Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Hakikat kerjaya seni hiburan yang tidak memerlukan kelayakan akademik tidak menjadi alasan untuk rata-rata selebriti masa kini dalam merencana perancangan aspek pendidikan mereka.

Ia sekaligus membuktikan kemampuan mereka yang bukan sahaja berbakat dalam lapangan seni yang diminati, malah juga mempunyai kelebihan pendidikan dalam bidang akademik.

     

syafiq kyle 931

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

     

Itu antara yang boleh diperkatakan tentang aktor ternama semasa, Syafiq Kyle yang terlebih dahulu menyambung pengajian peringkat diploma menerusi bidang Filem, Teater dan Animasi daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebelum membina tapak kukuh dalam dunia hiburan.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya juga boleh dikatakan dalam kategori yang agak memberangsangkan iaitu 2A 1B.

    

keluarga syafiq kyle

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Untuk info, pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak yang merupakan pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini adalah anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

    

keputusan spm syafiq kyle

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Beliau yang bergelar anak seni selepas terpilih menjadi peserta pertandingan Hero Remaja anjuran Majalah Remaja, akhirnya muncul sebagai pelakon yang dikenali ramai menerusi deretan siri drama televisyen popular.

Antara drama yang melonjakkan namanya termasuk Mencintaimu Mr. Photographer, Red Velvet, Dekatkan Jarak Kita, Tak Ada Cinta Sepertimu, Nur, Nur 2, Senafas Rindu dan banyak lagi.

    

gambar syafiq kyle

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Sumber:

1. Wikipedia Syafiq Kyle

2. Result SPM Geng Hero Remaja Yang Mungkin Korang Tak tahu

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)