Ular adalah sejenis makhluk bahaya yang sangat licik. Selain daripada berbisa, ia juga mampu membunuh dengan cara membelit mangsa.

Ular sawa yang cukup besar boleh menelan seorang kanak-kanak malah orang dewasa. Baru-baru ini seekor ular telah didapati memanjat sebuah pangsapuri hingga ke tingkat 14.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah ular boleh memanjat bangunan atau tangga?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebelum itu, kita lihat terlebih dahulu cara paling biasa yang digunakan oleh ular untuk memasuki rumah anda. 

1. Melalui retakan dan jurang di sekeliling pintu

Ruang di antara garaj dan pintu garaj menyediakan salah satu pintu masuk yang paling biasa untuk ular.

Bagi ular, walaupun jurang yang sangat kecil mampu memberikan peluang untuk masuk ke dalam rumah di mana mereka mencari makanan, seperti tikus atau tempat yang selamat untuk bertelur.

2. Melalui jurang di antara batu bata

ular cuba masuk ke dalam rumah

Pakar juga  memberi amaran bahawa ular boleh masuk ke dalam dengan menyusur di antara batu bata jika plaster dinding hilang dan juga antara bata dan dinding di bahagian luar rumah anda.

Jurang antara batu siding dan batu bata, atau apa-apa bahan yang sama perlu dibaiki segera untuk mengelakkan kerosakan kelembapan dan menghentikan ular daripada masuk ke dalam rumah.

3. Di dalam tumbuhan yang besar

tumbuhan dalam rumah

Ular boleh hidup di dalam pasu atau bekas tumbuhan yang besar. Terdapat kes di mana seorang pemilik rumah yang membeli sebuah tanaman rumah yang besar dan meletakkannya di ruang tamunya.

Kemudian pada hari yang sama, dia terdengar bunyi sesuatu berhampiran tumbuhan tersebut. Beberapa minit kemudian, muncullah ular yang bersembunyi di dalamnya.

Tidak ada yang tahu bila atau bagaimana ular itu memasuki pasu tersebut, tetapi itu adalah satu kejutan besar.

Jika anda mempunyai pasu pokok yang besar di halaman rumah, pastikan ia sentiasa selamat. Lebih baik jika tidak ada pasu bersaiz besar kerana ular sangat tertarik dengannya. 

4. Melalui saluran air

ular dalam tandas

Beberapa kejadian telah direkodkan di mana ular ditemui di dalam tandas dan juga mangkuk tandas. Ini membuktikan bahawa ular mampu memasuki rumah anda melalui paip air.

5. Bolehkah ular memanjat?

ular panjat bumbung 994

Ramai orang yang tinggal rumah seperti apartment atau rumah 2 tingkat beranggapan bahawa mereka selamat daripada makhluk ini kerana akses ke rumah mereka menghadkan ular daripada berbuat demikian.

Mereka percaya bahawa jika mereka tinggal di tingkat atas, kebanyakan makhluk jahat terutamanya ular tak mampu untuk memanjat tangga atau dinding. Namun, hakikatnya adalah bertentangan. 

Jadi, adakah cara untuk ular memanjat tangga atau dinding dalam usaha masuk ke dalam rumah anda?

Jawapannya adalah ya.

Walaupun anda tinggal di rumah yang tinggi, terdepat beberapa jenis ular yang mempunyai kebolehan memanjat naik ke bahagian atas. Ular tidak seperti cicak yang mampu memanjat permukaan licin, jadi ia tidak akan memanjat di bahagian seperti ini.

Tetapi ular dengan mudah dapat memanjat bata atau dinding batu! Ini adalah lebih mudah daripada memanjat pokok, yang mana juga mampu dilakukan oleh ular.

Ular sering memanjat tembok kerana ia terbau tikus di loteng dan cuba untuk memasuki menggunakan lubang yang sama digunakan oleh tikus.

Ular juga boleh mendapat akses dengan menggunakan tangga di rumah anda. Untuk memahami bagaimana ia dapat melakukan ini memerlukan sedikit penjelasan.

Pertama, ular tidak dapat memanjat tangga sebagaimana yang anda bayangkan. Ia tidak memanjat tangga dengan menyusur naik seperti mana manusia melangkah.

Ini adalah masalah yang sama dihadapi ular ketika ingin memanjat dinding kerana tidak mampu mencengkam atau tiada daya geseran untuk melakukannya.

Bagaimana ular memanjat tangga adalah dengan menggunakan otot yang luar biasa yang membolehkan ia bergerak dengan cepat.

Sekiranya anda pernah melihat seekor ular menyusur di atas tanah maka anda tahu bahawa bagaimana ia bergerak iaitu dengan menolak badannya ke hadapan atau belakang.

Ini cara yang sangat pintar membolehkan ia bergerak dengan cepat.

Kaedah yang sama boleh digunakan oleh ular untuk menaiki tangga. Daripada merangkak di atas lantai, otot-otot membolehkan ular itu mengangkat sebahagian badannya dan kemudian mendorong ke hadapan ke anak tangga di atasnya.

Ini membolehkan ular bergerak dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain dengan menggunakan badannya dengan cara yang sama yang akan digunakan untuk merangkak.

Harus diingat bahawa ular hanya boleh melakukan ini jika ia mempunyai panjang badan yang mencukupi untuk bergerak dari satu tangga ke yang berikutnya.

Sekiranya jarak antara 2 anak tangga sejauh 25 centimeter, dan panjang ular tersebut hanyalah 30 sentimeter, maka ia tidak mempunyai panjang badan yang mencukupi untuk menolak badan ke anak tangga seterusnya sambil mengekalkan di atas anak tangga.

Sebagai peraturan praktikal, seekor ular memerlukan sekurang-kurangnya 2 kali panjang badan berbanding dengan ketinggian yang ingin dipanjatnya.

Bonus : Ular Juga Boleh Membuka Pintu

Selain daripada memanjat bangunan dan tangga, ular juga semakin pintar dan boleh membuka pintu rumah.

Ya, haiwan ini mampu membuka pintu yang mempunyai pemegang dengan meletakkan berat badan ke atasnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)