Tahniah kami ucapkan kepada pasangan aktres Siti Saleha dan Ahmad Lutfi yang akhirnya sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada 28 Julai lalu.

Majlis pernikahan yang berlangsung di TPC Bukit Kiara itu menyaksikan Saleha dinikahkan oleh bapanya, Mohd Baharom Abdul Rahman serta disaksikan oleh Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Fadlullah Md Noor.

Difahamkan, Saleha menerima mas kahwin berjumlah RM500, bagaimanapun wang hantaran pula dirahsiakan.

Pengantin lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis tersebut dihadiri hampir 200 tetamu iaitu daripada kalangan keluarga terdekat dan kenalan rapat mereka.

Berikut kami sertakan beberapa keping foto menarik sepanjang majlis berlangsung. 

10 foto majlis pernikahan siti saleha dan ahmad lutfi 2

10 foto majlis pernikahan siti saleha dan ahmad lutfi 3

10 foto majlis pernikahan siti saleha dan ahmad lutfi 4

10 foto majlis pernikahan siti saleha dan ahmad lutfi 5

10 foto majlis pernikahan siti saleha dan ahmad lutfi 6

10 foto majlis pernikahan siti saleha dan ahmad lutfi 7

10 foto majlis pernikahan siti saleha dan ahmad lutfi 8

10 foto majlis pernikahan siti saleha dan ahmad lutfi 9

10 foto majlis pernikahan siti saleha dan ahmad lutfi 10

Kredit foto: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)