pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 797
Gambar sekadar hiasan / Sumber foto: Instagram.com/miyyo_rizone

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kisah seorang jejaka bernama Miyyo Rizone yang dikhabarkan menjalani pembedahan yang menelan belanja kira-kira RM200,000 semata-mata untuk mempunyai wajah seperti karakter anime Final Fantasy.

Tidak lama selepas itu, seorang gadis bernama Bella Barbie yang dikatakan merupakan kawan rapat kepada Miyyo telah mendakwa Miyyo telah menipu orang ramai. Jelasnya, lelaki Melayu berwajah anime itu sebenarnya tidak wujud kerana fizikal sebenarnya adalah berbeza.

Miyyo dikatakan menggunakan aplikasi Camera 360 dan Beauty Plus untuk mengubah wajahnya menyerupai watak anime. Sama ada ianya benar atau tidak, marilah kita sama-sama ambil iktibar agar sentiasa bersyukur dengan apa yang kita sudah miliki.

Jom semak 10 penagih pembedahan plastik yang terdiri daripada orang biasa sehinggalah selebriti terkenal - contoh buruk yang akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri.

1. Hang Mioku: penagih pembedahan plastik korea yang menyuntik minyak goreng ke wajahnya sendiri

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 1

Salah satu kes pembedahan plastik paling terkenal dan mengerikan ialah Hang Mioku, seorang wanita berusia 48 tahun dari Korea Selatan. Dia menjadi begitu ketagih dengan pembedahan plastik sehingga tidak dapat dikenali dek kerana obses menyuntik minyak goreng ke wajahnya. Hang menjalani prosedur pembedahan plastik pertama ketika berusia 28 tahun. Berikutan operasi-operasi yang selanjutnya, mukanya mulai kelihatan besar dan cacat. Malah, pakar bedah yang dikunjunginya enggan melakukan lebih banyak kerja padanya dan salah seorang daripada mereka beranggapan obsesinya itu salah suatu tanda gangguan psikologi. Oleh itu, Hang terpaksa menyuntik minyak masak ke wajahnya. Struktur mukanya menjadi sangat besar sehingga dia dipanggil 'kipas berdiri' oleh kanak-kanak di kawasan kejiranan kerana mukanya tidak sepadan dengan badannya yang kecil.

Sebaik kisah Hang semakin diketahui umum dan ditonjolkan di saluran televisyen Korea, penonton yang melihat laporan itu berasa kasihan kepadanya dan menghantar sumbangan derma yang cukup bagi membolehkannya menjalani pembedahan untuk mengecilkan saiz mukanya. Semasa prosedur pertama, pakar bedah mengeluarkan 60g bahan asing dari muka Hang dan 200g dari lehernya. Selepas beberapa sesi lain, saiz wajahnya berjaya dikecilkan dengan banyak tetapi masih luka dan cacat - satu cabaran sebenar untuk pembedahan plastik korea.

2. Jocelyn Wildenstein: raksasa AS$ 4 juta

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 2

Dikenali menerusi akhbar dengan jolokan "The Bride of Wildenstein" yang merujuk kepada The Bride of Frankenstein, Jocelyn Wildenstein didakwa membelanjakan hampir US$4,000,000 kepada pembedahan kosmetik selama bertahun-tahun, berakhir sebagai salah satu kes pembedahan plastik yang paling buruk dan terkenal. Persoalannya, bagaimana ia boleh berlaku?

Pada akhir 70-an, Jocelyn Wildenstein merupakan seorang wanita yang cantik. Dia seorang ibu kandung kepada dua orang anak dan berkahwin dengan seorang peniaga seni yang sangat kaya. Perkahwinan mereka menemui titik noktah apabila Jocelyn menangkap suaminya di atas katil bersama seorang model Rusia berusia 21 tahun. Jika berada di tempatnya, anda pasti akan terfikir untuk meninggalkan suaminya dan mengambil semua wangnya bukan? Tetapi tidak bagi Jocelyn Wildenstein! Sebaliknya, dia memutuskan untuk memenangi cinta suaminya dan menjadikan dirinya lebih cantik menerusi pembedahan. Biarpun suaminya telah pun meninggalkannya, tetapi Jocelyn akan sentiasa menjalani pembedahan plastiknya.

3. Michael Jackson: lebih daripada 10 pembedahan hidung

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 3

Adakah ini benar-benar perlu dijelaskan? Adalah luar biasa untuk melupakan betapa normalnya Michael Jackson kelihatan pada tahun 70-an dan 80-an, malah seorang yang segak sebelum rupanya bertukar menjadi aneh. Dia dikhabarkan mempunyai lebih daripada 10 prosedur pembedahan hidung sepanjang hayatnya.

4. Pete Burns: penyanyi terkenal, menghabiskan hampir semua wang simpanannya untuk pembedahan rekonstruktif

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 4

Pete Burns, bekas penyanyi band British Dead or Alive yang popular dengan lagu berjudul "You Spin Me Round (Like a Record)", mempunyai suntikan polyacrylamide yang luas di bibirnya, bersama dengan implan pipi, beberapa pembentukan semula hidung dan banyak tatu. Pada awal 2006, Pete mendedahkan bahawa dia telah menghabiskan hampir semua wang simpanannya pada lapan belas bulan pembedahan rekonstruktif selepas prosedur di bibirnya menemui kegagalan.

5. Dennis Avner: jejaka harimau

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 5

Dennis Avner, yang juga dikenali sebagai "Catman" atau nama Amerika aslinya, "Stalking Cat" telah menjalani pembedahan yang luar biasa untuk kelihatan seperti haiwan totemnya iaitu seekor harimau. Pengubahsuaian termasuk tatu yang luas, implan transdermal untuk membolehkan misai tumbuh, implan subdermal untuk mengubah bentuk muka dan pembentukan gigi untuk menjadikannya kelihatan seperti gigi harimau.

6. Eric Sprague: jejaka cicak

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 6

Dilahirkan pada tahun 1972, Eric Sprague adalah salah seorang manusia terawal yang mempunyai lidah berpecah dan di sesetengah khalayak dilihat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap populariti pengubahsuaian tersebut. Lelaki berusia 37 tahun ini telah mengubah dirinya menjadi reptilia melalui proses mencacah tatu selama 700 jam, lima tanduk Teflon yang ditanamkan di bawah kulit keningnya, memalsukan giginya menjadi taring tajam, bifurasi lidahnya dan peregangan septum serta telinga.

7. Donatella Versace: karikatur dirinya

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 7

Sejak mengambil alih abangnya Gianni Versace, pereka fesyen blonde platinum Donatella Versace telah melalui beberapa perubahan drastik menerusi pembedahan plastik yang menakutkan, menjadikan dirinya sebagai karikatur. Walaupun pembedahan hidung biasanya dilakukan untuk membuat hidung lebih kecil, hidung Donatella telah mengembang selama bertahun-tahun. Ia juga lebih luas, rata dan sedikit bengkok, menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya satu pembedahan hidung yang buruk telah berlaku.

Di samping hidungnya yang besar, Donatella juga mempunyai bibir yang besar. Walaupun ikon fesyen berkenaan sentiasa mempunyai bibir yang besar, bibir atasnya yang terlalu besar menunjukkan bahawa pengisi seperti kolagen telah digunakan dengan bebas. Untuk seorang yang berusia 53 tahun, kulit Donatella sangat tegang menunjukkan pembedahan kosmetik bagi membuang kedutan mungkin berlaku. Dia mungkin juga menggunakan suntikan dermal seperti Botox untuk menghilangkan kedutan walaupun ketika dia tersenyum. Wajahnya yang ketat amat kontra dengan kulit yang longgar di seluruh tubuhnya. Malah, penurunan berat badan Donatella juga menunjukkan dia membuat implan payudara.

8. Jackie Stallone: pembedahan kosmetik wajah serta dahi, implan pipi dan pembedahan hidung

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 8

Ibu pelakon terkenal Silvester Stallone, Jackie juga terkenal kerana mendakwa dia boleh bercakap dengan anjing mengenai masa depan, dia juga pernah menubuhkan hotline psikik yang akan mengenakan bayaran terhadap pemanggil yang ingin mendapatkan nasihat. Sekarang dia agak terkenal dengan apa yang kelihatan seperti pembedahan plastik yang terlalu banyak dimana dia telah mencuba segala-galanya; pembedahan kosmetik wajah serta dahi, implan pipi, pembedahan hidung dan bibir.

9. Amanda Lepore: transeksual paling terkenal di dunia

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 9

Pernah menjadi lelaki muda yang tersangat miskin, pembedahan tidak terkira Amanda Lepore telah menjadikannya salah seorang daripada transeksual yang paling dikenali di dunia. Dia menjalani pembedahan plastik pertama pada usia 15 tahun, menukar jantina pada tahun terakhir sekolah menengahnya dan pembedahan yang tidak terkira banyaknya selepas itu.

10. Michaela Romanini: sosialit Itali yang terkenal dengan penyalahgunaan kolagen

pembedahan plastik paling gagal yang mengerikan dan bertukar menjadi mimpi buruk 10

Akhir sekali ialah sosialit Itali brenama Michaela Romanini. Penyalahguna kolagen bibir ini hanya berumur 40 tahun dan menjadi terkenal selepas melakukan banyak pembedahan.

Rujukan: oddee.com


tags : , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)