burung berupa pelik

Bagi anda yang meminati burung, pasti anda teruja membaca artikel ini. Para saintis menganggarkan terdapat di antara 9,000 hingga 10,000 spesis burung yang wujud di atas muka bumi.

Dan daripada spesis-spesis tersebut, terdapat spesis yang dianggap sebagai burung eksotik. iluminasi.com ingin berkongsi 10 spesis burung eksotik yang tersangat cantik hingga anda mampu ternganga.

1. Northern Cardinal

the northern cardinal

Burung Northern Cardinal ini mempunyai warna merah terang yang sangat menarik. Disebabkan ia tidak berhijrah ke tempat lain, ia menjadi penyeri ketika musim salji tiba. Spesis ini boleh dijuampai di selatan Kanada, menghala ke timur Amerika Syarikat sehingga ke Mexico. Habitatnya termasuklah hutan, taman, tanah rimba, tanah lembap.

Saiznya adalah sederhana dengan panjang badannya di antara 21 hingga 23 sentimeter.

2. Golden Pheasant

golden pheasant

Berasal dari selatan China, burung ini juga dikenali sebagai "Chinese Pheasant. Populasi liar spesis ini juga boleh dijumpai di United Kingdom. Rupa bentuknya berbeza di antara jantan dan betina.

Bagi burung jantan, ia mempunyai warna yang terang, bulu berwarna emas di bahagian kepala dan warna merah dari kepala ke leher. Sayap burung jantan pula berwarna gelap, dan ekor yang panjang.

Bagi burung betina pula, warnanya tidak terlalu terang, biasanya berbulu coklat dan pucat.

3. Long-Tailed Widowbird 

long tailed widowbird

Burung yang mempunyai ekor tersangat panjang ini boleh dijumpai di negara-negara Afrika seperti Angola, Botswana, Republik Demokratik Kongo, Kenya, Lesotho, South Africa, Swaziland, and Zambia.

Ia mendapat namanya pada tahun 1783 oleh naturalis Belanda, Pieter Boddaert bersempena bulunya yang berwarna hitam (hanya berwarna hitam ketika musim mengawan). Burung betina Widowbird biasanya tertarik terhadap burung jantan yang mempunyai ekor yang panjang, yang boleh mencecah sehingga 15 sentimeter.

4. Wilson's Bird-of-Paradise

wilson s bird of paradise

Burung ini boleh dikatakan antara yang paling unik dalam senarai ini. Burung jantan mempunyai pelbagai warna yang sangat cantik, manakala burung betina pula mempunyai warna coklat yang pudar. Warna-warni pada burung jantan digunakan dalam tarian yang dilakukan bagi menarik perhatian burung betina. 

Burung betina pula biasanya akan hinggap di dahan sambil melihat "persembahan" yang dilakukan. Tompok biru laut pada kepala burung jantan bukanlah bulu tetapi kulit kepalanya. Burung yang berasal dari Indonesia ini dirakam buat kali pertama pada tahun 1996 oleh David Attenborough untuk dokumentari Attenborough in Paradise.

5. Rainbow Lorikeet

the rainbow lorikeet

Burung dari keluarga kakak tua ini, The Rainbow Lorikeet boleh dijumpai di hutan hujan Australia dan juga Papua New Guinea, serta bandar Perth. Di Perth, ia menjadi masalah kerana burung ini boleh menjadi sangat agresif terhadap burung-burung lain di sekitar sarang mereka.

Spesis burung ini menghalang burung-burung tempatan seperti Australian Ringnecks untuk membuat sarang sehinggakan mengheret dan menjatuhkan sarang-sarang burung ini ke atas tanah. Gengster kan?

6. Inca Tern 

inca tern

Pasti anda juga perasan akan rupa wajah burung ini yang lain dari yang lain. Ya, burung yang berasal dari Peru da Chile ini mempunyai misai, bukan sahaja bagi burung jantan malah burung betina juga. 

Ia hanya boleh ditemui di tepi pantai Humboldt Current di mana terdapat beberapa ribu populasi burung Inca Tern. 

7. Quetzal 

the quetzal

Burung Quetzal adalah spesis burung yang sangat cantik yang berbulu hijau metalik di badan dan merah gelap di bahagian dada, serta ekor berkembar yang boleh mencecah panjang 1 meter, bagi burung jantan. 

Burung ini dianggap sebagai haiwan suci bagi puak Aztek dan Maya, dan juga dikenali sebagai "The Rare Jewel Bird of the World.” Ia boleh dijumpai di Mexico dan juga selatan Amerika Syarikat.

8. African Crowned Crane 

the african crowned crane

Burung yang sangat elegan ini sangat mudah dibezakan melalui warnanya iaitu kelabu pada badan dan putih pada sayap. Burung ini boleh dijumpai di savana Afrika, selatan Sahara.

Ia boleh mencapai ketinggian 1 meter, dengan berat maksima 3.5 kilogram dan bukaan sayap 2 meter. Bulu-bulunya dipisahkan dengan warna putih, coklat dan emas manakala kepalanya mempunyai "mahkota" berwarna seakan-akan emas.

9. Bali Bird of Paradise 

bird of paradise bali 47

Burung yang berasal dari New Guinea adalah sangat jarang ditemui. Malah, anda mungkin tak akan berpeluang untuk bertemu dengan spesis ini secara dekat kerana ia tinggal di tempat yang paling tidak boleh dimasuki atau didekati. 

Ia sangat terkenal kerana kecantikannya, serta wataknya yang agak lucu seperti bergantung tunggang terbalik di atas dahan.

10. Curl-Crested Aracari 

curl crested aracari

Sekali pandang, macam patung dan bukannya burung sebenar. Namun, spesis burung toucan ini adalah antara yang terbesar dalam keluarga aracari. Ia berasal dari Amazon dan mampu mencapai saiz dengan panjang 40 hingga 45 sentimeter dan seberat 190 hingga 280 gram.

Walaupun sangat jarang ditemui, agak mengejutkan mengetahui bahawa burung ini tidak tergolong dalam kumpulan haiwan terancam. Namun, habitatnya kini diancam oleh aktiviti perlombongan.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)