ramai orang sebab populasi meningkat 848

Ketika ini, populasi rakyat Malaysia dianggarkan melebihi 30 juta. Dan dengan berkeluasan 330,803 kilometer persegi, kepadatan penduduk di Malaysia adalah yang ke-116 paling padat di dunia iaitu 92 penduduk per kilometer persegi.

Iluminasi.com ingin berkongsi 10 bandar / wilayah dengan populasi paling tinggi di Malaysia.

10. Kuching - 617,887

kuching

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bandar Kuching terletak di Sungai Sarawak di barat daya Sarawak yang berkeluasan 431 kilometer persegi dan merupakan bandar dengan kepadatan penduduk tertinggi di Sarawak dengan penduduk seramai 617,887.

Kuching merupakan ibu kota ketiga bagi Sarawak pada tahun 1927 ketika pemerintahan Empayar Brunei. Namun pada 1841, Kuching telah diserahkan kepada James Brooke sebagai hadiah oleh Empayar Brunei kerana membantu menghalang pemberontakan yang berlaku. Ia kemudiannya diangkat sebagai ibu kota Kerajaan Sarawak

9. Gombak - 682,226

jumlah penduduk gombak

Gombak dibuka pada 1 Februari 1974, iaitu tarikh yang sama di mana Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan. Ibu kota bagi Gombak adalah Rawang sehingga tahun 1997, yang mana dipindahkan ke Bandar Baru Selayang.

Gombak bersempadan dengan Kuala Lumpur sehingga ke bahagian tenggara, dan bersempadan dengan Genting Highlands hingga ke timur. Populasi di Gombak kira-kira 682,226 penduduk membuatkan ia menjadi kawasan ke-9 dengan penduduk tertinggi di Malaysia.

Sungai Gombak bergabung dengan Sungai Klang di Kuala Lumpur. Titik pertembungan antara dua sungai ini merupakan tempat lahirnya Kuala Lumpur. Kawasan tempatan yang terletak di Gombak termasuklah Batu Arang, Kuang, Rawang, Bandar Kundang, Bandar Gombak, Selayang, Kepong dan Hulu Kelang.

8. Georgetown - 722,384

jumlah penduduk georgetown

George Town adalah penempatan pertama British di Asia Tenggara. Ia dibina pada tahun 1786 sebagai sebuah pelabuhan oleh Francis Light untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris. 

Ia ditabdir bersama-sama Singapura dan Melaka oleh Straits Settlements, yang menjadi koloni mahkota British pada tahun 1867. Ia kemudiannya ditakluk oleh Jepun ketika Perang Dunia Kedua sebelum kembali ke tangan British selepas perang tamat. 

George Town diiktiraf sebagai sebuah bandar oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1957 sebelum Malaya mendapat kemerdekaan, menjadikannya sebagai bandar pertama dalam sejarah moden Malaysia.

7. Ampang - 756,309

jumlah penduduk ampang

Sejarah Ampang sangat berkait rapat dengan sejarah Kuala Lumpur. Wakil kepada Kesultanan Selangor iaitu Raja Abdullah telah membuka Lembah Klang pada tahun 1857 untuk perlombongan timah. Ketika itu 87 pelombong Cina dari Lukut telah pergi ke Sungai Klang dan berhenti di Kuala Lumpur. Mereka kemudiannya menyambung perjalanan melalui hutan sehingga ke Ampang dan mula menggali.

Disebabkan kawasan ini diserang penyakit malaria, 69 daripada 87 pelombong tersebut mati, membuatkan Raja Abdullah menghantar lagi 150 orang untuk meneruskan kerja penggalian. Akhirnya eksport pertama timah berlaku pada tahun 1859, dan kejayaan pelombongan Ampang membawa kepada pembangunan Kuala Lumpur.

Kini Ampang mempunyai penduduk kira-kira 756,309 iaitu yang ke-7 paling tinggi di Malaysia.

6. Seberang Prai - 838,999

jumlah penduduk seberang prai

Kawasan pedalaman ini diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris di penghujung abad ke-18, yang merupakan sebahagian daripada Kedah pada asalnya. Ia juga dikenali sebagai Province Wellesley yang mana nama seorang pegawai British. 

Ia diperolehi bagi membekalkan tanah untuk pertanian dan sebagai benteng kepada mana-mana pencerobohan dari tanah besar. Ia menjadi sebahagian daripada Pulau Pinang yang telah dijadikan koloni mahkota British pada tahun 1867.

5. Klang - 861,189

jumlah penduduk klang

Klang atau Kelang merupakan bandar Diraja yang merupakan ibu negeri Selangor (sehingga 7 Disember 1978), di era awal sebelum munculnya Kuala Lumpur dan juga ibu negeri Selangor ketika ini iaitu Shah Alam. 

Di sini terletaknya Pelabuhan Klang yang merupakan pelabuhan pengangkutan ke-13 dan pelabuhan kontena ke-16 paling sibuk di dunia. Sehingga abad ke-15, Klang berada di bawah pemerintahan Kesultanan Melaka.

Menurut sejarah Melayu, penduduk tempatan telah menggulingkan penghulu dan meminta Sultan Muzaffar Shah melantik ketua yang baru. Bendahara Kesultanan Melaka yang paling terkenal, Tun Perak yang berasal dari Klang kemudian dilantik sebagai wakil pemerintah di Klang.

4. Ipoh - 866,772 

jumlah penduduk ipoh

Ipoh mula membangun dengan pesatnya pada tahun 1880-an, yang mana ia hanya sebuah kampung pada asalnya. Penemuan timah di kawasan sekitar menjadikan Ipoh sebagai kawasan tumpuan seterusnya menyumbang kepada populasi yang begitu tinggi di sini.

Menjelang 1895, Ipoh menjadi bandar kedua terbesar dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Namun, disebabkan jumlah timah yang semakin berkurangan dan kejatuhan harga timah pada 1970-an membuatkan Ipoh tidak lagi menjadi tumpuan.

Pada 1988, Ipoh diiktiraf sebagai sebuah bandar.

3. Johor Bahru - 1,386,569

jumlah penduduk johor bahru

Johor Bahru dibuka dengan nama Iskandar Puteri pada asalnya pada tahun 1855 ketika Kesultanan Johor berada di bawah pemerintahan Temenggong Daeng Ibrahim. Ia menjadi ibu kota ini selepas pusat pentadbiran Kesultanan Johor dipindahkan daripada Telok Blangah. 

PAda tahun 1962, nama Johor Bahru diberikan menggantikan nama Iskandar Puteri. Bandar Johor Bahru membangun dan dimodenkan ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, di mana banyak bangunan pentadbiran dibina, sekolah, masjid dan stesyen kereta api menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.

2. Kuala Lumpur - 1,674,620

jumlaah penduduk kuala lumpur

Nama Kuala Lumpur diberikan berikutan tempat penemuannya iaitu di "kuala" di mana dua sungai bertembung (Sungai Klang dan Sungai Gombak) dan kawasan tersebut berlumpur. Namun ada yang mengatakan ia mendapat nama bersempena nama Sungai Lumpur di mana sungai ini adalah penempatan yang menghasilkan bijih timah pada tahun 1820-an.

Pelombongan bijih timah di kawasan ini sangat pesat membuatkan pedagang membina kedai-kedai di kuala Sungai Klang dan Gombak, yang membawa kepada lahirnya sebuah bandar. Pihak Inggeris ketika itu berasa pelantikan Kapitan Cina harus dibuat bagi mentadbir penempatan itu dan memastikan adanya undang-undang dan peaturan.

Kapitan Cina ketiga, Yap Ah Loy merupakan individu yang bertanggungjawab memperbesarkan Kuala Lumpur daripada sebuah pekan pelombongan kecil kepada bandar Selangor utama.

1. Subang jaya - 1,683,589 

jumlah penduduk subang jaya

Terletak di pinggir bandar Daerah Petaling, Selangor, Subang Jaya merupakan bandar yang mempunyai populasi tertinggi di Malaysia. Subang Jaya terdiri daripada kawasan tempatan dari SS12 hingga SS19,  PJS7/PJS9/PJS11 (Bandar Sunway) yang juga sebahagian atau sepenuhnya bidang kuasa dalam Petaling Jaya di bawah MBPJ, UEP Subang Jaya (USJ), Putra Heights dan Batu Tiga.

Kawasan ini merupakan sebahagian daripada Klang sebelum tahun 1973. Ia merupakan bekas ladang getah yang dikenali sebagai Seafield Estate dibawah Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Ia kemudiannya dibangunkan oleh Sime UEP Properties Berhad.

Kerja membangunkan Subang Jaya bermula pada tahun 1976 sehingga 1988.

Nota : Senarai ini berdasarkan bancian tahun 2010 dan dikemaskinikan pada 2011. Banci dilakukan setiap 10 tahun dan banci akan datang adalah pada 2020.




Hakcipta iluminasi.com (2017)