Siapa tak suka teka-teki kan? Meneka jawapan teka-teki boleh menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan ketika berkumpul dengan rakan-rakan. Malah, teka-teki adalah sesuatu yang digemari oleh semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa dan tua. 

teka teki mind blown mencabar minda pecah kepala

Selain daripada mencuit hati, teka-teki juga boleh mengasah minda anda menjadi lebih tajam dan peka serta mencerdaskan otak.

iluminasi.com kongsikan antara 10 teka-teki paling susah dan kelakar. Cuba jawab dulu sebelum melihat jawapan ya.

1. Bapa dan anak kemalangan

teka teki bapa dan anak kemalangan

Seorang bapa dan anak lelaki sedang dalam perjalanan untuk berkhemah namun terlibat dalam kemalangan yang teruk.

Bapa tersebut mati dan anaknya cedera parah serta memerlukan pembedahan.

Namun di hospital ketika doktor masuk, dia berkata "Saya tak boleh melakukan pembedahan kepada budak lelaki ini, dia anak saya,".

Siapakah doktor tersebut? Jawapan

2. Bilik dan haiwan

teka teki paling susah

Anda masuk ke dalam sebuah bilik dan ternampak sebuah katil. Di atas katil tersebut terdapat 2 ekor anjing, 4 ekor kucing, seekor zirafah, 5 ekor lembu dan seekor itik.

Juga terdapat 3 ekor burung yang sedang terbang di atas katil tersebut.

Berapa kaki yang terdapat di atas lantai? Jawapan

3. Gunung paling tinggi di alam semesta

olympus mons gunung paling tinggi di alam semesta

Gunung yang paling tinggi di alam semesta pada ketika ini diberi nama Olympus Mons.

Ia terletak di planet Marikh dan berketinggian 21.3 kilometer dengan kelebaran 600 kilometer.

Sebelum gunung ini ditemui, apakah nama gunung paling tinggi di alam semesta? Jawapan

4. Izara dan Instagram

teka teki paling kelakar

Izara yang merupakan seorang Instafamous memuat naik gambar ke laman Instagramnya.

Berapa likes yang diperoleh gambar Izara jika hanya satu sahaja daripada pernyataan ini adalah benar?

  1. Gambar Izara dapat sekurang-kurangnya 100 likes
  2. Gambar Izara dapat kurang daripada 100 likes
  3. Gambar Izara dapat sekurang-kurangnya 1 like

Jawapan

5. Isteri dan wanita cantik

teka teki lawak

Satu pasangan suami isteri sedang berjalan-jalan selepas membeli belah dan terserempak dengan seorang wanita cantik bersama anaknya.

Wanita bersama suaminya itu tiba-tiba toleh dan memandang ke belakang, ke arah wanita cantik dan anaknya.

Kenapa dia toleh ke belakang? Jawapan

6. Teka-teki hari

teka teki hari apakah ini

Teka-teki ini harus dibaca dalam bahasa Inggeris untuk membuatkan ia lebih "kick".

When the day after tomorrow becomes yesterday, then today will be as far from Sunday as the day it was today when the day before yesterday was tomorrow.

Which day is it? Jawapan

7. Doktor, pemandu bas dan wanita cantik

teka teki doktor pemandu bas dan wanita cantik

Seorang doktor dan seorang pemandu bas kedua-duanya mencintai seorang wanita cantik yang sama, bernama Sarah.

Tetapi, pemandu bas tersebut terpaksa membawa bas ke satu destinasi selama seminggu berturut-turut.

Sebelum pergi, dia memberikan Sarah 7 biji epal.

Kenapa pemandu bas tersebut berbuat demikian? Jawapan

8. Bapa dan anak

teka teki 2 bapa dan 2 anak

2 orang bapa dan 2 orang anak pergi memancing. Seharian mereka memancing, hanya 3 ekor ikan berjaya dipancing.

Kemudian salah seorang daripada bapa berkata, "Jom kita balik, dah cukup ikan seorang seekor untuk kita semua".

Macam mana ini boleh berlaku? Jawapan

9. 5 Epal dan 5 gadis

teka teki 5 epal dan 5 gadis

Dalam sebuah bakul ada 5 biji epal dan harus diberikan kepada 5 orang gadis.

Bagaimana anda membahagikan epal ini agar setiap daripada 5 gadis ini mendapat sebiji epal seorang, tetapi sebiji epal harus kekal dalam bakul tersebut? Jawapan

10. Azmin dan hujan

teka teki lelaki dan hujan

Azmin keluar bersiar-siar, tiba-tiba hujan turun. Dia tidak membawa payung dan juga tidak memakai topi ketika keluar.

Pakaian Azmin basah kuyup akibat hujan namun tak sehelai pun daripada rambutnya basah.

Bagaimana ini boleh berlaku? Jawapan

 

 

 

 

 

 

 

 

JAWAPAN:

1. Doktor tersebut adalah ibu kepada kanak-kanak itu.

2. 6 kaki. 2 kaki adalah kaki anda dan 4 kaki lagi adalah kaki katil.

3. Olympus Mons. Walaupun belum ditemui, ia tetap gunung yang tertinggi di alam semesta.

4. Tiada like kerana tiada satu pun pernyataan yang betul.

5. Wanita itu melihat kanak-kanak tersebut bagi mengesahkan hidungnya sama dengan hidung suaminya. Bermakna suaminya curang dengan wanita cantik itu.

6. Jawapannya juga dalam bahasa Inggeris, iaitu Sunday.

Penerangan: The day after tomorrow becomes yesterday on Wednesday. The day before yesterday was tomorrow: Thursday. And Wednesday and Thursday are equally far from Sunday.

7. An apple a day keeps the doctor away.

8. Mereka yang pergi memancing terdiri daripada seorang datuk, bapa dan cucu. Ini bersamaan dengan 2 bapa (datuk dan bapa) dan 2 anak (bapa dan cucu) yang terdiri daripada 3 orang.

9. Berikan gadis ke-5 buah epal yang masih berada dalam bakul, bersama bakul tersebut.

10. Kepala Azmin botak.



Hakcipta iluminasi.com (2017)