Sejak zaman Galileo, manusia telah menggunakan teleskop untuk membuat imbasan pada langit.

Galileo menjelajah langit malam dan menemui Bima Sakti, tetapi hari ini, teleskop digunakan untuk pelbagai tujuan penyelidikan.

Salah satu ciri penting mereka ialah keupayaan untuk melihat banyak warna dan jenis cahaya yang mana tidak mampu dilihat oleh mata kita, seperti inframerah, ultraviolet, sinar gamma, sinaran x, gelombang mikro dan gelomban radio.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Teleskop dapat melihat lebih banyak butiran dengan lebih baik berbanding mata kita, dan pada masa yang sama dapat merekodkan apa yang dilihat, supaya pemerhatian dapat dikongsi.

iluminasi.com kongsikan 10 teleskop paling besar di dunia.

10. Magellan

magellan

Berkongsi kedudukan dengan MMT, teleskop optik Magellan bersaiz 6.5m dan terletak di Chile.

Pasukan Observatori menjalankan pencarian planet ekstrasolar, dengan aplikasi kaedah halaju radial menggunakan spektrograph dipasang pada Magellan II.

9. MMT Observatory (MMTO)

mmt observatory

MMTO terletak di Arizona, Amerika Syarikat dan cermin utamanya yang bersaiz 6.5 meter mempunyai reka bentuk sarang lebah khas yang sangat ringan.

Teleskop ini terletak di dalam bangunan yang boleh disejukkan dengan sangat cepat, untuk tujuan meningkatkan keupayaan penglihatan.

Bumbung dan dinding yang mengelilingi teleskop ini boleh digulung sepenuhnya, satu kaedah yang mudah dan berkesan untuk menurunkan suhu.

8. Gemini Utara dan Selatan

gemini north dan south

Nama apa yang lebih baik untuk diberikan kepada teleskop kembar? Sudah tentunya Gemini!

Kedua-duanya bersaiz 8.1 meter namun ia telah dipisahkan di mana Gemini Utara berada di Hawaii dan Gemini Selatan di Chile.

Balai cerap teleskop ini secara keseluruhan dikendalikan bersama oleh badan-badan saintifik dari AS, Kanada, Brazil, Chile dan Argentina.

Gemini mengetuai dunia dalam pengimejan inframerah menggunakan optik penyesuaian medan luas.

7. Very Large Telescope (VLT 1, 2, 3 and 4)

very large telescope

VLT mempunyai empat teleskop bersaiz 8.2 meter dan terletak di utara Chile, dikendalikan oleh Balai Cerap Selatan Eropah.

Teleskop ini membuat pemerhatian terhadap panjang gelombang inframerah dan gelombang yang boleh dilihat.

Ia juga dapat melihat objek yang mana 4 bilion kali lebih sukar untuk dilihat, daripada objek yang dapat kita lihat dengan mata kita.

6. Subaru Telescope

subaru telescope

Teleskop Subaru bersaiz 8.2 meter terletak di Mauna Kea di Hawaii namun ia merupakan hak milik Jepun.

Pengaturan cermin sekunder dan tertiari yang mana luar biasa digunakan dalam teleskop yang besar membolehkan Subaru memberikan medan penglihatan yang luas yang sangat berguna dalam meninjau dengan begitu mendalam terhadap kawasan yang luas. 

5. Large Binocular Telescope (LBT)

large binocular telescope

Ini adalah salah satu teleskop optik yang paling canggih di dunia.

Tidak seperti beberapa teleskop yang lain, ia tidak mempunyai cermin yang bersegmen, tetapi ia dilengkapi dengan cermin monolitik terbesar bagi mana-mana teleskop optik.

Ia mempunyai dua cermin bersaiz 8.4 meter dan optik adaptif, yang dapat mengatasi Hubble dari segi ketajaman gambar bergantung kepada tahap gelombang cahaya.

4. South African Large Telescope (SALT)

south african large telescope

Terletak di Balai Cerap Astronomi Afrika Selatan, SALT bersaiz 9.2 meter, menjadikannya teleskop terbesar di hemisfera selatan dan ke-4 yang terbesar di dunia.

Ia boleh menghasilkan radiasi sinar polarimetrik dan spektroskopik, dan membolehkan pengesanan objek yang tak dapat dilihat di hemisfera utara. 

3. Keck 1 dan Keck 2

keck 1 dan keck 2

Teleskop ini yang sama saiznya dengan Hobby-Eberly, pada ukuran 10 meter dan juga mempunyai ciri pembinaan bersegmen.

Kedua-dua teleskop beroperasi seiring dengan puncak gunung Mauna Kea di Hawaii.

Seperti Hobby-Eberly, banyak segmen cermin kecil beroperasi sebagai satu entiti besar.

Digunakan untuk pemerhatian optik dan inframerah, teleskop ini mempunyai spektrometer dan kamera.

2. Hobby–Eberly Telescope (HET)

hobby eberly telescope

Ini adalah teleskop dengan aperture bersaiz 10 meter di Balai Cerap MacDonald di Texas.

Ia dibina dari 91 segmen berbentuk heksagon, satu teknik yang menjadikannya lebih ekonomik untuk dibina.

Cermin teleskop ini boleh berputar di sekitar pangkalan dan mampu menjejaki objek tunggal hingga 2 jam.

1. Gran Telescopio Canarias

gran telescopio canarias

Dengan mempunyai aperture tunggal terbesar daripada mana-mana teleskop di dunia dengan ukuran 10.4 meter, Gran Telescopip di Kepulauan Canary adalah yang terbesar di dunia.

Ia terletak di La Palma, di balai cerap di Roque de los Muchachos. Teleskop ini adalah sebahagian daripada kumpulan Balai Cerap Utara Eropah.

Suasana di lokasi Kepulauan Canary ini sangat baik untuk membuat pemerhatian inframerah dan optik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)