Oleh pada 23 Jul 2017 kategori

Kredit foto: imoney.my

Selepas melangsungkan pertunangan bersama Lutfi Azhar pada November tahun lalu, aktres Siti Saleha bakal mengadakan majlis pernikahannya bersama jejaka itu pada 28 Julai ini.

Bersempena hari pernikahan yang semakin hampir, Saleha dan rakan-rakannya tidak melepaskan peluang berhimpun dalam sebuah majlis Bridal Shower baru-baru ini.

fesyen majlis bridal shower siti saleha dikecam 2

Kredit foto: Instagram Siti Saleha 

Bagaimanapun terdengar khabar yang kurang enak apabila foto-foto majlis tersebut telah mengundang kemarahan netizen.

Semuanya gara-gara penampilan Saleha yang didakwa ramai sebagai keterlaluan. 

fesyen majlis bridal shower siti saleha dikecam 3

Kredit foto: Instagram Siti Saleha 

Menerusi ruangan komen foto-foto dan video majlis di laman Facebook, ramai yang mempertikaikan pakaian Saleha kerana kelihatan agak seksi dan terdedah.

Lebih hangat, ada juga yang mempersoalkan fesyennya yang dikatakan tak ubah seperti tema perkahwinan di gereja. 

fesyen majlis bridal shower siti saleha dikecam 4

fesyen majlis bridal shower siti saleha dikecam 5

Kredit foto: Beritamemey 

Untuk info, Saleha merupakan adik kepada penyanyi Sam Bunkface.

Dilahirkan di Basildon, England dan mempunyai darah campuran Melayu-Inggeris, aktres itu mula menempa nama menerusi drama Nora Elena yang menggandingkannya bersama aktor Aaron Aziz.




Hakcipta iluminasi.com (2017)