Bermain ski menuruni lereng pergunungan bersalji, menaiki kereta luncur bersama anjing husky dan melungsur dengan tobogan : kesemuanya kedengaran seperti aktiviti percutian di sebuah resort ski.

Namun, itulah antara agenda yang terdapat dalam kegiatan murid-murid di sekolah termahal dalam dunia.

Kita mungkin biasa membuat lawatan sekolah ke kilang, ladang dan seumpamanya. Bagi pelajar beruntung di sekolah-sekolah berprestij yang kebanyakannya terletak di Switzerland ini pula, lawatan sambil memanjat Gunung Kilimanjaro dan mendaki pergunungan Alps adalah perkara biasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, untuk menikmati kelebihan bertaraf lima bintang ini, ongkosnya juga adalah setimpal. Bersedialah untuk menyediakan sekurang-kurangnya RM300,000 hanya untuk bayaran yuran setahun:

10. Hurtwood House, Surrey, United Kingdom (RM292,862 setahun)

Sekolah berasrama swasta di United Kingdom ini merupakan antara yang terbaik dan termahal di negara itu. Sekolah yang menggunakan sebuah rumah agam dari zaman Raja Edward ini mempunyai tanah berkeluasan 200 ekar.

hurtwood house sekolah paling mahal di dunia

Hurtwood House hanya mempunyai seramai 340 orang pelajar sahaja. Silibus pelajarannya lebih fokus kepada kreativiti dan kesenian. Menurut Tatler, sekolah ini pernah menghabiskan belanja sebanyak RM400,000 untuk menyempurnakan pementasan teater Chicago di situ. Antara alumni terkenal yang pernah bersekolah di sini ialah Emily Blunt dan Hans Zimmer.

9. Brillantmont International School, Switzerland (RM296,057 setahun)

Dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah Tasik Geneva di Lausanne, Switzerland, sekolah elit ini telah bertapak selama lebih 130 tahun lamanya.

brillantmont international school sekolah termahal di dunia

Setiap hujung minggu antara bulan Januari dan April, pelajar sekolah di sini boleh berseronok dengan lawatan bermain ski. Adakalanya aktiviti kurikulum mereka melibatkan lawatan ke negara-negara Eropah dan sesekali perjalanan melangkau sehingga ke Nepal untuk mengambil bahagian dalam kerja amal.

pelajar sekolah brillantmont international school

Pelajar juga diterapkan dengan nilai model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selain mempunyai aktiviti selepas kelas seperti menyertai kumpulan muzik rock sekolah atau kelab memasak.

8. College Du Leman Internation School, Switzerland (RM303,511 setahun)

Pelajar dari lebih 100 buah negara menghadiri sekolah yang terletak di Geneva ini. Kurikulum yang ditawarkan sangat pelbagai seperti yoga, ukiran arca seni, silap mata dan juga ilusionisme.

college du leman internation school sekolah termahal di dunia

Selain itu, pelajar boleh memilih untuk belajar tarian balet dan klasik, atau gaya yang lebih moden seperti hip-hop. Program pendidikan seni di sini dijayakan dengan usaha sama sekolah seni berprestij dari New York iaitu Juilliard.

Pelajar yang bersekolah di sini juga sering digalakkan untuk melibatkan diri dengan program amal. Sekolah menganjurkan lawatan tahunan ke Tanzania atau Zambia supaya pelajar dapat melihat sendiri perkembangan hasil sumbangan dan dana yang dikutip.

college du leman internation school sekolah paling mahal di dunia

Walau bagaimanapun, bukan semua lawatan berunsur serius sebegitu. Ada juga aktiviti tahunan yang berbeza seperti melawat taman tema di Jerman.

7. Leysin American School, Switzerland (RM353,234 setahun)

Dikhabarkan ahli keluarga diraja Arab Saudi kebanyakannya masuk ke sekolah ini. Leysin American School ditubuhkan sejak 1960 dan terletak di resort Alpine Leysin yang berada dua jam jauh dari Geneva.

leysin american school sekolah mahal di dunia 2

Setiap kali musim sejuk, sekolah mengadakan "Penggal Ski" di mana pelajar dibenarkan pulang awal pada waktu tengah hari setiap Selasa dan Khamis untuk bermain ski atau papan luncur salji. Ketika cuaca sempurna untuk bermain salji, mereka tidak perlu datang ke sekolah langsung pada hari-hari tersebut.

leysin american school sekolah mahal di dunia

Namun demikian, falsafah sekolah adalah agak serius kerana ia memberi fokus mempersiapkan pelajar untuk memasuki alam universiti dengan mencapai sekurang-kurangnya 99% pelajar yang melanjutkan pelajaran.

6. Think Global School (RM359,272 setahun)

Sekolah unik yang mempunyai 44 pelajar antarabangsa ini berpindah lokasi ke negara berbeza setiap semester.

think global school sekolah termahal di dunia

Murid-murid mempelajari ilmu klasik dengan mencipta semula perjalanan Odysseus yang mengembara menggunakan kapal layar melalui Greece. Selain itu, mereka mengamati teori Darwin dengan mempelajari biologi di Kepulauan Galapagos.

Perjalanan berbeza dari tahun ke tahun di mana pelajar menuju ke Peru, Maghribi dan Kanada bagi semester 2016/2017 manakala bagi semester 2017/2018 pula mereka dibawa ke Botswana, India, Jepun dan Sepanyol.

5. The American School in Switzerland, Switzerland (RM360,486 setahun)

Sekolah Swiss ini terletak di 'bukit emas' yang dinamakan Collina d'Oro yang bersempadan dengan Tasik Lugano. Pelajar di sini boleh memilih untuk menikmati penginapan dari kurun ke-17 ataupun kediaman mesra alam sekitar yang lebih moden.

the american school in switzerland sekolah paling mahal di dunia

Walaupun nama sekolah ini adalah "American School," namun murid-muridnya datang dari 61 negara berbeza. Penekanan akademik lebih diberikan dalam bidang seni di mana lebih 20 kelas mengenai seni visual, muzik dan drama ditawarkan, termasuklah kelas fotografi dan seni bina.

pelajar sekolah the american school in switzerland sekolah paling mahal di dunia

Setiap kali musim bunga, sekolah mengadakan satu festival kesenian untuk meraikan hasil kerja pelajar. Acara ini didatangi pelbagai artis dan ahli muzik terkenal dari seluruh dunia.

Bermacam-macam aktiviti olahraga ditawarkan di sekolah ini daripada ski, yoga sehinggalah ke Zumba dan cheerleading.

4. Institut Auf Dem Rosenberg, Switzerland (RM365,060 setahun)

Sekolah ini adalah antara sekolah yang tertua dan terbaik di Switzerland. Ia terletak berhampiran bandar St. Gallen di dalam taman persendirian seluas 100,000 meter persegi.

institut auf dem rosenberg sekolah paling mahal di dunia 2

Institut ini menawarkan lima kaedah pendidikan termasuklah peringkat A-level British dan juga diploma sekolah menengah Amerika. Setiap pelajar diberikan perhatian yang intensif daripada guru dengan bilangan pelajar seramai lapan orang sahaja bagi setiap kelas.

Aktiviti sukan di sekolah ini agak luar biasa kerana menawarkan sukan seperti golf, menunggang kuda dan bermain ski. Ia juga memberi penekanan pada aktiviti kebudayaan.

institut auf dem rosenberg sekolah paling mahal di dunia

Setiap tahun, sekolah ini mengadakan majlis lambang kemegahannya iaitu "the Rosenberg Ball" di mana para ibu bapa dari seluruh dunia akan datang melihat persembahan akrobatik anak-anak mereka.

Untuk membuat persembahan ini, pelajar menjalani latihan setiap hari selepas waktu persekolahan akademik oleh jurulatih profesional antara bulan September dan November. Acara tahunan itu juga memberi ruang kepada mereka untuk mempelajari pergerakan tarian moden dan tradisional sambil belajar memberikan ucapan.

3. College Alpin International Beau Soleil, Switzerland (RM423,468)

Ditubuhkan sejak tahun 1910, Kolej Alpin yang mempunyai pemandangan indah Mont Blanc ini merupakan salah satu sekolah berasrama swasta tertua di Switzerland dan mempunyai pelajar dari lebih 40 buah negara.

Antara pelajar yang pernah bersekolah di sini ialah pemandu kereta lumba Jacques Villeneuve dan juga Puteri Marie dari kerajaan Denmark.

college alpin international beau soleil sekolah yuran mahal dunia

Falsafah sekolah menekankan galakan untuk meluaskan perspektif terhadap dunia. Pelajar diberikan peluang untuk menyertai ekspedisi ke lokasi-lokasi terpencil seperti Kemboja, Ghana dan Tanzania.

2. Aiglon College, Switzerland (RM434,474 setahun)

Sekolah ini agak berbeza dengan sekolah Swiss yang lain kerana ia mempunyai sebuah observatori di mana murid-murid mempelajari tentang angkasa lepas, planet dan bintang.

aiglon college switzerland mempunyai observatori untuk belajar planet dan angkasa lepas

Ia juga mengamalkan gaya perhimpunan yang agak moden kerana pelajar akan berkumpul untuk bermeditasi selama 20 minit sebelum kelas bermula pada setiap hari Khamis dan Jumaat.

aiglon college pelajar sekolah

Rombongan sekolah sering melibatkan penjelajahan mengenali budaya dan kesenian Swiss. Lawatan kumpulan muzik dan drama ke London misalnya, adalah untuk menonton persembahan, menyaksikan sendiri aksi di belakang pentas serta menghadiri bengkel teater Shakespeare's Globe.

1. Institut Le Rosey, Switzerland (RM461,428 setahun)

Le Rosey adalah sekolah termahal dalam dunia dengan yuran tahunan mencecah hampir setengah juta ringgit. Ia telah menerima ramai pelajar elit termasuklah anak kepada Sir Roger Moore, Elizabeth Taylor, jutawan-jutawan serta keluarga diraja Eropah.

sekolah berasrama paling mahal di dunia

Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah kapal layar berukuran 38 kaki dan juga sebuah dewan konsert yang boleh memuatkan sehingga 1,000 orang. Selain itu, terdapat juga sebuah pusat ekuestrian dengan 30 ekor kuda yang membolehkan murid mempelajari kemahiran seperti dressage.

graduasi institut le rosey switzerland sekolah termahal di dunia

Ketika musim panas dan musim sejuk, pelajar boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti akademik, sukan dan kesenian. Kem Yayasan Real Madrid juga menyediakan latihan bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Sudah tentulah, seperti pusat pendidikan lain di Switzerland, aktiviti ski merupakan salah satu identiti sekolah ini. Apabila tiba musim sejuk, pelajar akan dipindahkan ke kampus di Gstaad untuk bermain salji di sana.




Hakcipta iluminasi.com (2017)