Terlalu ramai orang tersalah anggap bahawa menjadi orang yang disenangi datang dari sifat semula jadi dan tak boleh dipelajari, yang hanya dimiliki oleh orang bertuah sahaja.

Mereka termasuklah yang berupa parasa cantik dan kacak, berbakat dan sebagainya.

Sangat mudah untuk menjadi mangsa salah faham ini kerana pada hakikatnya, menjadi orang yang disukai dan disenangi adalah di bawah kawalan anda sendiri serta ia berkaitan dengan kecerdasan emosi atau EQ. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 perkara bodoh yang membuatkan anda tidak disukai.

1. "Humble-bragging"

humble bragging

Pastinya setiap daripada kita mengenali seseorang yang suka bercakap gah tentang diri mereka tetapi menyembunyikan diri di sebalik topeng merendah diri.

Sebagai contoh, gadis yang mentertawakan dirinya sendiri kerana menjadi seorang "nerd" tetapi sebenarnya mahu menarik perhatian kepada hakikat bahawa dia bijak, atau lelaki yang mengutuk dirinya sendiri kerana terlalu berdiet namun dia hanya mahu anda tahu betapa sihat dan cergasnya dirinya.

Walaupun ramai orang beranggapan bahawa merendahkan atau mengutuk diri sendiri mampu mengaburi cakap besar mereka, namun ia dapat disedari dengan mudah oleh orang lain.

Ini membuatkan bercakap gah itu lebih mengecewakan kerana anda bukan sahaja bercakap besar, tetapi juga cuba untuk menipu.

2. Terlalu serius 

terlalu serius tidak disukai orang

Ramai orang mudah tertarik kepada mereka yang bersemangat. Dengan itu, adalah sangat mudah bagi orang yang bersemangat disalahertikan dengan orang yang terlalu serius atau tidak berminat, kerana mereka cenderung untuk tertumpu dalam kerja mereka.

Orang yang mudah disukai mengimbangi semangat mereka terhadap kerja dengan kemampuan mereka untuk bergembira.

Di tempat kerja mereka serius, tetapi mesra. 

Mereka memberi tumpuan untuk mempunyai interaksi yang bermakna dengan rakan sekerja mereka, mengingati apa yang diberitahu kepada mereka pada semalam atau minggu lepas, yang menunjukkan kepada orang lain bahawa mereka sama adalah sama penting dengan kerja mereka. 

3. Kurang bertanyakan soalan

kurang bertanyakan soalan

Kesilapan terbesar seseorang dalam perbualan adalah sangat tertumpu kepada apa yang mereka ingin katakan atau bagaimana apa yang dikatakan oleh orang lain akan memberi kesan kepada mereka, sehinggakan mereka gagal mendengar apa yang dikatakan.

Kata-kata orang lain mungkin didengari dengan jelas tetapi maknanya tidak dapat difahami oleh mereka. Cara mudah untuk mengelakkan ini daripada berlaku adalah untuk bertanya banyak soalan.

Ramai orang suka untuk mengetahui bahawa anda sedang mendengar.

Dan jika anda bertanyakan soalan, anda bukan sahaja sedang mendengar tetapi juga mengambil berat tentang apa yang mereka katakan.

Ini akan melahirkan rasa hormat dan menghargai oleh orang lain. 

4. Tak boleh kawal kemarahan

tak dapat kawal emosi tidak disukai orang

Meledak atau melepaskan kemarahan pada sesiapa sahaja tidak kiralah betapa mereka patut dimarahi, hanya akan lebih memberikan pandang negatif terhadap anda sendiri.

Anda akan dilabelkan sebagai tidak stabil, tidak dapat didekati dan menakutkan. Mampu mengendalikan emosi membuatkan anda seperti duduk di tempat pemandu, di mana anda boleh mengawal segala-galanya.

Apabila anda mampu mengawal emosi anda di sekeliling seseorang yang melakukan kesalahan, si pesalah yang akan kelihatan buruk dan bukannya anda.

5. Main telefon ketika sedang berbual

main telefon ketika bercakap

Tiada apa yang membuatkan orang lain untuk menyampah dengan anda jika anda menjawab mesej atau panggilan ketika sedang berbual. Malah, anda juga tidak disenangi jika hanya meleretkan pandang ke arah telefon ketika berbual.

Apabila anda komited dalam sebuah perbualan, berikan sepenuh perhatian terhadapnya. Anda akan mendapati bahawa perbualan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila anda betul-betul beri perhatian.

Tetapi jika anda melihat ke arah telefon walaupun sebentar, ia menandakan fikiran anda berada di tempat lain dan tidak fokus dalam perbualan.

6. "Jual nama"

jual nama tidak disukai orang

Adalah bagus untuk mengenali orang yang penting dan menarik, tetapi menggunakan setiap perbualan sebagai peluang untuk "menjual nama" dilihatkan sebagai bermegah-megah dan bodoh.

Sama seperti humble-bragging, orang lain dapat melihat hal ini serta-merta dengan mudah.

Daripada membuat anda kelihatan menarik, ia sebaliknya akan membuatkan orang berasa seolah-olah anda berasa tidak selamat dan terlalu terdesak untuk membuatkan mereka menyukai anda.

Ia juga merendahkan nilai terhadap apa yang anda ingin tawarkan. Apabila anda mengaitkan semua perkara yang anda tahu dengan siapa yang anda kenal, perbualan tersebut akan hilang serinya.

7. Suka ber-gossip

suka bergosip tidak disukai orang

Seseorang hanya akan membuatkan diri mereka kelihatan sangat teruk apabila mereka terbawa-bawa dengan gosip.

Taksub atau terbawa-bawa dengan perbualan tentang salah laku atau musibah orang lain mungkin akan menyakiti perasaan mereka jika gosip sampai ke telinga mereka.

Namun, ia akan memberikan lebih kesan negatif kepada anda kerana ia melihatkan anda mempunyai sifat iri hati dan dengki. Elakkan untuk bergossip tentang sesuatu atau seseorang, walaupun ia benar.

8. Tidak berfikiran terbuka

tidak berfikiran terbuka tidak disukai orang

Sekiranya anda mahu disukai ramai, anda mesti berfikiran terbuka yang menjadikan anda mudah didekati dan menarik kepada orang lain.

Tiada siapa yang mahu berbual dengan seseorang yang mempunyai pendapat tetap dan tidak mahu mendengar. Memiliki fikiran terbuka sangat penting di tempat kerja, di mana kebolehampingan bermakna akses kepada idea dan bantuan baru.

Untuk menghapuskan tanggapan dan penghakiman, anda perlu melihat dunia melalui mata orang lain.

Ia tidak memerlukan anda untuk percaya apa yang mereka percaya atau menerima kelakuan mereka, tetapi hanya bermakna bahawa anda tidak lagi menghakimi untuk benar-benar memahami apa yang mendorong seseorang itu. 

9. Berkongsi terlalu banyak, terlalu awal 

berkongsi terlalu banyak tidak disukai orang 118

Untuk mengenali seseorang, sudah tentu anda perlu berkongsi namun perkongsian yang terlalu banyak tentang diri anda terlalu awal boleh disalah anggap.

Berhati-hati untuk tidak berkongsi masalah peribadi dan pengakuan dengan terlalu cepat. Orang yang disenangi biasanya membiarkan orang lain memberikan isyarat terhadap masa yang sesuai untuk mereka berkongsi. 

Berkongsi terlalu banyak dilihatkan sebagai taksub kepada diri sendiri dan tidak sensitif terhadap keseimbangan perbualan.

Fikirkan begini, jika anda berkongsi tentang butiran hidup anda dengan mendalam tanpa mengetahui tentang orang lain terlebih dahulu, anda dilihatkan seperti memberikan mesej bahawa anda melihat orang lain sebagai tidak lebih daripada pendengar masalah anda.  

10. Berkongsi terlalu banyak di media sosial

berkongsi terlalu banyak 326

Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang lebih banyak berkongsi  media sosial berbuat demikian kerana mereka menginginkan penerimaan daripada orang lain, tetapi Pusat Penyelidikan Pew telah mendedahkan bahawa perkongsian yang berlebihan ini sebenarnya berfungsi sebaliknya dengan membuatkan orang tidak menyukai mereka.

Perkongsian di media sosial boleh menjadi cara ungkapan atau ekspresi yang penting, tetapi perlu dilakukan dengan bijak dan terkawal.

Membiarkan semua orang tahu apa yang anda makan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam bersama dengan berapa kali anda bermain dengan kucing anda hari ini akan mencetuskan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan apabila ia berkaitan suka atau tidak orang pada anda.

Rujukan:

1. CNBC

2. Inc

3. Our Everyday Life




Hakcipta iluminasi.com (2017)