Royal Caribbean, sebuah syarikat percutian di atas kapal baru sahaja mengumumkan kapal terbaru mereka yang diberi nama Symphony of the Seas. Kapal ini dijangka memulakan pelayarannya yang pertama pada bulan April 2018. Syarikat Royal Caribbean sememangnya mempunyai banyak kapal percutian yang besar antaranya Empress of the Seas, Majesty of the Seas dan Oasis of the Seas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apabila siap kelak, ianya akan menjadi kapal percutian terbesar di dunia. Kapal ini berukuran 362 meter panjang, 65.5 meter lebar dan mempunyai 16 dek (tingkat). Beratnya pula dianggarkan sekitar 230,000 tan.

harmony of the seas 383

Kemudahan di Atas Kapal

Seperti kapal-kapal percutian yang lain, banyak kemudahan yang disediakan untuk setiap penumpang. Jangan risau, para tetamu pasti tidak akan bosan tinggal di atas kapal ini selama beberapa hari. Seramai 2100 orang krew kapal dijangka akan bertugas di atas kapal ini.

Secara keseluruhannya, terdapat 23 buah kolam renang, gelongsor air dan permainan air yang disediakan. Berikut merupakan beberapa kemudahan menarik yang disediakan:

1. Tempat penginapan

bilik kabin

Kapal ini mempunyai 2774 bilik penginapan yang boleh memuatkan 5500 orang penumpang pada satu-satu masa. Selain itu, terdapat juga bilik untuk keluarga yang boleh memuatkan seramai 8 orang. Bagi bilik keluarga, terdapat juga kolam renang persendirian, bilik televisyen dan permainan video yang disediakan di dalam bilik.

2. Restoran

restoran atas kapal

Ianya bakal menempatkan 20 buah restoran yang menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan antaranya masakan Jepun, Mexico dan sebagainya. Pasti seronok menikmati makanan sambil menikmati pemandangan laut. Makanan laut juga akan dihidangkan segar daripada hasil laut yang baru ditangkap.

3. Taman Tema dan Persembahan

taman tema permainan kanak kanak

Kapal ini bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak. Terdapat taman tema kanak-kanak yang menyediakan pelbagai permainan bagi kanak-kanak.  Selain itu, para tetamu juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan antaranya persembahan akuatik dan juga pertunjukan ice skating.

persembahan akrobatik

4. Kemudahan Sukan dan Rekreasi

wall climbing 977

Bukan setakat kolam renang, kapal ini turut menyediakan pelbagai kemudahan sukan antaranya wall climbing dan juga laser tag. Menariknya, arena permainan laser tag ini juga dikatakan arena laser tag yang terbesar di dunia. Bagi yang berani, bolehlah mencuba permainan zip-line (lebih kurang flying fox).

zip line

Dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan, apabila berada di atas kapal Harmony of the Seas, para tetamu sememangnya tidak akan bosan. Untuk maklumat lanjut seperti jadual dan harga tiket, bolehlah layari laman web Royal Caribbean.

Kredit:

  1. Forbes
  2. Bradenton Herald
  3. Thrillist



Hakcipta iluminasi.com (2017)