(Gambar sekadar hiasan)

Pada tahun 1970, kejuruteraan genetik mula melakukan kerja-kerja mereka. Ia merupakan aplikasi terhadap haiwan yang telah ditolak oleh orang ramai sama ada dari golongan saintifik atau tidak.

Ia muka terkenal dengan penghasilan kambing biri-biri Dolly pada tahun 1990-an. Ramaio orang mempersoalkan dengan rasa takut mengenai kemungkinan penerapan teknik ini terhadap manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kambing biri biri dolly

Namun, ia tidak menghalang para saintis daripada meneruskan kerja mereka terhadap kebanyakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan lain. Hasil kerja mereka kadang-kala berguna namun juga terdapat kegagalan.

Usaha pengacukan tersebut telah menghasilkan spesis baru yang mempunyai nama-nama yang anda tak pernah dengar. iluminasi.com kongsikan 10 spesis haiwan kacukan yang paling pelik dan unik pernah dihasilkan.

10. Ikan Blood parrot cichlid

blood parrot cichlid

Ini adalah jenis campuran yang sukar untuk berlaku secara semulajadi, tetapi ia wujud disebabkan oleh bukan proses semulajadi.

Haiwan ini adalah ciptaan Taiwan yang mula didedahkan kepada orang awam pada tahun 1980-an.

Ia merukapan gabungan ikan Midas cichlid dan Redhead cichlid. Spesis baru yang dihasilkan ini kadang-kala mengalami masalah seperti ketidakupayaan untuk makan atau membiak.

9. Zebroid

zebroid

Kacukan antara kuda belang jantan dan kuda equidae betina. Haiwan hibrid lain yang jatuh dalam keluarga sama merupakan hasil daripada kecukan antara kuda belang dan kuda (zebra dan horse), mewujudkan Zorse.

Juga terdapat Zonkey (zebra dan donkey), hasil kacukan antara kuda belang dan keldai, serta Zonie (zebra dan pony).

8. Dzo

dzo

Mungkin ramai yang tak mengenali haiwan ini, namun "Dzo" adalah hasil kacukan antara yak dan lembu. Dzo betina menghasilkan susu yang lebih banyak daripada haiwan asli ini dan tidak mempunyai masalah pembiakan.

Walaupun begitu, dzo jantan adalah tidak subur. Secara umumnya, kedua-dua jantina dzo bersaiz lebih besar daripada yak dan lembu.

7. Cama

cama

Kacukan yang dilakukan antara unta Arab dan Lama sentiasa memberikan hasil yang sangat baik.

Disebabkan lama mempunyai tubuh yang sangat rendah dan unta pula bertubuh tinggi, pembiakan campuran ini adalah satu-satunya cara untuk menghasilkan Cama (camel dan lama), yang mana sentiasa subur.

6. Beruang Grizzly-Kutub

beruang grizzly kutub

Tidak seperti beruang kutub yang hidup di dalam air, beruang Grizzly-Polar ditemui di tanah yang berais.

Ia hidup di ruang pembekuan terbuka dan ini tidak menyebabkan sebarang masalah bagi spesis ini. Haiwan kacukan ini boleh hidup, makan dan membiak dalam ais sepanjang tahun.

5. Coywolf

coywolf

Proses kacukan antara coyote dan serigala bukanlah satu idea yang eksotik kerana serigala sememangnya terkenal dengan memiliki genetik coyote di dalam badan mereka.

Namun, bukan semua jenis serigala mempunyai ciri ini dan ia membawa kepada hasil kejayaan hibrid. Hanya serigala merah sahaja yang sesuai untuk proses ini.

4. Kucing Savannah 

kucing savannah

Pengacukan kucing domestik dengan kucing liar Afrika menghasilkan baka baru yang baik dengan ciri psikologi baru.

Kucing Savannah yang dihasilkan hampir sama dengan anjing kerana ia sangat setia kepada manusia.

3. Wholphin

wholphin

Seperti yang anda lihat pada gabungan nama ini, Wholphin adalah hasil kacukan antara ikan paus dan ikan lumba-lumba (whale dan dolphin). Haiwan pertama yang pernah dikacuk jenis ini dinamakan sebagai Kekaimalu.

Kekaimalu tidak mempunyai masalah untuk membiak, namun semakin ia membesar kesuburannya menurun.

2. Lebah pembunuh

lebah pembunuh

Pengacukan antara lebah Eropah dan lebah Afrika Selatan telah menghasilkan lebah yang sangat dahsyat, dikenal sebagai lebah pembunuh atau killer bee.

Haiwan hibrid ini wujud akibat kesilapan yang dilakukan oleh ahli biologi, Warwick Kerr. Beliau sebenarnya berniat untuk menghasilkan lebah yang boleh menghasilkan lebih banyak madu.

Namun kesilapan beliau telah membuatkan hidupan terutamanya manusia menjadi bahaya, menghasilkan serangga yang mampu membunuh manusia.

1. Liger

liger 3

Pengacukan harimau dan singa mengakibatkan terhasilnya haiwan yang sukar untuk menemui habitatnya secara semulajadi. Kacukan kedua-dua haiwan ini menjadi "Liger", gabungan Lion dan Tiger.

Liger sangat suka berenang dan merupakan haiwan yang tersangat sosial. Haiwan ini adalah spesis yang terbesar dalam keluarga kucing.

liger

liger 2

Seperti Cama, keupayaan Liger untuk membiak adalah sangat berkesan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)