Pelakon terkenal, Juliana Evans (27 tahun) telah selamat diijab kabul dengan jejaka kerabat diraja Johor dan Selangor, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj (29 tahun) dengan sekali lafaz sekitar pukul 10.45 pagi pada 30 April baru-baru ini.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful tanpa bertunang terlebih dahulu.

Juliana juga meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu yang menyaksikan kehadiran ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Alhamdulillah, saya kini sudah sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga. Dan saya berharap agar peminat terus dan akan mendoakan kebahagiaan kami.

Sepanjang majlis itu berlansung, Juliana kelihatan cukup anggun mengenakan busana serba putih sedondon bersama Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah.

foto sekitar majlis pernikahan juliana evans dan y a m tengku shariffuddin shah 1

foto sekitar majlis pernikahan juliana evans dan y a m tengku shariffuddin shah 2

foto sekitar majlis pernikahan juliana evans dan y a m tengku shariffuddin shah 3

foto sekitar majlis pernikahan juliana evans dan y a m tengku shariffuddin shah 4

foto sekitar majlis pernikahan juliana evans dan y a m tengku shariffuddin shah 5

Untuk info, pasangan serasi yang mula berkenalan sejak 2 tahun lalu ini dikhabarkan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sumber: ramenpedas.commediahiburan.my, Instagram @julianaevansInstagram #sj430 & Instagram @dreampeeks




Hakcipta iluminasi.com (2017)