Kematian adalah sesuatu perkara yang pasti dan tidak dapat dielakkan. Tanpa kematian, bumi yang kita diami ini mungkin tidak akan dapat menampung populasi manusia yang begitu banyak jumlahnya.

Seperti kita sedia maklum, terdapat terlalu banyak perkara yang boleh menjadi punca atau penyebab kematian seseorang. Berikut 10 antara punca kematian manusia yang paling 'popular' di seluruh dunia:

10. Keganasan

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kematian setahun: 1,000

Kematian sehari: 3

Seperti yang kita ketahui, keganasan kini seringkali menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dengan perbuatan membunuh nyawa yang tidak bersalah hanya untuk menimbulkan perasaan takut dan kekacauan di dalam masyarakat atas tujuan tertentu.

Malangnya, di dunia ini terdapat beberapa orang berpengaruh yang mempunyai 3 perkara yang merupakan kombinasi tingkah laku yang membahayakan. Pertama, mereka percaya bahawa mempunyai hak untuk memerintah. Semakin banyak kuasa yang mereka perolehi semakin tinggi keinginan mereka untuk lebih berkuasa. Kedua, mereka adalah pemimpin dan menggunakan kepercayaan agama dan ideologi yang akan membuatkan orang mengikuti mereka. Ketiga, mereka bersifat sadis dan tidak dapat membezakan perkara yang betul atau salah. Golongan ini tidak kisah kesan dan akibat perbuatan mereka asalkan ia kelihatan benar di mata mereka dan boleh menyampaikan agenda yang mereka bawa.

9. Serangan haiwan

Kematian setahun: 6,000

Kematian sehari: 17

Manusia berkembang biak dan membangun dengan begitu pesat sekali. Ini menyebabkan lebih banyak penempatan haiwan dan hidupan liar yang diterokai bagi menampung keperluan manusia. Hal ini menyebabkan seringkali terjadi pertembungan di antara haiwan dan manusia. Bagi mereka yang tinggal di desa atau berdekatan hutan, terdapat kes di mana manusia telah diserang oleh haiwan yang cuma bertindak secara semulajadi iaitu mempertahankan habitat mereka. Semakin banyak yang kita terokai semakin berasa terancam haiwan-haiwan liar ini. (sumber)

8. Perang

perang

Kematian setahun: 171,000

Kematian sehari: 480

Perang ialah sesuatu perkara yang berlaku apabila sekumpulan manusia cuba memaksa sekumpulan yang lain untuk mengikuti dan menerima ideologi dan cara mereka secara paksaan. Jika permintaak ditolak maka bakal tercetuslah perang.

Selain itu perang juga boleh menguntungkan mana-mana pihak dari segi ekonomi. Pihak yang menang biasanya akan mengaut segala keuntungan dari kawasan jajahan mereka. Perang juga merupakan salah satu cara memperluaskan wilayah dan kekuasaan. Ada juga sebahagian kecil yang berperang kerana kepercayaan dan hak. Walau apa sekalipun alasannya perang adalah perang dan ia akan sentiasa berlarutan sehingga akhir zaman sama ada dalam bentuk fizikal atau secara halus.

7. Bencana alam

bencana alam

Kematian setahun: 220,000

Kematian sehari: 618

Planet Bumi yang kita diami ini sentiasa berevolusi. Permukaan di bumi sentiasa berubah dan berkembang. Terdapat beberapa proses evolusi yang perlu dalam perubahan ini dan kita sering menggelarkannya bencana alam. Antaranya ialah gempa bumi, tsunami, puting beliung dan banyak lagi.

Walaupun panahan petir mengorbankan sekitar 2,700 orang setiap tahun di seluruh dunia, namun jumlah itu mungkin akan menjadi lebih tinggi akibat perubahan iklim  yang semakin membimbangkan. Walaupun dengan kecanggihan teknologi sedia ada, masih banyak kejadian bencana alam yang mengorbankan ramai nyawa. Jadi, apa yang boleh dilakukan ialah berdoa agar anda sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa dan tidak berada berdekatan kawasan terjadinya bencana alam.

6. Pembunuhan dan hukuman

Kematian setahun: 555,000

Kematian sehari: 1,520

Pembunuhan telah berlaku sejak sekian lamanya dalam sejarah manusia. Kini ramai orang beranggapan bahawa semakin bertamadun peradaban manusia, semakin teruk pembunuhan yang berlaku. Akan tetapi, sejarah menyatakan pembunuhan yang berlaku dahulu dan sekarang adalah sama sahaja teruknya. Cuma bezanya kini populasi manusia adalah jauh lebih banyak, maka kelihatan seperti kejadian pembunuhan adalah lebih kerap berlaku. Ditambah pula dengan cara penyelesaiannya iaitu menjatuhkan hukuman bunuh kepada mereka yang didapati bersalah membunuh menambahkan lagi jumlah kematian di bawah kategori ini.

5. Penghapusan etnik dan pembunuhan beramai-ramai

Kematian setahun: 750,000

Kematian sehari: 2,055

Penghapusan etnik ini biasanya berpunca kerana pengusiran sesetengah kaum dan bangsa dari tanah yang diperakui mereka. Ia termasuklah memaksa mereka meninggalkan kampung halaman dengan membuatkan hidup mereka sengsara, kekejaman, merogol, menahan bekalan air serta makanan dan sebagainya.

Lebih malang lagi penghapusan etnik ini seringkali menjadi punca kepada pembunuhan beramai-ramai. Ini adalah satu jenis pembunuhan paling kritikal sekali kerana ia menyasarkan kaum dan bangsa tanpa mengira wanita, kanak-kanak atau golongan kurang upaya.

4. Keracunan

Kematian setahun: 960,000

Kematian sehari: 2,630

Seperti mana yang ramai ketahui racun merupakan salah satu penyebab kematian. Racun telah digunakan untuk membunuh sejak dahulu lagi.

Namun, tahukah anda kebanyakan kes keracunan yang terjadi adalah disebabkan pengambilan berlebihan sesuatu benda yang sepatutnya membantu tubuh kita?

Contohnya seperti air. Jika anda meminum air yang terlalu berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan kepada sistem tubuh. Hampir kesemua benda di dunia ini boleh menjadi 'racun' jika diambil melebihi jumlah yang tertentu.

Selain itu, tahukah anda bahawa lebih banyak tumbuhan beracun berbanding yang boleh dimakan manusia? Ditambah pula dengan kes keracunan akibat disengat serangga dan haiwan yang mempunyai bisa. Ketagihan dadah juga merupakan penyumbang kepada jumlah kematian akibat keracunan ini.

3. Bunuh diri

Kematian setahun: 1,250,000

Kematian sehari: 3,425

Seakan tidak cukup dengan pelbagai cara kematian di dunia ini, segelintir orang memilih untuk menamatkan sendiri riwayat hidup mereka. Kekecewaan memainkan peranan penting mengapa sesetengah manusia memilih untuk mencabut nyawa mereka sendiri. Ada juga yang menyatakan mereka tidak lagi mempunyai alasan untuk meneruskan hidup.

Saban tahun, kes bunuh diri melibatkan remaja semakin meningkat. Cinta juga memainkan peranan dalam kes bunuh diri. Banyak kajian sains hari ini berusaha keras mencari punca sebenar seseorang manusia sanggup bertindak membunuh diri seterusnya meneroka jawapan terbaik bagi menghalang peningkatan perbuatan yang sangat merugikan ini.

2. Kemalangan

Kematian setahun: 2,195,000

Kematian sehari: 6,014

Terlalu banyak kematian yang disebabkan oleh kemalangan. Walaupun kemalangan jalan raya merupakan penyumbang terbesar dalam jumlah kematian namun tidak dinafikan banyak lagi jenis kemalangan yang boleh berlaku walaupun anda telah mengambil langkah berjaga-jaga. Anda mungkin boleh berada di tempat dan waktu yang salah dan menjadi mangsa kemalangan yang pelik atau sukar diterima akal. Boleh jadi anda ditimpa kemalangan ketika sedang berbaring di atas katil di dalam rumah anda yang difikirkan lokasi paling selamat.

1. Penyakit dan wabak

Kematian setahun: 42,000,000

Kematian sehari: 115,000

Melalui peredaran zaman, penyakit dan wabak menjadi penyebab kematian paling banyak walaupun digabungkan kesemua punca yang lain. Semakin kita maju di dalam evolusi industri, kita mencipta lebih banyak penyakit melalui pencemaran udara dan air.

Begitu juga dengan sisa buangan kita yang menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis penyakit. Serangga dan tikus akan merebakkan penyakit dan mencetuskan wabak. Ada juga organisma hidup yang pada asasnya tidaklah begitu berbahaya namun jika digabungkan dengan sel manusia boleh menyebabkan kematian.

Sumber:

1. World in Data

2. Science Direct

3. Live Science




Hakcipta iluminasi.com (2017)