Kredit foto: imoney.my

Sekian lama berteka-teki, akhirnya pelakon Siti Saleha tampil membuat kenyataan menjawab persoalan berhubung tarikh majlis pernikahannya.  

Menurut beliau, pernikahan tersebut bakal berlangsung pada 28 Julai ini, manakala majlis resepsi pula akan dibuat pada keesokan harinya. 

Saleha turut menjelaskan punca beliau merahsiakan tarikh tersebut sebelum ini disebabkan oleh faktor lokasi majlis yang tidak dapat ditentukan. 

Sebelum ini, saya tidak dapat berkongsi tarikh pernikahan kami kerana lokasi majlis belum diputuskan lagi. Apabila tarikh dan lokasi sudah ditetapkan, baru saya bersedia untuk mengumumkannya kepada semua. Buat masa ini, saya hanya bersedia untuk berkongsi tarikh kami bakal disatukan kerana masih banyak urusan lain yang perlu diselesaikan.

Sumber: BH Online 

Terdahulu, Siti Saleha mengikat tali pertunangan dengan Lutfi dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri, Klang, Selangor pada 26 November lalu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)