Gunung Kinabalu adalah gunung paling tinggi di kepulauan Melayu, dan di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa gunung tertinggi di dunia mempunyai ketinggian lebih daripada satu kali ganda ketinggian Gunung Kinabalu? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 10 gunung-gunung tertinggi di dunia. 

10. Annapurna I

puncak gunung annapurna i

BESARKAN TEKS     A-  A+

Secara teknikalnya, Annapurna adalah sebuah puncak yang menjadi sebahagian daripada Himalaya, yang mempunyai lebih kurang 30 gunung ganang melebihi ketinggian 6,000 meter. Annapurna adalah adalah gunung paling bahaya untuk pendakian, dengan kadar (ratio) kematian ke puncak sebanyak 32 peratus. Puncak Annapurna pertama kali ditakluki pada tahun 1950 oleh sebuah ekspedisi Perancis yang dipimpin oleh Maurcie Herzog dan Louis Lachenal. 

Ketinggian: 8,091 meter.

Lokasi: Nepal. 

9. Nanga Parbat

puncak gunung nanga parbat

Gunung Nanga Parbat terletak di daerah Gilgit-Baltistan, Pakistan dan berada pada kedudukan paling ke barat Himalaya. Pada tahun 1953, Hermann Buhl, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan ekspedisi German dan Austria, menjadi manusia pertama yang sampai ke puncak Nanga Parbat. Gunung ini terkenal dengan hilir yang sangat berhahay untuk didaki, dan turut diberi gelaran 'Killer Mountain'. 

Ketinggian: 8,126 meter.

Lokasi: Pakistan. 

8. Manaslu

puncak gunung manaslu

Gunung Manaslu yang terletak di barat tengah negara Nepal, merupakan gunung tertinggi di daerah Gorkha. Pendakian pertama yang berjaya ke puncak Manaslu dilakukan pada tahun 1956, oleh 2 orang pendaki iaitu Toshio Imanishi (Jepun) dan Sherpa Gyalzen Norbu (Nepal). 

Ketinggian: 8,156 meter.

Lokasi: Nepal. 

7. Dhaulagiri 

puncak gunung dhaulagiri 240

Pada tahun 1808, Gunung Dhaulagiri telah dicatatkan sebagai gunung paling tinggi di dunia, berdasarkan gunung-gunung yang telah dikaji selidik. Rekod ini dipertahankan sehingga 1838 apabila Gunung Kangchenjunga mengambil alih kedudukan berkenaan. Terletak di Nepal, Dhaulagiri pertama kali ditakluki pada tahun 1960 oleh sekumpulan pendaki yang terdiri daripada warganegara Switzerland, Austria dan Nepal. 

Ketinggian: 8,167 meter.

Lokasi: Nepal.

6. Cho Oyu

puncak gunung cho oyu 608

Antara kesemua gunung di Himalaya yang melebihi ketinggian 8,000 meter, kebanyakan pendaki melihat Gunung Cho Oyu sebagai antara gunung paling 'mudah' untuk didaki ianya tidak terlalu curam. 'Cho Oyu' membawa maksud Dewi Turquoise, yang berdiri di sempadan Nepal dan China. Pendakian pertama yang berjaya ke puncak Cho Oyu telah dilakukan pada tahun 1954 oleh 2 orang warganegara Austria iaitu Joseph Jöchler dan Herbert Tichy, bersama seorang warganegara Nepal iaitu Pasang Dawa Lama.

Ketinggian: 8,201 meter.

Lokasi: Nepal dan Tibet. 

5. Makalu

puncak gunung makalu

Terletak 19 kilometer di tenggara Gunung Everest, di sempadan antara Nepal dan China, Gunung Makalu terkenal kerana puncaknya yang berbentuk piramid. Pertama kali Makalu berjaya ditawan adalah pada tahun 1955 oleh Lionel terray dan Jean Couzy, yang merupakan sebahagian daripada sebuah kumpulan ekspedisi Perancis. 

Ketinggian: 8,481 meter.

Lokasi: Nepal dan Tibet.

4. Lhotse

puncak gunung lhotse

Puncak Gunung Lhotse terletak di sempadan antara daerah Khumbu di Nepal dan Tibet. Gunung ini juga sebenarnya berjiran dengan Gunung Everest, dan merupakan sebahagian daripada massif gunung berkenaan. Lhotse pertama kali ditawan pada tahun 1956 oleh 2 orang warganegara Switzerland iaitu Ernst Reiss dan Fritz Luchsinger.

Ketinggian: 8,516 meter.

Lokasi: Nepal dan Tibet .

3. Kanchenjunga

puncak gunung kanchenjunga

Terletak di sempadan antara Nepal dan India, 125 kilometer dari Gunung Everest, Gunung Kanchenjunga adalah gunung kedua tertinggi di Himalaya. Sehingga tahun 1852, Kanchenjunga dianggap sebagai gunung paling tinggi di dunia. Puncak Kanchenjunga pertama kali ditawan pada tahun 1955 oleh Joe Brown dan George Brand, yang merupakan sebahagian daripada ekspedisi British. 

Ketinggian: 8,586  meter.

Lokasi: Nepal dan India.

2. K2 (Gunung Godwin-Austen)

puncak k2 gunung godwin austen

Siapa pernah menonton filem Vertical Limit yang diterbitkan pada tahun 2000? Pergambaran filem ini dilakukan di Gunung K2. K2, atau turut dikenali sebagai Gunung Godwin-Austen, atau Chhogori, terletak di sempadan negara China dan Pakistan. Pendakian selalunya dilakukan di bahagian Pakistan kerana lebih selamat berbanding di bahagian China. Di belakang Annapurna, K2 mempunyai kadar kematian kedua tertinggi bagi gunung berketinggian melebihi 8,000 meter. Gunung ini turut diberi gelaran sebagai 'Savage Mountain' kerana pasti ada sekurang-kurang satu kematian setiap tahun. 

Ketinggian: 8,611 meter.

Lokasi: Pakistan dan China. 

1. Gunung Everest

puncak gunung everest

Pasti anda sudah tahu bahawa Gunung Everest adalah gunung paling tinggi di dunia. Terletak di sempadan Nepal dan Tibet, gunung ini pertama kali berjaya ditawan pada tahun 1953 oleh 2 orang pendaki, iaitu Sir Edmund Hillary (New Zealand) dan Tenzing Norgay (Nepal). Dianggarkan terdapat lebih daripada 200 mayat di Gunung Everest, di mana kebanyakan daripadanya masih dalam keadaan baik disebabkan cuaca sejuk yang melampau.

Everest adalah sebahagian daripada 'The Seven Summits', yang merupakan senarai gunung-gunung tertinggi di 7 benua dunia. Menawan kesemua 7 gunung tersebut adalah menjadi impian yang meminati sukan pendakian. 

Ketinggian: 8,848 meter.

Lokasi: Nepal dan China.

Adakah anda tahu apakah kedudukan Gunung Kinabalu dalam senarai gunung tertinggi di dunia?

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. en.wikipedia.org
  2. geology.com
  3. mpora.com
  4. list25.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)