The Forbidden City yang terletak di China merupakan sebuah kawasan yang tersangat luas. Pada zaman dahulu, kawasan ini merupakan pusat pemerintahan kerajaan dan juga merupakan kawasan larangan bagi orang awam. Binaan yang telah berdiri megah dan berusia lebih 600 tahun ini dibina pada zaman Dinasti Ming.

Kedudukan Geografinya yang terletak di kawasan gempa bumi memerlukannya dibina dengan ciri-ciri khas yang mampu menangkis gegaran gempa . Mengikut sejarah, bangunan ini telah menghadapi kira-kira 200 kejadian gempa bumi sejak pembinaannya tetapi ianya masih berdiri teguh. Apakah rahsianya?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekumpulan jurutera dan tukang kayu telah bekerja sama merungkai rahsia kejuruteraan binaan bangunan ini. Oleh itu, mereka telah mencipta sebuah replika bangunan ini dengan ciri-ciri yang sama ada padanya. Replika ini dibina pada skala 1 per 5 daripada saiz asalnya dan diletakkan pada sekeping papan yang digunakan untuk membuat simulasi gegaran gempa bumi.

dougong 902

Setelah replika tersebut siap, mereka telah mencuba ketahanan binaan tersebut dengan beberapa siri ujian gempa bumi. Pada mulanya mereka mencuba pada gegaran 9.0 pada skala magnitude, sebelum meningkatkannya pada 9.5 pada skala magnitude, iaitu kejadian gempa bumi paling teruk pernah dilaporkan dalam sejarah. Pada skala 10.1 magnitude, didapati bangunan replika tersebut masih lagi utuh dan berada pada posisi asalnya.

Mari lihat video eksperimen ini:

Daripada video ini, mereka dapat mengenalpasti bahawa fungsi bahagian kurungan (bracket) yang menghubungkan tiang-tiang dan bahagian utama bangunan ini membolehkannya bergerak bebas dan menyokong antara satu sama lain ketika gempa bumi. Bahagian istimewa ini dinamakan sebagaikan dougong.

Menariknya, tiang-tiang juga tidak ditanam ke dalam bumi sebaliknya dibiarkan terletak di atas bongkahan batu. Ini membolehkan tiang tersebut bergerak bebas ketika kejadian gempa bumi berlaku.

dougong

Perkara ini semestinya sesuatu yang menarik memandangkan Forbidden City telah dibina lebih 600 tahun dahulu. Ini membukti bidang kejuruteraan pembinaan bangunan pada zaman dahulu sudah maju. Ini membuktikan bahawa kemajuan bidang kejuruteraan orang dahulu tidak kurang hebatnya.

forbidden city gempa bumi

Kredit: Elite Readers




Hakcipta iluminasi.com (2017)