Sumber asli ialah komoditi yang wujud tanpa sebarang tindakan dan usaha dari manusia. Ia adalah bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan dan mengeluarkan semua produk yang kita gunakan sejak dulu lagi.

Nilai sumber-sumber ini berbeza-beza bergantung kepada betapa jarang ia ditemui, kualiti dan permintaan terhadapnya.

Secara amnya, komoditi ini sama ada diekstrak atau tidak, adalah sangat berhargadan menjadi tulang belakang kepada kebanyakan ekonomi di seluruh di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 negara dengan sumber semula jadi paling banyak di dunia.

10. Australia

lombong emas terbesar di australia

Perlombongan adalah industri utama di Australia dan penyumbang utama kepada ekonomi yang menghasilkan lebih daripada RM81.9 trilion setahun.

Australia adalah salah satu pendahulu dalam perlombongan uranium dan emas. Ia juga mempunyai simpanan emas terbesar di dunia, dan mereka membekalkan kira-kira 14.3% daripada permintaan dunia.

Negara ini juga menyumbang lebih daripada 46% jumlah uranium dunia. Australia dikenali dengan rizab bijih besi, tembaga, kayu, nikel, syal minyak, logam nadir bumi dan arang batu yang luas.

Negara Down Under juga merupakan pengeluar utama opal dan aluminium.

9. Republik Demokratik Kongo

sumber alam semula jadi republik demokratik kongo

Salah satu sumber pendapatan eksport yang paling penting bagi Republik Demokratik Kongo (DRC) adalah industri perlombongan.

Sehingga tahun 2009, negara ini mempunyai lebih daripada RM98.7 trilion dalam deposit mineral yang tidak dieksploitasi, dan ini termasuk rizab coltan terbesar di dunia dan juga kuantiti kobalt yang sangat banyak.

Negara ini dikenali dengan rizab emas, timah, tantalum, berlian, tembaga dan kobalt yang besar.

Kajian geologi Amerika menganggarkan bahawa Republik Demokratik Kongo mempunyai lebih daripada satu juta tan lithium.

Terdapat lebih daripada 25 syarikat perlombongan antarabangsa di DRC menjelang tahun 2011.

8. Venezuela

sumber alam semula jadi venezuela

Negara Amerika Selatan ini adalah pengeluar dan pengeksport utama pelbagai mineral termasuk minyak, bijih besi, emas, arang batu, dan bauksit.

Venezuela mempunyai lebih kurang RM58.8 trilion sumber semula jadi yang tidak digunakan dan sebahagian besar mineralnya dikuasai oleh kerajaan.

Venezuela mempunyai rizab minyak terbesar yang lebih besar daripada gabungan rizab di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Ia juga merupakan pengeluar arang batu Amerika Latin ketiga terbesar di belakang Brazil dan Colombia.

Malah, Venezuela mempunyai simpanan gas asli kelapan terbesar di dunia yang menyumbang kira-kira 2.7% daripada bekalan dunia.

Dari segi deposit emas, Venezuela merupakan yang kedua terbesar di dunia.

7. Amerika Syarikat

sumber alam semula jadi amerika syarikat

Industri perlombongan agak aktif semasa zaman kolonial, tetapi ia menjadi industri penting di Amerika Syarikat pada abad ke-19 setelah lebih banyak mineral ditemui.

Rizab logam dan arang batu di negara ini bernilai RM451 bilion pada tahun 2015. Industri perlombongan ini telah menggunakan lebih daripada 158,000 orang pekerja secara langsung.

Amerika Syarikat telah dikenal sebagai pengeluar utama arang batu selama beberapa dekad dan ketika ini, mereka menguasai lebih dari 31% daripada rizab arang batu global dan sejumlah besar kayu.

Jumlah sumber asli di negara ini bernilai RM185 trilion dengan lebih 89% daripadanya adalah kayu dan arang batu.

Amerika Syarikat mempunyai deposit tembaga, emas, minyak dan gas asli yang sangat besar.

6. Brazil

sumber alam semula jadi brazil

Sumber semula jadi di Brazil dianggarkan bernilai lebih dari RM90 trilion dengan beberapa komoditi teratasnya yang terdiri daripada uranium, emas, besi, dan minyak.

Perlombongan di negara ini memfokuskan pada bauksit, besi, timah, tembaga, dan pengekstrakan emas. Brazil mempunyai deposit uranium dan emas terbesar di Bumi dan mereka adalah pengeluar besi kedua terbesar dunia.

Walaupun mereka mempunyai simpanan minyak yang luas, komoditi yang paling berharga di negara ini adalah kayu. Brazil membekalkan 12.3% daripada kayu di seluruh dunia.

5. Rusia

perlombongan di rusia

Industri perlombongan Rusia adalah salah satu yang terbesar di dunia dan ia menyumbang kepada peratusan besar pengeluaran Komanwel Rusia dari pelbagai komoditi termasuk bahan bakar mineral, mineral industri dan logam.

Rusia adalah salah satu pengeluar terkemuka vanadium, silikon, paladium, nitrogen, sebatian dan logam magnesium, tembaga, arsenik, simen dan aluminium.

Sumber asli di negara ini dianggarkan bernilai lebih daripada RM309 trilion. Rusia adalah pengeksport logam nadir bumi kedua terbesar di dunia.

4. India

sumber alam semula jadi india

Sektor perlombongan di India menyumbangkan kira-kira 2.5% daripada KDNK negara dan kira-kira 11% daripada KDNK sektor perindustrian.

Industri perlombongan dan logam di India dianggarkan bernilai lebih dari RM438 bilion pada tahun 2010.

India mempunyai simpanan arang batu keempat terbesar di dunia dan rizab yang besar dalam batu kapur, petroleum, berlian, gas asli, kromit, bijih titanium dan bauksit.

Negara ini menyumbang lebih daripada 12% pengeluaran torium dunia dan lebih dari 60% pengeluaran mika secara global. Ia juga merupakan pengeluar utama bijih mangan.

3. Kanada

lombong berlian di kanada

Kanada mempunyai lebih daripada RM137 trilion sumber asli dengan beberapa komoditi termasuk mineral industri (gipsum, potash, batu kapur dan garam batu), mineral tenaga (uranium dan arang batu), logam (nikel, zink, tembaga, dan plumbum) (platinum, perak, dan emas).

Kanada mempunyai deposit minyak ke-3 terbesar di planet ini selepas Venezuela dan Arab Saudi dan bekalan uranium kedua terbesar di dunia.

Kanada juga merupakan pembekal utama fosfat dan gas asli, serta pengeksport kayu ke-3 terbesar di dunia.

2. Arab Saudi

sumber alam semula jadi arab saudi

Arab Saudi mempunyai komoditi bernilai lebih daripada RM142 trilion dengan sumber asli utama mereka adalah minyak.

Arab Saudi mempunyai rizab minyak ke-2 terbesar kedua di Bumi, yang mana merangkumi lebih daripada 20% rizab minyak di seluruh dunia.

Petroleum ditemui di Arab Saudi pada 3 Mac 1938 dan sejak itu mereka menjadi pengeksport minyak terkemuka dunia.

Kerajaan adalah pihak yang bertanggungjawab mengawal rizab gas asli ke-6 terbesar di dunia ini.

Beberapa sumber asli di Arab Saudi termasuk feldspar, fosfat, sulfur, plumbum, tungsten, mangan, tembaga, zink, perak, dan emas.

Ekonomi negara ini bergantung kepada pendapatan mereka daripada usaha pengeksport minyak mereka.

1. China

perlombongan arang batu di china

China adalah salah satu pengeluar utama fosfat, vanadium, tungsten, antimoni, grafit, arang batu, timah, molibdenum, plumbum, zink dan emas.

Mereka adalah pengeluar mangan, bauksit, kobalt, perak, dan tembaga ke-2 di dunia.

China adalah salah satu negara perlombongan utama di dunia, tetapi kerana mereka kekurangan rizab tempatan, kebanyakan syarikat mereka memburu kontrak perlombongan di negara lain.

90% daripada sumber semula jadi di negara ini termasuklah logam dan arang batu nadir bumi.

Komoditi semula jadi penting lain di China termasuklah kayu, kromium, dan permata berlian. Jumlah sumber asli di China dianggarkan bernilai lebih daripada RM94.6 trilion

Rujukan:

1. Business Insider

2. Invest

3. African Eagle




Hakcipta iluminasi.com (2017)