Doktor mempunyai tugas yang sangat penting iaitu menyelamatkan nyawa. Biasanya, para doktor merisikokan nyawa mereka untuk merawat pesakit.

Golongan profesional ini menjalani beberapa tahun pengajian yang sangat mahal dan mengamalkan apa yang dipelajari untuk menjadi mahir dalam pekerjaan mereka.

Oleh itu, doktor sepatutnya menerima gaji yang tinggi yang mana sepadan dengan khidmat mereka. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di kebanyakan negara di dunia, doktor adalah antara pekerja yang menerima gaji tertinggi kerana sifat pekerjaan yang mencabar dan bertanggungjawab untuk kesejahteraan penduduk umum.

Namun di Malaysia, gaji doktor tidaklah begitu lumayan. Bagi doktor yang masih di peringkat housemanship, purata gaji bulanan yang diterima adalah sekitar USD848 (RM3,500) hingga USD1,066 (RM4,400).

gaji doktor pakar di malaysia

Menurut Afterschool, selepas menerima gelaran pegawai perubatan (MO), purata gaji mereka meningkat kepada antara USD1,042 (RM4,300) hingga USD1,260 (RM5,200). Pendapatan akan meningkat mengikut jumlah tahun pengalaman seperti di bawah: 

  • USD1,430 (RM5,900) – USD1,650 (RM6,800) untuk pengalaman 3 hingga 6 tahun
  • USD1,590 (RM6,549) – USD1,800 (RM7,449) untuk pengalaman 7 hingga 9 tahun
  • USD1,660 (RM6,871) – USD1,990+ (RM8,200+) untuk pengalaman 10 tahun dan ke atas

Bagi doktor pakar pula, gaji yang diterima adalah lebih lumayan baik bagi sektor awam atau swasta.

Purata gaji bulanan bagi doktor pakar di hospital awam bermula dari USD2,400 (RM10,000) manakala doktor pakar swasta menerima sekitar USD3,630 (RM15,000) hingga USD7,270 (RM30,000) dan ke atas sebulan mengikut jenis serta tahap kepakaran.

Gaji seperti ini kelihatan agak lumayan, namun jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara dalam senarai ini.

Malah, dengan pengumuman elaun khidmat kritikal yang dikatakan bakal dipotong bagi doktor baharu, ramai yang tertanya-tanya sama ada berbaloi atau tidak untuk menjadi seorang doktor.

Dan jika dilihatkan, Malaysia menduduki tangga pertama sebagai negara dengan penjagaan kesihatan terbaik di dunia, jadi mengapa gaji para doktor menjadi semakin rendah?

Dengan itu, iluminasi.com kongsikan 10 negara dengan gaji doktor paling tinggi di dunia.

10. New Zelaland

mogok oleh doktor di new zealand berkenaan tempoh waktu bekerja

(Mogok oleh doktor di New Zealand berkenaan tempoh waktu bekerja)

Purata gaji tahunan doktor am: USD96,000 (RM396,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD138,000 (RM571,000)

Apabila melibatkan gaji, New Zealand biasanya berada sedikit terkebelakang berbanding jiran terdekatnya iaitu Australia. Namun dari segi perubatan, New Zealand hampir menyamai Australia.

Mengendalikan sistem penjagaan kesihatan awam dan swasta secara bercampur, New Zealand adalah destinasi hijrah yang popular untuk doktor yang boleh berbahasa Inggeris.

Doktor baru yang masih di bawah penyeliaan (housemanship) biasanya menerima purata gaji bulanan antara USD4,466 (RM18,435) dan USD5,572 (RM23,000).

Bagi doktor am atau biasa, mereka menerima sekitar USD8,000 (RM33,000) manakala doktor pakar menerima USD11,500 (RM47,550).

9. United Kingdom

nur amalina che bakri doktor doctor united kingdom london

Purata gaji tahunan doktor am: USD118,000 (RM486,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD131,000 (RM540,000)

Sejak penciptaan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) pada tahun 1948, United Kingdom sentiasa bangga dengan sistem penjagaan kesihatan percuma dan kualiti yang ditawarkan.

Walaupun terdapat ketidakpastian disebabkan oleh Brexit, namun percubaan berulang untuk menswastakan aspek perkhidmatan dan perbalahan kontrak yang serius berkenaan waktu kerja (termasuk tindakan mogok yang belum pernah terjadi sebelumnya), UK terus membayar gaji doktor dengan sangat tinggi.

Purata gaji bulanan bagi seorang doktor am yang bekerja 41.8 jam seminggu adalah sekitar USD9,800 (RM40,514) manakala doktor pakar menerima sekitar USD10,500 (RM45,000).

8. Belanda

gaji doktor di belanda

Purata gaji tahunan doktor am: USD117,000 (RM483,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD252,000 (RM1.04 juta)

Belanda dikatakan syurga dunia bagi para doktor.

Ia merupakan tempat kerja yang didambakan di mana doktor ditawarkan dengan gaji yang tinggi, keadaan kerja yang baik, waktu kerja yang lebih pendek dan yang paling digemari, cuti yang banyak. 

Belanda mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang mengagumkan di mana setiap isi rumah di Belanda mempunyai doktor peribadi mereka sendiri.

Jadi, tidak hairanlah para doktor benar-benar menikmati kerja mereka di negara ini.

Dari segi pendapatan, purata gaji bulanan seorang doktor am di Belanda adalah sekitar USD9,750 (RM40,240) manakala USD21,000 (RM87,000) bagi doktor pakar.

Menurut Indeks Pengguna Kesihatan Eropah (EHCI), Belanda menawarkan sistem penjagaan kesihatan yang terbaik di Eropah.

7. Republik reland

gaji doktor di ireland

Purata gaji tahunan doktor am: USD136,000 (RM561,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD187,000 (RM771,000)

Pulau Atlantik Utara ini berada pada kedudukan kelapan dalam senarai gaji tertinggi bagi doktor.

Di Ireland, doktor pakar menerima purata gaji bulanan sekitar USD15,600 (RM64,271) manakala doktor am memperoleh USD11,300 (RM46,731 sebulan.)

Di sini gaji tidak jauh lebih tinggi daripada di negara lain, namun doktor pakar juga menjalankan kerja-kerja swasta dan awam.

Berdasarkan jenis dan tahap kepakaran, doktor boleh mengenakan bayaran antara USD200 (RM825) dan USD300 (RM1,240) atau lebih bagi perundingan sekitar 15 hingga 20 minit.

Jadi, gaji yang diperoleh mereka adalah lebih tinggi daripada jumlah purata mengikut kerajinan. 

6. Australia 

gaji doktor di australia

(Dr. Joe Marwood berhijrah dari United Kingdom ke Australia kerana gaji yang lebih lumayan dan waktu bekerja yang lebih pendek)

Purata gaji tahunan doktor am: USD140,000 (RM577,836)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD247,000 (RM1.02 juta)

Disebabkan oleh keadaan yang lebih baik seperti pendapatan yang lebih lumayan, ramai doktor dari United Kingdom berhijrah ke Australia. 

Ia juga disebabkan oleh situasi tempat kerja yang lebih baik dan sistem sokongan yang lebih maju. Pengajaran dan pendidikan sangat diberikan perhatian di Australia.

Semua doktor di Australia fokus kepada mempelajari teknik baru dan berkongsi maklumat dengan orang lain. Dan disebabkan tahap kakitangan yang seperti ini di Australia, hasilnya adalah lebih baik berbanding negara lain.

Doktor am di Australia menerima purata gaji bulanan sekitar USD11,700 (RM48,153) manakala doktor pakar menerima USD20,600 (RM85,000).

5. Iceland

gaji doktor di iceland

Purata gaji tahunan doktor am: USD182,000 (RM751,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD202,000 (RM834,000)

Iceland bukanlah hanya terkenal sebagai tanah berais, pelancongan Game of Throes dan pengeksportan salmon sahaja.

Sama seperti kerajaan Nordik yang lain, Island mempunyai sistem penjagaan kesihatan dibiayai kerajaan yang sangat berkualiti tinggi yang dicemburui banyak negara.

Di negara yang mana banyak pendapatan mereka adalah antara yang tertinggi di dunia, tidak mengejutkanlah bahawa terdapat banyak cukai pendapatan yang tersisa untuk para doktor.

Doktor am di Iceland menerima purata gaji bulanan sekitar RM62,600 manakala doktor pakar menerima sekitar RM69,500.

4. Amerika Syarikat

gaji doktor di amerika syarikat

Purata gaji tahunan doktor am: USD230,000 (RM949,300)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD363,400 (RM1.5 juta)

Jumlah gaji yang diterima oleh seorang doktor di Amerika Syarikat bergantung kepada lokasi kerja dan jantina mereka.

Umumnya, doktor lelaki di AS menerima pendapatan 36% lebih banyak daripada doktor wanita.

Jurang gaji ini adalah paling sedikit bagi ahli anestesiologi iaitu sebanyak 12%, ahli radiologi sebanyak 13% dan doktor keluarga sebanyak 14%.

Purata gaji bulanan bagi doktor am di AS adalah sekitar USD19,200 (RM79,108) manakala USD30,800 (RM127,261) bagi doktor pakar.

Pakar bedah ortopedik menerima pendapatan tahunan tertinggi sekitar USD443,000 (RM1.83 juta), diikuti oleh pakar kardiologi dengan USD409,000 (RM1.69) juta, pakar dermatologi dengan USD380,000 (RM1.57 juta) dan yang paling rendah adalah pakar kanak-kanak sebanyak USD204,000 (RM842,000).

Doktor pakar dengan gaji paling tinggi di AS adalah di negeri North Dakota sebanyak RM1.95 juta setahun (RM162,500 sebulan) dan yang terendah adalah di Columbia iaitu sebanyak RM793,000 (RM66,000 sebulan)

3. Switzerland

gaji doktor di switzerland

Purata gaji tahunan doktor am: USD237,000 (RM979,000)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD256,800 (RM1.06 juta)

Jika anda melihat mana-mana senarai gaji global, kemungkinan besar anda akan dapat melihat nama Switzerland tersenarai.

Oleh kerana ia mempunyai antara salah satu ekonomi yang paling stabil di dunia, maka gaji bagi banyak sektor di negara ini adalah sangat tinggi.

Jadi, tidak mengejutkan untuk melihat ramai pengamal perubatan yang datang ke negara ini, walaupun hakikatnya anda memerlukan pengetahuan kerja sama ada dari Perancis, Jerman atau Itali untuk berbuat demikian.

Namun, ia sangat berbaloi kerana purata gaji bulanan bagi seorang doktor am di Switzerland sekitar USD19,800 (RM81,552) dan USD21,500 (RM88,739) bagi doktor pakar.

2. Kanada

gaji doktor di kanada

Purata gaji tahunan doktor am: USD271,000 (RM1.12 juta)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD339,000 (RM1.4 juta)

Terdapat lebih daripada 90,000 orang doktor di Kanada dan bertambah dengan semakin pantas berbanding populasi negara ini.

Nisbah nisbah doktor kepada penduduk di Kanada adalah sekitar 228 doktor bagi setiap 100,000 orang. 

Namun, Kanada adalah negara yang paling diidami bagi setiap doktor kerana gaji yang tersangat lumayan.

Doktor am menerima pendapatan sekitar USD22,600 (RM93,210) sebulan manakala USD28,200 (RM116,255) bagi doktor pakar. Bagi setiap jam, purata pendapatan bagi seorang doktor am adalah sekitar USD128 (RM530).

1. Luxembourg

gaji doktor di luxembourg

Purata gaji tahunan doktor am: USD305,000 (RM1.26 juta)

Purata gaji tahunan doktor pakar: USD397,000 (RM1.64 juta)

Seperti Switzerland, sebahagian besar daripada kekayaan Luxembourg diperolehi daripada sektor kewangan yang menguntungkan.

Namun, bukan hanya ahli bank dan akauntan sahaja yang mendapat pendapatan yang tinggi.

Menurut OECD, para doktor yang mempunyai pengalaman melebihi 8 tahun memperoleh purata gaji mencecah USD25,400 (RM104,695) sebulan dan bagi doktor baru dengan pengalaman antara 1 dan 3 tahun, mereka menerima gaji sekitar USD13,240 (RM54,652 sebulan).

Doktor pakar sebagai contoh pakar gastroenterologi, mereka menerima sekitar USD33,000 (RM136,000) sebulan.

Walaupun Luxembourg mempunyai populasi yang sangat rendah sekitar 600,000 orang, anda mungkin menghadapi persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan.

Rujukan:

1. Career Addict

2. Wise Step

3. Naibuzz

4. Guardian

5. Afterschool




Hakcipta iluminasi.com (2017)