Oleh pada 08 Dec 2017 kategori

China atau secara rasminya dipanggil "Republik Rakyat China" adalah negara paling padat di dunia dengan bilangan penduduk lebih 1.38 bilion. Tetapi, China bukanlah negara terbesar di dunia. Ia hanya berada di kedudukan ke-4 selepas Rusia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Malah, Rusia hampir 2 kali lebih besar daripadanya.

China juga mempunyai bilangan tentera terbesar di dunia, iaitu lebih daripada 2 juta orang. Ia bersamaan dengan populasi bandar Paris. Jumlah penduduk negara ini mencecah 4 kali ganda penduduk AS. Nisbah orang yang berbangsa Cina di muka bumi ini ialah 1:5. Bahasa Cina pula adalah bahasa yang paling popular di dunia, berdasarkan jumlah penutur asli. Dianggarkan 14% penduduk dunia boleh bertutur dalam bahasa Cina.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, terdapat banyak lagi fakta pelik mengenai negara China yang anda mungkin tidak pernah tahu. Jom kita sama-sama semak.

1. Perkahwinan hantu

Sumber foto: Europics

Perkahwinan hantu adalah suatu ikatan sah, dimana salah seorang atau kedua-dua pasangan telah meninggal dunia. Asal-usul amalan ini tidak dapat dipastikan. Ia mungkin disebabkan harapan masyarakat terhadap situasi-situasi tertentu. Contohnya, seorang janda dapat menunjukkan kasih sayang abadinya kepada si suami yang telah tiada. Malah, pihak keluarga boleh mengahwinkan mendiang anak-anak mereka yang masih bujang. Selain China, negara-negara seperti India dan Sudan juga mempunyai adat istiadat yang mengerikan ini.

2.  Tidur di trek kereta api

tidur di trek kereta api

Sumber foto: Reuters

Masyarakat Cina di negara ini (China) sangat mementingkan waktu tidur tengah hari mereka. Tabiat ini dipanggil "wujiao". Di sekolah-sekolah di sini (China), terdapat jadual khas yang membolehkan para pelajarnya tidur buat seketika, iaitu selama 30 minit selepas makan tengah hari. Oleh itu, tabiat yang cukup aneh ini membuatkan mereka tidur hampir di mana-mana sahaja, termasuklah di tempat yang berbahaya seperti trek kereta api.

3. Hidangan istimewa iaitu "Telur Lelaki Teruna"

telur lelaki teruna

Sumber foto: Qi Qi Hz / ImagineChina / AP

Di bandar Dongyang, urin kanak-kanak lelaki teruna yang berumur bawah 10 tahun akan dikumpulkan dari tandas sekolah. Untuk menyediakan "Telur Lelaki Teruna", telur perlulah direndam dan direbus dalam urin tersebut. Pada setiap kali musim bunga, makanan istimewa ini dijual dengan harga 1.50 yuan. Ia dinikmati kerana dikatakan mempunyai kesan positif terhadap kesihatan, seperti membersihkan darah dan memberikan tenaga. Pada tahun 2008, Dongyang mengiktiraf hidangan ini sebagai warisan budaya yang abstrak.

 

4. Khidmat sewaan teman lelaki 

khidmat sewaan teman lelaki

Sumber foto: Aljazeera / Sean Lee Baker

Di China, gadis yang tidak mempunyai pasangan dianggap sebagai suatu stigma sosial. Ini terutamanya semasa Tahun Baru Lunar. Gadis yang masih belum berkahwin pada akhir usia 20-an dipanggil sebagai "Sheng nu", yang bermaksud wanita 'lebihan'. Bagi menghindari tekanan dari keluarga dan saudara-mara yang terinspirasi dari 'makcik bawang', gadis yang masih solo akan menyewa seorang teman lelaki. Walaupun istilah tersebut berasal dari negara ini, ia telah tersebar untuk menggambarkan para gadis yang mengalami nasib serupa di seluruh Asia dan Amerika Utara.

5. Barangan palsu yang epik

kedai apple palsu

Sumber foto: Randomwire

Separuh daripada barangan palsu di dunia datangnya dari negara China. Huma yang terletak 5 jam dari bandar Shanghai, dikenali sebagai pusat pembuatan barangan sebegini. Pasarannya begitu besar sekali, sehinggakan pihak berkuasa sukar untuk mengawalnya. Industri ini mempunyai ekonomi tersendiri yang mewujudkan peluang pekerjaan. Majoriti barangan palsu yang dihasilkan akan dihantar kepada para pembeli di Amerika Selatan, Afrika dan Timur Tengah. Malah, kedai palsu jenama terkenal Apple juga pernah wujud suatu ketika dahulu. Kakitangannya yakin bahawa mereka bekerja untuk syarikat Apple yang sebenar.

6. "Ding zui" menyelamatkan penjenayah

ding zui

Sumber foto: Independent

Penggunaan orang yang mempunyai fizikal hampir serupa adalah suatu perkara biasa di China. Namun, ia bukanlah untuk tujuan penggambaran filem. "Ding zui" bermaksud pengganti kepada penjenayah sebenar. Individu itu menjalani hukuman penjara bagi pihak banduan yang mahu melepaskan diri. Tradisi ini amat penting di kalangan penjenayah elit berbangsa Cina.

7. Facekini (bikini untuk wajah) menggantikan krim tabir suria

facekini

Sumber foto: Nine

Mereka mungkin kelihatan seperti watak antagonis dalam filem Batman. Tetapi, fungsi sebenar Facekini adalah untuk melindungi kulit wajah dari cahaya matahari. Kulit berwarna coklat kekuningan telah menjadi trend di seluruh dunia, kecuali China. Masyarakat di sini gemar memiliki kulit yang pucat. Semasa berada di pantai, para wanita akan memakai facekini sebagai langkah optimum untuk tidak mempunyai kulit yang gelap.

8. Pasaraya Walmart yang satu seumpamanya

pasaraya walmart

Sumber foto: Old Cat Lady

Pasaraya Walmart di China bukanlah seperti yang anda sangkakan. Hampir semua jenis haiwan ada dijual di sini. Apa sahaja yang merangkak, berjalan, terbang, melompat atau berenang boleh menjadi hidangan penduduk mereka. Kaum Cina di negara ini gemarkan kepelbagaian jenis menu. Oleh itu, jangan terkejut jika anda terjumpa daging buaya atau jerung sewaktu membeli-belah di China.

9. Kolam renang macam 'tin sardin'

kolam renang macam tin sardin

Sumber foto: I'm That Bored

Untuk mengetahui betapa padatnya penduduk di China, anda perlu melawat kolam renang mereka. Semua pengunjung tidak boleh melakukan apa-apa, melainkan berdiri kaku di tempat masing-masing. Laut Mati China merupakan kolam renang seluas 30,000 kaki persegi, yang diilhamkan dari Laut Mati sebenar. Ia mampu menampung sehingga 10,000 pelancong pada satu-satu masa. Sebuah lagi kolam renang di daerah Yao Stink, dikatakan boleh menampung 230,000 pengunjung sekaligus. Apa yang penting, kerjasama.

10. Rawatan tradisional yang serba unik

terapi tradisional pelik makan semut

Sumber foto: News QQ

Keberkesanan rawatan tradisional Cina sudah terbukti di seluruh pelusuk dunia. Namun, terdapat sesetengah penawar yang aneh dan berbahaya. Contohnya, semut dikatakan kaya dengan protein dan memakannya adalah suatu terapi anti-penuaan. Selain itu, cara untuk menyembuhkan kelumpuhan pada wajah adalah amat mudah. Walnut diletakkan pada sebelah mata dan daun moxa kering yang telah dihancurkan dimasukkan pada sebelah telinga. Malah, para pengamal perubatan di sini menggunakan bahan-bahan seperti kaki harimau, rahang buaya dan alat sulit beruang. Semakin terancam sesuatu spesies itu, semakin ia didakwa berguna dalam menyembuhkan penyakit.

11. Gulungan baju lelaki seksi

gulungan baju seksi keramat rakyat china

Amalan ini hanya berlaku dan boleh dilihat pada musim panas. Gulungan ini digelar sebagai "Bang Ye" yang bermaksud "pakcik tua terdedah". Sekiranya anda melancong di China pada musim panas, Bang Ye boleh dikatakan ada dimana-mana tidak kiralah di lokasi-lokasi pejabat, pusat membeli-belah, zoo negara (China), ataupun laluan kebiasaan.

Rujukan:

1.    Storypick

2.    China Mike

3.    Unbelievable Facts

4.    TripZilla




Hakcipta iluminasi.com (2017)