10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu

Siapa tak kenal dengan frontman dan penyanyi kumpulan rock terkemuka dunia, Queen.

Lagenda menceritakan bahawa Freddie Mercury tersangat hebat sehinggakan dia hanya perlu berdiri tanpa berbuat apa-apa dan pentas itu akan "rock" dengan sendirinya.

Beliau terkenal dengan tingkahlakunya yang sangat ranggi dan suara yang sangat tinggi. Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara mengenainya yang tidak diketahui ramai.

iluminasi.com ingin kongsikan 10 perkara mengenai Freddie Mercury yang ramai tak tahu.

1. Nama sebenar Freddie Mercury

nama sebenar freddie mercury 10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu

Hampir semua yang mengenalinya, hanya menggunakan nama Freddie Mercury. Namun, nama sebenar yang diberikan kepadanya adalah Farrokh Bulsara.

Beliau mula menggunakan nama Freddie ketika berada di sekolah asrama lelaki, St. Peter, di Mumbai. Beliau secara sah menukarkan namanya kepada Freddie Mercury sekitar tahun 1970an, ketika Queen ditubuhkan.

2. Freddie adalah pencipta logo Queen

freddie mercury pencipta logo queen 10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu

Freddie menghasilkan logo kumpulan Queen yang sangat terkenal, sebelum mengeluarkan album mereka yang pertama.

Ramai yang tak tahu bahawa Freddie merupakan lepasan ijazah seni dan reka bentuk grafik dari Ealing Art College, London, England.

Logo tersebut merupakan gabungan zodiak kelahiran semua ahli kumpulan Queen. 2 hari "Leo" mewakili John Deacon dan Roger Taylor, ketam "Cancer" mewakili Brian May dan 2 pari-pari mewakili zodiak "Virgo" Freddie.

Huruf Q dan mahkota mewakili nama band, dan burung phoenix melambangkan perlindungan kepada semua.

3. Mula gunakan mikrofon "patah" secara tak sengaja

freddie mercury menggunakan mikrofon patah 10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu

Freddie adalah individu yang bertanggungjawab mempopularkan penggunaan mikrofon yang dipasangkan pada tiang mikrofon tanpa tapak.

Semuanya berlaku secara tidak sengaja. Ketika sedang berada di tengah-tengah konsert Queen, Freddie mencapai tiang mikrofon dengan kuat, membuatkan ia patah dan terpisah daripada tapaknya.

Apa yang tinggal adalah mikrofon dan bahagian atas tiang tersebut, dan persembahan harus diteruskan, jadi beliau tidak menghiraukannya.

Sejak itu, ia telah menjadi trademark Freddie Mercury.

4. Mawar kuning dan asteroid dinamakan sempena namanya

bunga mawar freddie mercury 10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu

Peminat-peminat Freddie suka menamakan barangan mereka menggunakan nama idola mereka ini. Mungkin disebabkan oleh Freddie adalah penyanyi rock yang paling berkarisma dan disayangi dalam sejarah.

Atau mungkin juga kerana keperibadiannya yang menarik. Tak kisah lah sebab apa sekalipun, sebutir asteroid dan sejenis bunga mawar telah dinamakan bersempena namanya.

Asteroid 17473 yang ditemui pada tahun 1991 telah dinamakan sebagai Asteroid 17473 Freddiemercury untuk menghormati ulangtahun kelahirannya yang ke-70, pada tahun 2016.

Dikatakan bahawa salah satu daripada bunga kegemarannya adalah bunga mawar kuning. Variasi bunga mawar ini ditemui oleh Eric Stainthorpe dan Battersby Roses memperkenalkannya beberapa tahun selepas kematian Freddie pada tahun 1991.

5. Freddie seorang introvert

freddie mercury dan michael jackson 10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu

Ketika berada di atas pentas, Freddie sentiasa memiliki karekter yang bersemangat dan tingkah laku pelik serta luar biasa yang menarik perhatian.

Namun apabila tidak membuat persembahan, beliau dikenali sebagai seorang yang pemalu. Apabila anda melihatnya, anda akan mendapati Freddie sangat bertenaga.

Beliau sangat menawan, berkarisma dan penuh ketulusan. Tetapi pada masa-masa tertentu, dia akan menjadi seperti tiba-tiba terdapat tembok di sekelilingnya.

Freddie sangat paradoks. Malah, walaupun dia mempunyai kemahiran bermain piano yang hebat, namun meragui kebolehannya itu.

Dia menyangkakan dirinya adalah sederhana, oleh itu dia semaking kurang bermain piano dalam kerjayanya.

Adalah sangat sukar untuk membayangkan perbezaan personaliti yang dimilikinya ketika berada di atas pentas dan pada waktu-waktu lain.

Freddie pernah berkata, "Saya adalah seperti charmeleon. Saya rasa ia adalah ganbungan banyak karekter. Dan saya seorang yang sangat ekstrem. Apabila saya berada di atas pentas, saya menjadi sangat berbeza. Tak ada separuh-separuh. Anda perlu mempunyai daya tahan untuk menjadi seorang rockstar, anda tak boleh goyah,".

6. Berbakat menulis lagu di mana sahaja

freddie mercury berbakat menulis lagu 10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu

Jika seseorang itu sangat kreatif dan berbakat seperti Freddie, inspirasi boleh datang pada bila-bila dan di mana sahaja, yang mana sebab kepada pembantu peribadinya membawa kertas dan pen setiap masa.

Sebagai contoh, dia menulis lagu "Life is Real" yang didedikasikan kepada John Lennon ketika berada dalam kapal terbang, dalam perjalanan ke New York.

Lagu "Crazy Little Thing Called Love" ditulis ketika dia sedang berehat di dalam tab mandi dalam hotel Bayerischer Hof di Munich, Jerman.

Ketika ditemuramah, dia berkata: "Saya hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit untuk menghasilkan "Crazy Little Thing Called Love". Saya menghasilkannya menggunakan gitar yang mana saya tidak pandai kerana hanya tahu 4 kod gitar sahaja. Kerana kemahiran gitar saya terhad, ia membuatkan saya terpaksa bekerja dalam sudut yang kecil, dan disebabkan itu, sayang menghasilkan lagu yang bagus, saya rasa,".

7. Seorang pencinta kucing

freddie mercury sangat cintakan kucing 10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu 785

Pada satu ketika, dilaporkan bahawa Freddie memiliki 10 ekor kucing. Freddie sangat sayangkan kucing-kuncingnya sehinggakan mempunyai potret haiwan peliharannya itu. 

Ketika dalam jelajah konsert, dia akan "menelefon" kucing-kucingnya di rumah. Bekas kekasihnya Mary Austin akan memegang telefon supaya kucing-kucing Freddie boleh mendengar suaranya.

Freddie mengambil kucing-kucing itu daripada pusat penyelamat dan dalam album solonya, Mr. Bad Guy, dia berkata album itu didedikasikan "kepada kucing saya, Jerry, dan juga Tom, Oscar dan Tifany, dan semua kucing di dunia, orang lain saya tak kisah!".

Kucing-kucing ini menerima hadiah daripad Freddie ketika Krismas. Malah, dia mencipta lagu khas untuk kucing kesayangannya, Delilah, yang dimasukkan dalam album Queen, Innuendo.

8. Memiliki julat suara yang tinggi

suara freddie mercury sangat tinggi 10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu

Vokal Freddie berada pada julat 3 oktaf, dan hampir 4 oktaf. Vokal Mariah Carey pada julat 5 oktah. Apabila bercakap, suaranya agak "dalam" namun kebanyakan daripada nyanyiannya berada pada julat tenor (vokal suara lelaki yang paling tinggi)

9. Penganut Zoroastrianisma

freddie mercury penganut zoroastrian 10 perkara tentang freddie mercury yang ramai tak tahu

Freddie, ibu bapa dan adik perempuannya, Kashmira menganut dan mengamalkan agama Zoroastrianisma.

Ia adalah salah satu agama yang tertua di dunia, yang mempercayai kewujudan satu tuhan, mempunyai 2 teori dalam pembentukan alam semesta (baik dan jahat), dan mempunyai teori hari kiamat yang meramalkan kemusnahan kejahatan. 

Ajaran ini dibawa oleh "nabi" Parsi kuno bernama Zarathustra dari Iran yang hidup sekitar tahun 1100-550 SM.

Walaupun Freddie tidak mengamalkan untuk bertahun-tahun lamanya, namun pengebumiannya dilakukan oleh paderi Zoroastrian.

Perkataan "Bismillah" dalam lagu yang menerima anugerah oleh Guinness Book of Records sebagai lagu paling digemari di United Kingdom iaitu Bohemian Rapsody, tidak ada kena mengena dengan Allah atau agama Islam.

Tetapi ia lebih kepada doktrin Majusi, Lucifer, paganisme, tentang pertarungan dalam kehidupan Freddie sendiri.

10. Seorang pelarian satu ketika dulu

freddie mercuri face child kids

Walaupun Freddi Mercuri terkenal di seluruh dunia sebagai penyanyi kumpulan Queen dan antara rockers terhebat dalam sejarah, namun beliau dibesarkan di sebuah pulau yang terpencil di pulau Zanzibar, Afrika selepas bapanya ditawarkan pekerjaan sebagai seorang juruwang di Pejabat Kolonial British.

Walaubagaimanapun, apabila revolusi melanda kepulauan Tanzania pada tahun 1946, Freddie dan ibu bapanya telah melarikan diri ke Britain.

Rujukan:

1. Mental

2. Society of Rock

3. Rolling Stone


tags : , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)