Oleh pada 17 Dec 2022 kategori

Mana-mana istilah yang kita guna sebagai nama, biasanya sudah membayangkan apakah jantina pemilik nama tersebut.

Nama lelaki mempunyai perwatakan yang lebih tegas dengan makna yang mencerminkan sifat-sifat maskulin. Bagi kaum hawa pula, nama mereka mempunyai erti yang lembut, sesuai dengan perangai semulajadi kaum hawa yang lebih jelita.

Tetapi ada juga nama yang tak kekok untuk dikenakan kepada kedua-dua jantina, berbunyi asli dan sesuai tanpa menimbulkan kehairanan pada kita.

Berikut adalah sepuluh nama yang popular dipilih sebagai nama lelaki ataupun wanita.

1. Fairuz

fairuz nama uniseks

Fairuz atau variasinya Fairus, Firus, Feirus, Feroz dan bermacam kaedah ejaannya adalah nama yang mudah dijumpai dan tidak terhad hanya kepada satu jantina. 

Diambil daripada nama masyarakat Parsi, istilah yang bermakna 'kemenangan' ini sering digunapakai oleh masyarakat Islam bagi menamakan anak mereka.

Masyarakat kita biasanya akan membezakan jantina anak dengan penambahan nama seperti 'Siti Fairuz' untuk wanita atau 'Muhammad Fairuz' untuk lelaki.

2. Wahyu

wahyu nama anak uniseks dua jantina

Bagi masyarakat Muslim, istilah 'wahyu' sudah tidak perlu diperjelaskan kerana maknanya berkait dengan akidah orang Islam; merujuk kepada perintah Allah swt.

Oleh kerana bersifat am, penggunaan istilah ini sebagai nama juga kena dengan mana-mana jantina.

Boleh diguna secara tunggal atau dengan penambahan kata nama seperti 'Muhammad Wahyu' atau 'Nurul Wahyu', mungkin juga digubah sebagai 'Wahyuni' untuk wanita.

Ejaannya juga boleh disingkatkan kepada 'Wahy' jika dipilih sebagai nama. 

3. Rizqi

rizqi nama anak uniseks

'Rizqi' adalah varian berbeza perkataan asal Arab 'Rizq' yang membawa makna sumbangan, lebih jelas merujuk kepada sumbangan atau pemberian Tuhan kepada manusia.

Dalam bahasa Melayu, 'rizqi' sering terpilih sebagai nama sementara perkataan 'rezeki' pula diguna untuk merujuk kepada makna asal istilah Arabnya, walaupun kedua-duanya membawa makna serupa.

Sangat versatil penggunaannya, Rizqi sesuai untuk kedua-dua jantina tetapi masyarakat kita seperti biasa gemar membezakan penggunaannya.

Penambahan seperti 'Adam Rizqi' biasanya untuk lelaki sementara 'Putri Rizqi Amalina' pula merujuk kepada wanita.

4. Dani

dhani nama anak dua jantina

'Dani' merupakan antara nama yang sangat versatil, kerana diguna pakai oleh banyak kaum di serata dunia.

Jika dirujuk bahasa Arab, 'dani' membawa makna 'dekat' biasanya dirujuk sebagai 'dekat dengan Tuhan.'

Biasa ditulis sebagai Dani, Dhani, Daniel, Dania atau pelbagai variasi berbeza; dua 'Dani' yang kita kenali adalah Ahmad Dhani dari Indonesia dan Danni Minoque, artis dari Australia.

5. Bintang

bintang nama anak dua jantina

Bintang mungkin kurang kerap kelihatan di masyarakat Malaysia, tetapi di Indonesia nama ini cukup popular. 

Kerap juga penulis menemui masyarakat Indonesia menamakan anak perempuan mereka 'Bintang Kartika'. Untuk lelaki pun ada, tetapi tak ramai seperti wanita.

Anda ada kawan lelaki nama 'Bintang'? Ada panggil dia apa, 'Bin' atau 'Tang'?

6. Hanan

hannan nama anak uniseks

Istilah 'Hanan' walaupun asalnya daripada bahasa Ibrani merupakan sebuah istilah maskulin, dikatakan berasal daripada istilah 'Johanan' atau 'Yohanan' yang merujuk kepada 'kemurahan rahmat Tuhan.'

Walaupun dalam era sekarang bunyinya sudah berbunyi lebih lembut, nama ini tetap sesuai untuk diguna oleh lelaki atau pun wanita serta ada disebutkan dalam al-Quran dengan sebutan 'hannan'.

Di kalangan masyarakat barat khususnya penganut agama Kristian, varian wanita bagi nama ini ditulis sebagai 'Hannah' sementara varian lelaki dieja sebagai 'Hanniel.'

Kesemua istilah yang kami sebutkan mempunyai makna yang sama. Hanya 'Hanat' membawa makna berbeza. Jangan namakan anak anda Hanat.

7. Sufi

nama sufi pemakai kapas

Seperti 'Rizqi' nama 'Sufi' juga segak berdiri jika digunakan mengikut ejaan asalnya serta sesuai untuk diguna terus, baik dalam contoh nama lelaki seperti 'Muhammad Iman Sufi' atau 'Siti Aqilah Sufi' bagi wanita.

Istilah ini datangnya daripada perkataan Arab 'suf' yang membawa makna 'kapas', jadi 'sufi' membawa maksud 'orang yang memakai pakaian kapas.'

Ada pendapat menyebut nama 'Sufi' ini diangkat bukan saja sebagai nama individu bahkan sebagai nama aliran Islam 'Sufi', adalah disebabkan Rasulullah saw. gemar memakai pakaian berasaskan kapas.

Pakaian kapas dianggap sebagai simbol kesederhanaan yang sepatutnya diamalkan masyarakat Islam.

8. Azmin

azmin nama jantina universal

Mungkin ada di antara anda akan tertawa kecil melihat nama ini disenaraikan kerana nama ini adalah nama seorang ahli politik terkenal di negara kita. 

'Azmin' adalah antara nama uniseks yang kerap kita temui.

Kita ada ahli politik bernama Azmin Ali, pemain bola sepak Azmin Azram Abdul Aziz. Ramai wanita menggunakan nama 'Azmin' tetapi diubah ejaannya seperti 'Sara Azmeen' atau 'Azmeen Nadira.'

9. Emi

amy search nama uniseks

Tak kiralah ditulis sebagai Emi, Amy, Emmi, Ami, Ammy atau apa saja variannya, nama ini mempunyai bunyi yang lebih keperempuanan namun masih sesuai diguna sebagai nama lelaki. 

Kita ada Amy Search, singkatan daripada Suhaimi. Ramai juga lelaki memakai nama Emi yang dipadankan dengan nama lain seperti Emi Shah, Muhammad Emi atau sebagainya.

Bagi wanita, Emi boleh dipadankan dengan lebih mudah seperti Emi Natasha, Nur Puteri Emilia dan bermacam lagilah.

Tidak jelas daripada mana istilah ini berasal. Jika dalam bahasa Arab, istilah 'amm' membawa makna seseorang yang dihormati, disebut sebagai 'ammu'. Di kalangan masyarakat Kristian pula, Ammy membawa makna seseorang yang disayangi.

10. Nur

nur nama uniseks

Bagi masyarakat Melayu di Malaysia, nama 'Nur' atau variannya sama ada 'Noor', Nour' atau 'Nor' lebih secocok dengan nama wanita. Sehinggakan jika kita lihat senarai nama pelajar sekolah rendah, penuh nama pelajar perempuan bermula dengan istilah sama.

Walaupun begitu, bagi masyarakat seperti orang Bangladesh, Pakistan dan India, ramai lelaki Muslim di sana mempunyai nama 'Noor' atau variannya. Maksud istilah ini adalah merujuk kepada cahaya. 

Masyarakat kita jarang meletakkan 'Nur' di depan untuk anak lelaki, sebaliknya lebih gemar meletakkannya di tengah sebagai contoh 'Muhammad Noor Ilham' atau 'Mohd. Nur Azmin.'

Bagi wanita pula, penggunaanya lebih versatil sama ada diguna sebagai pangkal nama seperti 'Nur Aliah Diana' atau dipertengahan seperti 'Putri Nur Atiqa.' 




Hakcipta iluminasi.com (2017)