Ketika kini, penduduk Malaysia adalah sekitar 32.5 juta orang di atas tanah berkeluasan 330,803 kilometer persegi. Daripada jumlah ini, kaum Melayu adalah majoriti iaitu sebanyak 50.1%, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 22.6%, orang Asli sebanyak 11.8%, kaum India 6.7% dan lain-lain kaum iaitu 8.8%.

Jumlah populasi Malaysia ini berada di tangga ke-41 daripada 195 buah negara dunia, dengan China sebagai negara paling tinggi penduduk iaitu seramai 1.39 bilion. Dan dengan itu, iluminasi.com ingin kongsikan 10 buah negara dengan kuantiti penduduk paling rendah di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Republik Dominica

dominica 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia 1

Dengan populasi 86,295 orang (lebih kurang penduduk di bandar Tampin), Dominica adalah sebuah negara pulau yang terletak di Laut Caribbean. Ia berkeluasan 750 kilometer persegi dengan jumlah perairan sebanyak 1.6%.

Pulau ini bersempadan dengan Perancis di kedua-dua bahagian barat laut dan selatan-tenggara.

dominica 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia

Populasi negara ini terdiri daripada orang kulit hitam (86.6%), darah campuran (9.1%), orang asli (2.9%), lain-lain (1.3) dan juga sebanyak 0.2% tak dapat dikenalpasti. 

Dari segi agama pula, Kristian adalah agama dominan merangkumi 94.4% daripada penduduk, 3% beragama rakyat, 0.5% tidak beragama dan 0.1% daripadanya adalah Islam.

9. Marshall Islands

marshall islands 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia 1

Negara pulau Marshall Islands atau nama rasminya Republik Pulau Marshall, terletak di Lautan Pasifik. Secara geografinya, negara ini adalah sebahagian daripada kumpulan pulau Micronesia.

Penduduk negara ini yang seramai 55,000 orang (lebih kurang penduduk Setiu, Terengganu) tinggal di 29 buah rantaian pulau di negara ini yang berkeluasan 181.43 kilometer. Kumpulan etnik majoriti yang tinggal di negara pulau ini terdiri daripada orang asli pulau dan bahasa rasmi yang digunakan adalah bahasa Ebon dan Inggeris.

8. Saint Kitts & Nevis

saint kitts nevis 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia

Saint Kitts juga merupakan sebuah negara pulau yang terletak di West Indies, yang berada di persekutuan yang sama dengan pulau Nevis dan mendapat kemerdekaan daripada Inggeris pada 19 September 1983. Penduduk persekutuaan ini adalah sekitar 46,204 orang, 1 persepuluh daripada penduduk Kuantan. 

Saint Kitts dan Nevis mempunyai keluasan seluas 261 kilometer persegi dan terdiri daripada etnik yang dikenali sebagai Kittitian atau Nevisian. Negara ini menggunakan mata wang Dolar Timur Caribbean dan bahasa rasminya adalah bahasa Inggeris.

7. Liechtenstein

liechtenstein 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia

Berada di tangga ke-7 negara paling sedikit penduduk di dunia adalah Liechtenstein yang terletak di Eropah Tengah dan bersempadan dengan Switzerland dan Austria. Negara yang berkeluasan 160 kilometer persegi, iaitu separuh daripada saiz Kuala Lumpur ini didiami oleh penduduk seramai 38,111 orang. 

Hampir kesemua penduduk di Liechtenstein adalah orang tempatan yang menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa rasmi dan Katolik Roman adalah agama rasmi. Apa yang menariknya, walaupun negara ini sangatlah kecil, namun ia merupakan negara berbahasa Jerman yang mempunyai KDNK paling tinggi di dunia.

6. Monaco

monaco 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia 1

Terletak di pantai Mediterania di tenggara Perancis, Monaco mempunyai penduduk seramai 38,300 orang (penduduk Cameron Highlands) di atas tanah yang tersangat kecil iaitu hanya 2 kilometer persegi sahaja.

Disebabkan terlalu kecil dan bersempadanan dengan Perancis, Monaco mengambil bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan etnik utama di negara termasuklah Monégasques, Itali, Perancis dan Occitan.

Monaco adalah antara negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan terhadap penduduknya.

5. Republik San Marino

san marino 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia 1

Dengan populasi seramai 33,332 orang yang mendiami di atas kawasan berkeluasan 61.2 kilometer persegi, Republik San Marino adalah negara ke-5 dengan penduduk paling rendah di dunia. 

Negara ini terletak betul-betul di dalam negara Itali di Eropah selatan dan bergantung kepada industri pelancongan sebagai perangsang ekonomi utama. Sama seperti Monaco, San Marino juga didiami oleh etnik negara dominan di mana ia terletak, iaitu etnik Itali dan bahasa Itali sebagai bahasa rasmi.

Penduduk San Marino dikenali sebagai Sammarinese dan agama rasmi adalah Katolik Roman.

4. Palau

palau 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia 1

Dengan populasi seramai 21,503 orang, Palau adalah salah satu daripada empat negara terkecil di dunia, iaitu bersaiz satu pertiga daripada Pulau Marshall. Namun begitu, dengan keluasan 459 kilometer, penduduk Palau agak selesa kerana kepadatannya tidak begitu tinggi. 

Palau terletak di timur Filipina dengan etnik Palau menjadi dominan iaitu sebanyak 73%, dan selebihnya adalah entik Filipina (16.3%) serta 5.4% adalah etnik Asia yang lain. Dari segi bahasa pula, bahasa Palau dan Inggeris adalah bahasa rasmi, di samping penggunaan bahasa lain seperti bahasa Jepun , Sonsorolese dan Tobian.

3. Nauru

nauru 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia 1

Nauru atau nama rasminya, Republik Nauru adalah sebuah negara terpencil di Micronesia, Pasifik Tengah. Jiran paling hampir adalah Pulau Banaba di Kiribati, 300 kilometer ke timur negara ini.

Dengan keluasan 21 kilometer persegi, Nauru didiami oleh 10,800 orang penduduk di 14 buah daerah, dengan 4 hingga 14 buah kampung bagi setiap daerah. Kira-kira 150 hingga 3,000 orang tinggal di setiap daerah di Nauru.

Keseluruhan penduduk terdiri daripada etnik Nauru dan bahasa Nauru serta Inggeris menjadi bahasa rasmi.

2. Tuvalu

tuvalu 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia

Negara yang mendapat kemerdekaan dari United Kingdom pada tahun 1978, Tuvalu, adalah negara kedua terkecil di dunia dari segi penduduk iaitu sekitar 10,100 orang. Tuvalu terletak di timur Australia di Lautan Pasifik, berdekatan dengan Nauru dan Fiji.

Penduduk pertama yang mendiami Tuvalu adalah orang Polinesia dan kini 96% daripada penduduk Tuvalu adalah orang Polinesia dan selebihnya adalah Micronesia.

1. Vatican City

vatican city 10 negara dengan penduduk paling rendah di dunia 1

Dan tahukah anda populasi terendah bagi sebuah negara adalah kurang daripada 1,000 orang? Ya, Vatican City bukan sahaja negara dengan berpenduduk paling rendah di dunia, tetapi juga negara paling kecil dengan keluasan 440 meter persegi sahaja.

Vatican City adalah sebuah negara merdeka yang terletak di bandar Rom, Itali, mempunyai penduduk kira-kira 850 orang sahaja. Sebagai pusat teologi Kristian, Vatican adalah salah satu negara yang paling terkenal dan kontroversial dalam sejarah manusia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)