Sains dan teknologi telah sampai pada tahap yang tak mampu difikirkan akal pada ketika ini. Ia telah menyentuh setiap pelusuk kehidupan manusia, dan senjata api mahupun senapang tidak terkecuali.

Manusia menggunakan senjata api sejak lama dahulu atas sebab keselamatan. Pada zaman dahulu, manusia mencipta senjata api dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut tujuan mereka. Setelah evolusi manusia berlaku, ia juga melibatkan senjata api.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Semuanya menjadi semakin canggih dan berbahaya, termasuklah senapang. iluminasi.com ingin kongsikan 10 senapang paling canggih dan "power" di dunia.

10. Kalashnikov AK-47 - Kesatuan Soviet

kalashnikov ak 47 10 senapang paling power di dunia

Dianggap sebagai salah satu senjata 'pemusnah', Kalashnikov AK-47 Assault Rifle berasal dari Kesatuan Soviet, yang juga merupakan senjata paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Menurut statistik, terdapat kira-kira 100 juta senapang ini dijual sejak pelancarannya. Sebab mengapa ia tersangat popular selain daripada kekuatannya adalah ketahanan, mudah digunakan dan harga yang murah.

Dan sebab utama yang menjadikan senapang ini paling banyak digunakan di dunia adalah ia tidak memerlukan kemahiran khusus untuk mengendalikannya.

9. Koch and Heckler HK MG4 MG 43 - Jerman

koch and heckler hk mg4 mg 43 10 senapang paling power di dunia

Mesingan ringan menakjubkan ini adalah keluaran Heckler dan Koch, syarikat dari Jerman. HK MG4 MG 43 direka pada tahun 1990an namun disebabkan sebab-sebab tertentu, ia tidak dikeluarkan, sehinggalah pada tahun 2001. 

Senapang ini mempunyai jarak efektif sejauh 1 kilometer dan sangat berbahaya serta boleh dipercayai. Diberikan gelaran "Pembunuh sempurna", senapang ini memberikan keselamatan kepada individu yang menggunakannya.

Senapang ini dipilih oleh Tentera Jerman bagi menggantikan General Purpose Machine Gun (GPMG) MG3 yang digunakan ketika era Perang Dingin.

8. Thompson M1921 - Amerika Syarikat

thompson m1921 submachine gun 10 senapang paling power di dunia

Berasal dari Ameriks Syarikat, Thompson M1921 adalah antara salah satu senapang yang paling berbahaya. Dengan mampu membuat 1,500 pusingan tembakan dalam satu minit, "Tommy Gun" menjadi kegemaran di kalangan pengguna sejak sebelum Perang Dunia Kedua dan masih kekal popular sehingga kini.

Variasi baru dikeluarkan manakala versi lama masih digunakan. Tembakan yang sangat pantas memberikannya gelaran "The Typewriter Chicago". Bagi mengawal senapang bahu ini agak sukar dan memerlukan kepakaran namun ia digunakan secara meluas di seluruh dunia.

7. Accuracy International AS50 - United Kingdom

accuracy international as50 sniper rifle 10 senapang paling power di dunia

Senapang hendap AS50 ini adalah senapang British yang sangat hebat dalam ketepatan. Ia mampu menembak sasaran pada jarak jauh iaitu 1,800 meter. Senapang ini menggunakan bahan letupan dan peluru pembakar.

Kaliber senapang ini bersaiz 12.7 milimeter dengan berat 14.1 kilogram. Ia direka untuk Angkatan Bersenjata British dan Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia digunakan disebabkan oleh kadar tembakan yang tinggi iaitu 5 pusingan dalam masa 1.6 saat.

Kadar tembakan yang tinggi ini disebabkan oleh larasnya yang terapung dan rangka titanium yang ringan.

6. F2000 - Belgium

f2000 10 senapang paling power di dunia

Senapang serangan ini adalah jenis automatik sepenuhnya dan dikendalikan menggunakan gas. FN Herstal, sebuah syarikat dari Belgium bertanggungjawab menghasilkan senapang maut ini.

Ia didedahkan pada pameran pertahanan IDEX yang diadakan di Abu Dhabi pada tahun 2001. Senapang ini mempunyai 2 bahagian utama dan dihadapan picunya terdapat pelindung tangan yang boleh ditanggalkan dengan mudah.

Jarak tepat tembakan daripada senapang ini adalah 500 meter dan kalibernya bersaiz 5.56 milimeter. Dalam masa seminit, F2000 mampu membuat 850 pusingan tembakan.

5. XM307 ACSW - Amerika Syarikat

xm307 acsw advanced heavy machine gun 10 senapang paling power di dunia

Advanced Crew Served Weapon seperti XM307 ACSW adlah senapang mesin bom tangan yang sangat kuat. Senapang ini direkabentuk oleh Angkatan Darat Amerika Syarikat dan mempunyai kapasiti peluru pintar. 

Senapang ini adalah ringan dan dua individu boleh mengendalikannya. Jarak berkesan bagi senapang dahsyat ini adalah sejauh 2 kilometer, bermakna ia mampu membunuh dalam jarak yang begitu jauh.

Dengan kadar tembakan 260 pusingan seminit, ia mampu memusnahkan perahu, helikopter dan kenderaan sejauh 1 kilometer.

4. HK416 - Jerman

hk416 assault rifle 10 senapang paling power di dunia

HK416 direka dan dihasilkan di Jerman. Senapang ini menawarkan kebolehpercayaan yang lebih baik serta ketepatan yang menakjubkan. Disebabkan kos senapang ini sangat mahal, jadi ia agak jarang digunakan. 

Ia merupakan senapang serangan standard bagi Angkatan Bersenjata Perancis dan Angkata Bersenjata Norwan, serta merupakan senjatan yang digunakan oleh SEAL Team Six untuk membunuh Osama Bin Laden pada tahun 2011.

3. Stoner AR-15 - Amerika Syarikat

stoner ar 15 10 senapang paling power di dunia

Senapang ini mempunyai banyak variasi termasuklah M4, M-16 dan AR-15 yang berasal dari Amerika Syarikat. Rekabentuk semua variasi senapang ini adalah sama walaupun bahagian yang sama termasuk bahagian-bahagian, apa yang membezakannya adalah aksesori.

Terdapat versi yang boleh menembak dengan automatik dan digunakan oleh pasukan tentera di seluruh dunia. Versi separa-automatik juga popular di seluruh dunia sebagai senapang awam dengan gaya serangan.

2. M2HB 50-Caliber - Amerika Syarikat

m2hb 50 caliber 10 senapang paling power di dunia

Senapang ini juga dikenali sebagai "The Fifty" atau "Ma Deuce", senapang yang paling banyak digunakan melebihi mana-mana senapang lain. Kaliber senapang ini tersangat besar (.50) dan mampu menembak 500 pusingan dalam seminit.

Ia mampu menembak dengan tepat dalam jarak lebih daripada 1.5 kilometer dan berasal dari Amerika Syarikat. Reka bentuk senapang ini adalah sangat ringkas dan mempunyai setiap kualiti untuk bergelar senapang ke-2 paling kuat di dunia.

Senapang ini direka pada tahun 1918 dan dilancarkan pada tahun 1921 oleh John Browning pada tahun 1918. Sehingga kini sebanyak 3 juta unit dihasilkan dan digunakan dalam lebih daripada 30 peperangan.

1. FN FAL - Belgium

fn fal 10 senapang paling power di dunia

Senapang paling hebat ini berasal dari Belgium. Panjang senapang ini membuatkan ia kelihatan besar, namun ia adalah senapang serangan (assault rifle) yang paling popular pada abad ke-20.

Senapang ini mempunyai pusingan 7.62mm dan menjadi kegemaran di kalangan 90 negara dan juga pasukan tentera. Ia boleh digunakan mengikut keperluan anda kerana boleh menjadi senapang mesin ringan, senapang tempur dan senapang hendap (sniper). 

Senapang ini sangat tepat, tahan lasak dan juga fleksibel, menjadikannya senapang yang paling kuat dan menjadi pilihan di seluruh dunia.

Rujukan:

1. Military Factory

2. Insider

3. Defense Industry Daily




Hakcipta iluminasi.com (2017)