asal usul nama jenama terkenal di dunia

Nama adalah salah satu perkara penting dalam menjadikan sesebuah syarikat itu mampu pergi jauh. Ia menggambarkan identiti syarikan dan mencerminkan produk atau servis yang dibekalkan.

Untuk memberikan nama kepada sesebuah syarikat, ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Ada syarikat yang mendapat nama terus daripada produk yang mereka hasilkan dan ada juga yang mempunyai sejarah tersendiri.

iluminasi.com ingin kongsikan 10 asal-usul nama jenama yang terkemuka di dunia.

1. 7 Eleven

7 11 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia

7-11 boleh dikatakan sebagai kedai serbaneka nombor 1 dunia yang mempunyai 64,319 cawangan di 18 buah negara di seluruh dunia. Sebelum nama "7-Eleven" digunakan, kedai serbaneka ini yang dibuka pada tahun 1927, dikenali sebagai "Tote'm Stores", kerana pelanggan "toted" (membawa) pergi pembelian mereka.

Pada tahun 1946, rangkaian kedai ini menukarkan namanya kepada "7-Eleven", untuk mencerminkan polisi waktu perniagaan yang baru iaitu bermula 7 pagi sehingga 11 malam.

2. Nintendo

nintendo 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia 461

Siapa yang tak kenal dengan jenama terkenal dari Jepun ini kan. Nama Nintendo sebenarnya berasal daripada perkataan Jepun iaitu "Nintendou".

Secara kasar ia diterjemahkan kepada "Nin" yang bermaksud "dipercayai" dan "ten-dou" bermaksud "syurga", atau alternatifnya bermaksud "kuil hanafuda yang bebas".

Dalam kata lain, ia bermaksud "Leave luck to heaven".

3. Coco-Cola dan Pepsi

coke dan pepsi 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia

Jenama minuman paling terkenal di dunia iaitu Coca-Cola sering dirujuk sebagai Coke. Ia pertama kali dihasilkan pada tahun 1886 dan diberikan namanya berdasarkan perasa yang digunakan dalam menghasilkan minuman ini iaitu daun koka (Coca) dan kacang kola (Cola).

Pepsi pula mula dihasilkan pada tahun 1893 dan diperkenalkan dengan nama Brad's Drink. Menjelang Ogos 1898, minuman ini dinamakan semula kepada Pepsi-Cola dan kemudiannya kepada Pepsi pada tahun 1961.

Ia dinamakan bersempena pepsin, iaitu salah satu enzim pencernaan utama dalam sistem pencernaan manusia dan banyak haiwan lain, di mana ia membantu mencerna protein dalam makanan.

4. Sony

sony 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia

Nama "Sony" dipilih untuk jenama ini merupakan gabunga dua perkataan, iaitu perkataan Latin "sonus" iaitu asas kepada sonik dan bunyi, dan satu lagi adalah "sonny", istilah slang biasa yang digunakan pada tahun 1950-an di Amerika kepada kanak-kanak lelaki.

Pada tahun 1950-an di Jepun, perkataan "sonny boys" dipinjamkan ke dalam bahasa Jepun untuk menggambarkan lelaki muda yang kemas dan bergaya, yang mana pengasas Sony, Akio Morita dan Masaru Ibuka menganggap diri mereka sebagai sedemikian.

Selain itu, "Sony"  juga dipilih kerana ia mudah untuk disebut dalam kebanyakan bahasa.

5. Mozilla

mozilla 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia

Pada tahun 1994, pasukan dari Netscape sedang memikirkan nama untuk pelayar laman sesawang yang baru bagi menggantikan pelayar Mosaic.

Mereka ingin mencari sesuatu yang boleh menghancurkan persaingan dan apa yang mereka nampak adalah Godzilla. Dengan gabungan nama "Mosaic" dan perkataan "Godzilla", ia telah menghasilkan apa yang kita guna sekarang, iaitu Mozilla.

6. Skype

skype 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia

Skype mendapat namanya disebabkan oleh kekurangan ketersediaan nama yang mereka betul-betul mahu gunakan. Nama Skype adalah gabungan di antara "sky" dan "peer-to-peer".

Pada mulanya nama ini dipendekkan menjadi "Skyper", namun disebabkan ia telah digunakan oleh syarikat lain, mereka terpaksa memutuskan untuk memendekkan nama ini kepada "Skype".

Pada tahun 2011, Microsot telah membeli Skype dengan harga RM34 bilion.

7. Asus

asus 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia

ASUSTek Computer Inc. yang lebih dikenali sebagai Asus merupakan syarikat yang diasaskan oleh 4 pekerja Acer pada tahun 1989. Mereka memberikan nama "Asus" bersempena nama kuda Yunani yang bersayap, iaitu Pegasus.

Menurut syarikat ini, nama ini merangkumi kesucian, kekuatan dan semangat mencabar yang dimiliki makhluk unik ini, serta melonjak ke tahap yang baru dengan setiap produk yang diciptakan.

8. Canon

canon 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia

Canon adalah sebuah syarikat multinasional Jepun, yang pada asalnya menggunaka nama "Seikikogaku Kenkyusyo". Ia terkenal kerana menghasilkan protaip kamera 35 mm Jepun yang pertama dengan penutup berasaskan satah fokus.

Pada tahun 1947, nama syarikat ini telah ditukarkan kepada Canon Camera Co. Inc. dan akhirnya dipendekkan kepada Canon Inc. pada tahun 1969.

Menurut sumber, nama ini berasal daripada nama Buddha, Guan Yin yang diterjemahkan kepada bahasa Jepun menjadi "Kanon".

9. Nokia

nokia 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia

Syarikat dari Finland ini bermula pada tahun 1865 dan mendapat namanya dari sebuah bandar dan sungai iaitu Bandar Nokia dan Sungai Nokiavirta.

Menjelang tahun 1967, syarikat ini menggunakan nama rasmi, Nokia Corporation dan terlibat dalam 5 bidang iaitu kabel, getah, pembalakan, penjanaan tenaga dan elektronik.

Pada tahun 2014, syarikat ini telah dibeli oleh Microsoft dengan harga mencecah RM29 bilion.

10. Reebok

reebok 10 asal usul nama jenama terkemuka dunia

Pada tahun 1895 di England, Joseph William Foster bersama-sama dua anak lelakinya telah mengasaskan sebuah syarikat kasut yang diberi nama "J.W. Foster and Sons".

Dalam beberapa dekad kemudian, syarikat ini menjadi popular di seluruh dunia dan produk kasut mereka dipakai oleh atlet British di Sukan Olimpik Musim Panas 1924 yang berlangsung di Perancis.

Dan pada tahun 1958, dua orang cucu kepada pengagas syarikat ini iaitu Jeff dan Joe Foster telah menamakan semula syarikat ini kepada Reebok.

Nama Reebok diambil daripada spesis kijang Afrika, rhebok, yang diubah.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)