rakyat malaysia berbilang kaum

Banci penduduk adalah kaedah yang sangat penting di mana populasi di sesebuah kawasan ataupun negara dikira. Ia harus dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan maklumat yang tepat untuk digunakan untuk pelbagai perkara.

Banci penduduk di Malaysia dilakukan setiap 10 tahun, yang mana kali terakhir dilakukan adalah pada tahun 2010.

Dengan kehadiran keputusan banci, kita dapat membuat jangkaan atau unjuran populasi di Malaysia. Iluminasi.com ingin berkongsi unjuran populasi di Malaysia dari 2010 hingga tahun 2040.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Jumlah Populasi 2040 = 41.5 juta

jumlah penduduk di malaysia menjelang 2020

Pada tahun 2010, keputusan banci menunjukkan jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 28.6 juta, dengan kepadatan 85 orang penduduk bagi setiap kilometer persegi iaitu negara ke-116 paling padat di dunia.

Unjuran populasi di Malaysia dijangkakan naik kira-kira 12.9 juta orang dalam masa 30 tahun, iaitu pertambahan sebanyak 430,000 orang setiap tahun. Jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2040 dianggarkan sebanyak 41.5 juta.

Kadar pertumbuhan ini dikatakan menurun daripada 1.8% kepada 0.8%.

2. Kaum Bumiputera dianggarkan meningkat paling banyak

kepelbagaian kaum di malaysia

Bagi perubahan peratusan bagi kumpulan etnik di Malaysia menunjukkan pertambahan populasi bagi kumpulan Bumiputera dan lain-lain kaum. Kaum Bumiputera merekodkan pertumbuhan tertinggi iaitu sebanyak 4.8%, daripada 67.3% pada tahun 2010 kepada 72.1% pada tahun 2040.

Bagi kaum lain-lain, sebanyak 0.6% pertambahan daripada 0.9% kepada 1.5%. Kaum India dan Cina masing-masing dianggarkan akan mengalami penurunan, di mana kaum India menurun sebanyak 0.9% daripada 7.3% kepada 6.4%.

Kaum Cina pula dianggarkan menurun paling banyak iaitu sebanyak 4.5%, daripada 24.5% kepada 20%.

3. Warga asing berjantina lelaki dijangkakan naik mendadak

nisbah antara lelaki dan wanita

Bagi populasi mengikut jantina pula, populasi lelaki meningkat lebih banyak daripada wanita iaitu sebanyak 6.9 juta, iaitu 53.4%. Dijangkakan populasi lelaki pada 2040 adalah sebanyak 21.6 juta.

Populasi wanita pula meningkat sebanyak 6.1 juta kepada jumlah 19.9 juta berbanding 13.8 juta pada tahun 2010.

Nisbah lelaki kepada wanita bagi warganegara Malaysia dijangkakan tiada perubahan pada tahun 2040, iaitu 103 : 100.

Namun perubahan nisbah jantina lelaki kepada wanita bagi warga asing dijangkakan bertambah daripada 156:100 kepada 169:100. Ini bermaksud pertambahan warga asing berjantina lelaki sebanyak 13 orang bagi setiap 100 orang warga asing wanita.

4. Populasi warga emas paling banyak bertambah

golongan warga emas dijangka semakin bertambah

Bagi dari segi umur, ia dibahagikan kepada 3 golongan :

  1. Muda : 0 hingga 14 tahun
  2. Bekerja : 15 hingga 64 tahun
  3. Warga emas : 65 tahun dan ke atas

Dianggarkan pertumbuhan peratusan yang sangat tinggi bagi warga emas . Pada tahun 2010, peratusan populasi warga emas adalah 5% yang bertambah kepada 14.5% pada tahun 2040. Pertambahan ini adalah daripada 1.43 juta kepada 6 juta orang.

Kedua-dua kumpulan umur, iaitu golongan muda dan bekerja menunjukkan penurunan dimana kanak-kanak meurun sebanyak 8.8% dan dewasa pula sebanyak 0.7%.

5. Kesan perubahan dalam struktur umur

Perubahan dalam struktur umur memberikan kesan kepada beberapa perkara. Antaranya adalah :

  1. Perubahan purata umur, iaitu daripada 26.3 tahun kepada 38.3 tahun, hanya dalam masa 30 tahun.
  2. Nisbah kebergantungan warga emas kepada golongan bekerja bertambah daripada 47.8% pada tahun 2010 kepada 49.5% pada tahun 2040.
  3. Malaysia dijangkanan mengalami populasi menua menjelang tahun 2020 di mana peratusan populasi berusia 65 tahun dan ke atas bertambah kepada 7.2%.

Rujukan : Unjuran Populasi Malaysia 2010-2040




Hakcipta iluminasi.com (2017)