Seperti yang kita ketahui, tapak sulaiman adalah haiwan laut yang berbentuk seperti bintang dan biasanya boleh ditemui di tepi pantai serta di dasar laut.

Ia merupakan makhluk yang sangat unik dan misteri, dengan corak serta warna yang sangat menarik. Sesetengah daripadanya mempunyai warna, bilangan lengan dan saiz yang luar biasa.

Terdapat kira-kira 1,500 spesis tapak sulaiman di dunia ketika ini, dan iluminasi.com kongsikan antara 8 tapak sulaiman yang paling cantik di dunia.

8. Crown-of-thorns Starfish (Acanthaster Planci)

acanthaster planci

Seperti namanya, spesies tapak sulaiman ini dilitupi oleh banyak mahkota yang merupakan sengatan racun.

Ia kebanyakannya ditemui di rantau subtropika, dari Lautan Hindi ke Laut Merah, dan dari pantai barat Amerika Tengah ke Lautan Pasifik.

Spesis dewasa membesar sehingga 35 sentimeter dan mungkin mempunyai 21 lengan. Spesies ini boleh membahagikan bahagian badannya atau menjadi tersangat nipis, jika ia dibawa keluar daripada air.

7. Vermilion Biscuit Sea Star (Mediaster aequalis)

mediaster aequalis

Vermilion Biscuit Sea Star, juga dirujuk sebagai "Equal Arm Star", adalah tapak sulaiman berwarna merah terang yang mempunyai corak seperti sarang di seluruh bahagian luaran badannya.

Ia biasanya dijumpai di sepanjang pantai, di mana pasang surut berada pada tahap paling rendah. Ia mampu bergerak pada kelajuan antara 20 dan 47 sentimeter seminit.

Habita biasa spesis ini adalah di bahagian lumpur dan batu serta boleh ditemui di bahagian selatan California.

6. Royal Starfish (Astropecten astriculatus)

astropecten astriculatus

Royal Starfish umumnya berwarna biru tua hingga ungu dan terdapat di Barat Laut. Ia lengan yang berkisar antara 2 hingga 9 sentimeter panjang, dengan duri putih "supermargina".

Tapak sulaiman ini mampu memakan mangsa sepenuhnya dengan satu serangan, tidak seperti spesies tapak sulaiman yang lain.

Habitat Royal Starfish ditemui di kedalaman 200 meter dari permukaan laut dan juga lazimnya dilihat di sepanjang pantai tenggara Amerika Syarikat.

5. Egyptian Sea Star (Gomophia egyptiaca)

egyptian sea star 298

Egyptian Sea Star is a spiky starfish capable of regenerating its damaged parts. It is mainly found in Madagascar and coasts of Eastern Africa. The spiky layer on its external part resembles a cactus. They secrete unique juice and liquid for eating their prey, since they don’t have mouth.

4. Icon Starfish (Iconaster longimanus)

iconaster longimanus

Tapak sulaiman Ikon yang juga dirujuk sebagai "Double Starfish", adalah tapak sulaiman yang "kacak" dan biasanya Lautan Indo-Pasifik.

Ia mempunyai cakera pusat yang sangat cantik, menyerupai bintang dan lengan-lengannya agak langsing.

Ia boleh membesar sehingga diameter kira-kira 30 sentimeter dan kebanyakannya terletak di kawasan terumbu dalam.

3. Australian Southern Sand Star (Luidian australiae)

luidian australiae

Tapak Sulaiman Selatan Australia mempunyai bilangan lengan berwarna kuning yang pelbagai, dengan bentuk plat yang hampir rata.

Ia biasanya ditemui di Lautan Pasifik di sekitar Australia dan New Zealand. Pada asasnya, tapak sulaiman ini tidak terdiri daripada bintik-bintik terang pada cakera pusatnya, dan mempunyai bintik-bintik gelap hitam yang tidak teratur pada lengannya.

Ia mampu membesar sehingga diameter 40 sentimeter dan habitatnya adalah di padang rumput laut serta terumbu karang. Tapak sulaiman Selatan Australia sering kali dilihat separuh tenggelam ke dalam pasir, yang membantunya membantu penyamaran di dasar laut. 

2. Chocolate Chip Sea Star (Protoreaster nodosus)

protoreaster nodosus

Chocolate Sea Chip Star, juga dirujuk sebagai "Horned Sea Star", adalah tapak sulaiman yang biasa terdapat di rantau Indo-Pasifik.

Ia menyerupai sekumpulan cip coklat yang ditaburkan ke atas badan tapak sulaiman.

Selain itu, tanduk berbentuk kon hitam yang dimiliki haiwan ini digunakan untuk menakutkan pemangsa.

Tapak sulaiman ini memerlukan pemakanan dan keadaan air yang sempurna untuk kelangsungan hidupnya.

Walaupun spesies ini kelihatan agak membahayakan, namun ia biasanya menunjukkan tingkah laku yang agak tidak agresif.

1. Necklace Starfish (Fromia monilis)

fromia monilis

Necklace Starfish adalah sejenis tapak sulaiman seperti permata, kebanyakannya mempunyai corak merah atau oren.

Cakera pusatnya adalah sangat cerah, mempunyai warna antara merah, oren dan kuning.

Selanjutnya, plat-plat pada badannya adalah lebih kecil berbanding cakera pusat, dan lebih besar di sepanjang bahagian luaran, berakhir dengan permukaan atas yang rata.

Ia kebanyakannya dijumpai di Pasifik Barat, Lautan India, dan berada di persekitaran berbatu di mana alga tumbuh dengan subur.




Hakcipta iluminasi.com (2017)