Oleh pada 04 Oct 2017 kategori

beza iq dan eq 445

iluminasi.com pernah berkongsi mengenai mengapa EQ lebih penting daripada IQ dalam realiti kehidupan sebenar dalam artikel yang lalu. Dan menurut laporan World Economic Forum’s Future of Jobs, EQ atau kecerdasan emosi akan menjadi antara 10 kemahiran bekerja terpenting menjelang 2020.

Ramai yang telah sedar bahawa EQ merupakan satu kemahiran yang sangat penting malah melebihi kemahiran teknikal dalam kes-kes tertentu. Survey Bina Kerjaya 2011 melibatkan 2,600 pengurus dan ahli sumber manusia profesional, 71% daripada mereka berkata lebih menghargai kakitangan tinggi EQ daripada tinggi EQ.

BESARKAN TEKS     A-  A+

eq mungkin lebih penting daripada iq

75% daripada mereka juga lebih cenderung menaikkan pangkat kakitangan tinggi IQ dan 59% daripada mereka mendakwa mereka tidak akan menerima calon yang tinggi IQ tetapi rendah EQ.

Jadi, ini membuktikan bahawa syarikat yang ingin mencari pekerja lebih menghargai individu tinggi EQ daripada tinggi IQ. iluminasi.com ingin berkongsi 7 sebab mengapa calon tinggi EQ adalah lebih bernilai.

1. Mampu menguruskan tekanan dengan baik

Tekanan di tempat kerja adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tak semua mampu menguruskan tekanan ini, dan ia memerlukan kemahiran. Namun, bagi mereka yang tinggi EQ lebih peka terhadap keadaan sekeliling membuatkan mereka lebih tahu mengawal tekanan tersebut. Mereka lebih mudah menyesuaikan diri dan masih mampu bekerja dengan baik walaupun berada dalam tekanan. 

Sebagai contoh, jika kerja semakin berlambak dan mereka yang pandai menguruskan tekanan akan dilihat lebih "berguna".

2. Lebih memahami dan boleh bekerjasama dengan orang lain

Bekerja di dalam satu kumpulan sangat memerlukan seseorang itu untuk boleh bekerjasama dan memahami antara satu sama lain, dan individu seperti ini akan menjadi perhatian pihak atasan.

Individu EQ tinggi mempunyai kemahiran dalam membina hubungan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira status, budaya dan latar belakang. Kemahiran ini merupakan aset yang amat penting dan mampu membawa seseorang lebih jauh.

3. Pendengar yang baik

Kebolehan untuk mendengar dengan baik dan memberikan respon yang betul kepada orang lain amatlah penting dalam membina hubungan di tempat kerja. Bagi mereka yang tinggi EQ, mereka lebih bijak dalam mendengar dan memahami sesuatu situasi kerana mampu mengenepikan emosi sendiri dan mengambil kira emosi orang lain.

Selain itu, mereka juga cepat menegesan emosi seseorang hanya melalui tona suara atau bahasa badan, membuatkan mereka lebih mudah menyelesaikan masalah.

4. Lebih terbuka 

Prestasi pekerjaan seseorang bergantung kepada maklum balas yang jujur, terbuka dan tepat pada masa, lebih-lebih lagi jika ulasan prestasi tahunan semakin menurun. Namun bagi individu EQ tinggi, mereka lebih terbuka kepada maklum balas, terutamanya jika ianya untuk memperbaiki diri.

Mereka sangat menghargai diri sendiri membuatkan mereka lebih positif dalam sesuatu yang boleh diperbaiki, dan tidak mudah berkecil hati dengan teguran.

5. Rasa ehsan yang tinggi

Individu tinggi EQ mempunyai sensitiviti yang sangat baik membuatkan mereka lebih peka terhadap setiap individu sekeliling. Mereka mampu menggunakan kemahiran ini untuk membina kepercayaan dan kesepaduan dalam kumpulan, membuatkan sesuatu komuniti kerja itu lebih fokus dan kurang berbalah serta berpolitik. 

Kemahiran ini dikatakan sebagai pelincir kepada yang dapat membantu ahli kumpulan lain bekerjasama dengan baik.

6. Menjadi contoh kepada orang lain

Disebabkan pandai mengawal tekanan dan emosi, individu tinggi EQ lebih "cool" dan tidak gelabah jika perkara berada di luar kawalan. Kemahiran mudah serasi mereka membuatkan orang lain akan turut ikut sama tenang dan tak gelabah. Ini membuatkan individu EQ tinggi menjadi penting dalam sesebuah organisasi, tak kiralah apa pangkat yang mereka pegang sekalipun.

Kebolehan ini membuatkan mereka lebih dihormati oleh pihak atasan dan juga rakan sekerja.

7. Buat keputusan dengan lebih bertimbang rasa dan menyeluruh

Disebabkan kebolehan untuk memahami dengan jelas pendapat orang lain, individu tinggi EQ mampu untuk membuat pertimbangan yang lebih baik terhadap keputusan yang melibatkan orang lain. Ia juga membantu mengurangkan kerosakan jika keputusan tersebut memberikan kesan negatif.

Dengan mampu mengagak hasil yang diperolehi daripada pilihan mereka, ia membuatkan golongan ini lebih proaktif

Mampu menilai hasil pilihan mereka membolehkan orang pintar yang sangat emosi bertindak lebih proaktif.

Rujukan :

1. Fast Company

2. Career Builder




Hakcipta iluminasi.com (2017)