Oleh pada 07 Sep 2017 kategori

Sumber foto: qatarliving.com

Qatar merupakan sebuah destinasi unik bagi golongan ekspatriat dengan kekayaan budaya, pelbagai aktiviti menarik dan tempat tarikan pelancong. Cuba ingat sedekad yang lepas, anda pasti tidak mengetahui banyak perkara tentang negara ini. Kini, Doha telah berubah menjadi sebuah bandar bertaraf dunia dengan seni bina ikonik, tempat kulinari terbaik dan bangunan pencakar langit yang menakjubkan. Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai negara Qatar yang anda mungkin tidak tahu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Perlumbaan unta adalah sukan yang popular

10 fakta menarik tentang negara qatar 1

Sumber foto: qatarliving.com

Perlumbaan unta adalah aktiviti santai yang agak mahal serta hanya mampu dimainkan oleh segelintir individu sahaja. Pada mulanya, kanak-kanak digunakan sebagai joki. Bagaimanapun, amalan itu telahpun diharamkan sejak tahun 2004 oleh sebab faktor keselamatan. Bagi menentang pemerdagangan kanak-kanak, joki robot kawalan jauh kini digunakan untuk menunggang unta semasa perlumbaan.

2. Bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2022

10 fakta menarik tentang negara qatar 2

Sumber foto: venturesonsite.com

Ianya menjadi negara Timur Tengah pertama yang memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan berprestij tersebut. Bagaimanapun, Piala Dunia tidak akan diadakan pada bulan Jun atau Julai seperti biasa, tetapi terpaksa ditukarkan pada bulan November sehingga Disember disebabkan kehangatan melampau musim panas di sana. Persiapan utama sedang giat dijalankan termasuk 9 stadium baru yang sedang dalam pembinaan.

3. Harga petrol amat murah

10 fakta menarik tentang negara qatar 3

Sumber foto: dohanews.co / Peter Kovessy

Sebuah kereta biasa akan menelan belanja sekitar QR 50 bersamaan sekitar RM57 untuk mengisi tangki dengan petrol premium. Qatar mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita tertinggi di dunia serta menjadi pengeksport gas cecair terbesar. Pendapatan minyak dan gas yang lumayan juga merupakan faktor penyumbang besar kepada KDNK negara tersebut.

4. Teh Karak ialah minuman tradisional paling popular

10 fakta menarik tentang negara qatar 4

Sumber foto: shutterstock.com / alarabiya.net

Lebih kurang seperti teh tarik, ia merupakan sejenis teh susu namun dicampur dengan  beberapa bahan lain. Empat bahan penting dalam minuman berasal dari India yang juga dipanggil 'chai karak' ini termasuk susu, gula, buah pelaga dan halia. Beberapa tempat terbaik untuk menikmati minuman ini termasuk Tea Time, Baba Chapatea dan Chapati & Karak.

5. The Pearl-Qatar, pulau buatan manusia dijangka siap tahun 2018

10 fakta menarik tentang negara qatar 5

Sumber foto: panoramio.com

The Pearl-Qatar merupakan pembangunan mewah yang dibina di atas pulau buatan manusia dan berbentuk seperti sebuah tali mutiara. Ia mendapat namanya kerana dibina di atas sebuah tapak selam mutiara lama. Keluasan pulau ini menjangkau hampir 4 juta meter persegi. Sebaik selesai dibina sepenuhnya, The Pearl akan mewujudkan lebih 32 kilometer pantai baharu untuk digunakan sebagai kawasan kediaman dengan jangkaan 18,831 tempat tinggal dan 45,000 penduduk menjelang tahun 2018. Projek ini dipercayai akan menelan kos $15 bilion.

6. Pernah menjadi antara negara Teluk termiskin

10 fakta menarik tentang negara qatar 6 768

Sumber foto: pinterest.com / pinterest.com/businessinsider / Getty Images (malexeum)

Bagi yang tidak tahu, Qatar sebenarnya pernah menjadi antara negara Teluk paling miskin sehingga berlakunya ledakan minyak yang mengubah nasib negara mereka sepenuhnya. Sebelum Perang Dunia Kedua, Qatar merupakan salah satu negara termiskin dan terkecil di dunia dimana sumber pendapatan utamanya datang dari industri mutiara dan perikanan.

Namun sejak rizab minyak ditemui dan dibangunkan pada tahun 1940-an, negara Qatar dan pendapatan per kapitanya yang tinggi menjadi semakin menarik kepada para ekspatriat. Hari ini, Qatar mempunyai salah satu rizab minyak dan gas asli terbesar di dunia dan merupakan salah satu negara paling kaya di dunia.

7. Penduduk lelaki jauh lebih ramai daripada wanita dan lebih ramai orang asing berbanding penduduk kelahiran Qatar sendiri

10 fakta menarik tentang negara qatar 7

Sumber foto: middleeasteye.net / MEE/Joanne Lisinska

Penduduk Qatar dianggarkan seramai 2.7 juta orang. Menurut BBC.com, jumlah itu termasuk kurang daripada 700,000 orang wanita. Jurang yang ketara ini terutamanya disebabkan oleh negara Qatar juga seperti kebanyakan negara lain di rantau ini yang menarik banyak pekerja migran lelaki dari Asia Selatan berikutan ledakan minyaknya pada tahun 1970-an.

Di samping itu, pendatang asing berjumlah kira-kira 88% daripada jumlah populasi negara itu. Para pendatang asing atau migran yang kebanyakannya dari Asia Selatan mengubah segala-galanya. Menurut laporan The Guardian, mereka kini menguasai 94% tenaga kerja Qatar. 

8. Dianggap sebagai monarki yang mutlak

10 fakta menarik tentang negara qatar 8

Sumber foto: Fadi Al-Assaad / Reuters

Qatar adalah sebuah monarki yang diketuai oleh emir yang merupakan ketua negara dan ketua komander angkatan bersenjata. Emir negara Qatar sekarang ialah Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani yang mengambil alih peranan tersebut dari ayahnya pada bulan Jun 2013.

Negara ini telah diperintah oleh keluarga Al-Thani sejak pertengahan abad ke-19. Walaupun emir mempunyai semua kuasa eksekutif, Qatar secara amnya mengikuti kepercayaan bahawa penduduknya adalah sumber kuasa dengan kerajaannya berdasarkan pemisahan kuasa melalui dewan menteri eksekutif, dewan penasihat perundangan dan mahkamah kehakiman undang-undang.

Walaubagaimanapun, emir terus melantik semua pegawai eksekutif dan perundangan, serta semua undang-undang mesti diluluskan olehnya setelah berulang kali melambatkan pemilihan langsung yang diperlukan di bawah perlembagaan berkenaan.

Menurut perlembagaan nasional yang ditubuhkan pada tahun 2005, Qatar adalah negara Arab berdaulat yang bebas dengan sistem politik demokratik dimana undang-undang Syariah adalah sumber utama perundangan.

9. Menempatkan beberapa syarikat besar dunia

10 fakta menarik tentang negara qatar 9

Sumber foto: bizenglish.adaderana.lk

Qatar menduduki kedudukan nombor ke-54 oleh Forbes sebagai negara terbaik di dunia untuk perniagaan dan merupakan penempatan syarikat-syarikat terkemuka seperti Qatar Airways, akhbar Al-Jazeera dan Qatar Investment Authority yang memiliki kepentingan dalam Volkswagen, Porsche dan banyak lagi.

10. Menapis kandungan internet secara berleluasa

10 fakta menarik tentang negara qatar 10

Sumber foto: alaraby.co.uk

Qatar terkenal sebagai sebuah negara yang mengamalkan penapisan kandungan internet dengan ketat dan berleluasa. Qatar menyekat akses ke laman web yang dianggap tidak sesuai seperti laman web pornografi, perkhidmatan cari jodoh dan laman web dengan kandungan homoseksual.

Rujukan:

1. expatwoman.com

2. listverse.com

3. ajc.com

4. wikipedia.org

5. qatarliving.com

6. stepfeed.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)