun 1986 hingga 2005. Rekod tak masuk akal ini dikatakan tidak akan dapat dipecahkan sampai bila-bila.

Beliau menjadi seperti seorang selebriti disebabkan pencapaiannya. Rekod IQ yang dicatatkan oleh Gary Kasparov adalah 194. Beliau kini telah bersara dari dunia catur dan berkhidmat sebagai ahli lembaga Yayasan Hak Manusia.

4. Kim Ung-Yong

kim ung yong

Kim Ung-Yong adalah seorang guru yang berasal dari Korea Selatan. Beliau adalah seorang yang genius dan mula bertutur pada usia 6 bulan. Kim boleh membaca dalam Bahasa Inggeris, Jerman, Korea dan Jepun ketika berusia 3 tahun. 

kim ung yong ketika berusia 7 tahun

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan diterima bekerja untuk NASA. Kim kemudiannya pulang ke Korea Selatan dan berkhidmat sebagai guru sehingga hari ini. Selepas kemahsyuran yang diterima serta kepintaran yang luar biasa, Kim memilih untuk hidup seperti orang biasa. IQ Kim dicatatkan pada tahap 210.

3. Christopher Hirata

christopher hirata

Seorang lagi prodigi kanak-kanak, Christopher Hirata menjadi bualan hangat selepas menjadi warga Amerika Syarikat termuda memenangi pingat emas di International Physics Olympiad pada tahun 1996. Ketika itu, beliau hanya berusia 13 tahun.

Christopher kemudiannya melanjutkan pelajaran di California Institute of Technology pada usia 14 tahun. Beliau menerima ijazah kedoktoran PhD dalam bidang fizik dari Universiti Princeton ketika berusia 22 tahun. Beliau kembali ke California Institute of Technology untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar dalam bidang astrofizik, dan masih mengajar sehingga kini.

Christopher Hirata mempunyai IQ 225.

2. Terence Tao

gambar terence tao lelaki genius iq tinggi

Lahir di Australia dalam keluarga imigran dari Hong Kong, Terence Teo adalah manusia ke-2 dengan IQ tertinggi di dunia yang pernah direkodkan iaitu antara 225 hingga 230. Beliau adalah seorang ahli matematik yang pakar dalam kajian analisis harmonik, gabungan kombinatorik, dan bidang matematik yang lain.

Beliau juga menerima anugerah Fields Medal pada tahun 2006, yang diberikan untuk meraikan kecemerlangan dan inovasi dalam bidang matematik bagi individu bawah 40 tahun. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti California, Los Angeles.

1. William James Sidis

william james sidis

Dan manusia yang mempunyai IQ paling tinggi di dunia, jatuh kepada William James Sidis. IQ beliau tidak diketahui secara tepat, namun seperti Albert Einstein dan Leonardo da Vinci, pakar-pakar menganggarkan IQ beliau di antara 250 hingga 300, yang paling tinggi dalam sejarah.

Apa yang membuatkan pakar-pakar beranggapan IQ beliau setinggi itu? Beliau dikatakan berada di tahap yang lain daripada yang lain. Beliau lahir dalam keluarga yang pintar dan mula menunjukkan kepintarannya sejak kecil.

Beliau mampu menggunakan mesin taip ketika berusia 5 tahun, dan boleh bertutur dalam bahasa Latin, Greek, Rusia, Perancis, Jerman dan Hebrew. Ketika berusia 6 tahun, permohonan William untuk masuk ke Universiti Harvard ditolak atas alasan masih kanak-kanak. 

Namun ketika berusia 11 tahun, pihak Harvard terpaksa menerimanya selepas memberikan kuliah mengenai fizik 4-dimensi yang membuatkan ramai orang terkejut. Beliau merupakan individu termuda ketika itu diterima masuk ke universiti berprestij.

Selepas tamat pelajaran di Harvard, beliau mula mengajar. Namun William mendapati pelajar-pelajarnya seperti tidak mahu belajar kerana diajar oleh beliau yang ketika itu masih seorang budak. Beliau mengalami masalah social disebabkan kemahsyuran yang diterima, menyebabkan tidak dapat mengekalkan hubungan rapat dengan sesiapa. Disebabkan masalah ini, beliau tak dapat berada dalam bidang akademik dan menceburi bidang politik. 

William meninggal dunia pada usia 46 akibat strok.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)