Negara, ahli parti dan media semuanya teruja apabila ada orang yang berpenampilan menarik menjadi sebahagian daripada politik. Tambahan pula apabila seorang wanita cantik menjadi ahli politik.

Kini, lebih ramai wanita dan golongan muda yang telah mengambil peranan dalam politik di seluruh dunia. Dalam senarai yang akan kami kongsikan ini adalah wanita-wanita cantik dari pelbagai etnik dan kebudayaan yang telah menceburi bidang politik. Penampilan menarik, kecergasan dan glamor adalah ukuran yang diambil untuk menilai mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Eva Kaili – Greece

eva kaili

Eva Kaili adalah antara salah seorang ahli politik wanita yang paling menarik dan mempunyai asal-usul keturunan Yunani. Dia adalah bekas penyampai TV dan pembaca berita untuk Mega Channel.

Pada tahun 2014, Kaili telah menjadi Ahli Parlimen Eropah yang mewakili Parti Pergerakan Sosialis Pahellenic. Kerjaya politiknya bermula selepas dia menyertai Kem Pelajar Panhellenic pada tahun 1992.

eva kaili 2 711

Pada pilihan raya pada tahun 2009, dia telah dipilih sebagai ahli Parlimen Hellenic untuk daerah pertama di Thessaloniki. Eva Kaili adalah pemegang sarjana dari Aristotle University of Thessaloniki.

9. Magdalena Ogorek – Poland

magdalena ogorek 2

Magdalena Ogorek adalah seorang ahli politik yang cantik dari Poland. Pada tahun 2011, dia telah gagal dalam pemilihan calon Parlimen Perikatan Kanan Demokratik. Pada 9 Januari 2015, Ogorek mengumumkan bahawa dia akan bertanding bagi pilihan raya presiden sebagai calon Perikatan Kanan Demokratik.

Orogek mempunyai Ijazah Sarjana dalam sejarah dari University of Opole dan juga pernah menjadi pensyarah. Kerjaya dia dalam politik bermula pada tahun 2004 apabila dia bekerja sebagai kerani di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pentadbiran.

magdalena ogorek

Sebelum menjadi kerani di kementerian itu, Ogorek juga pernah berlakon dalam beberapa siri drama membawa watak sebagai seorang jururawat. Ogorek adalah seorang yang lantang menggesa agar Poland tidak dilihat sebagai musuh oleh media Rusia. Beliau juga memainkan peranan penting dalam mengembalikan semula pelbagai artifak Poland yang dicuri oleh tentera Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

8. Fiorella Ceccacci Rubino – Itali

fiorella ceccacci rubino

Fiorella Ceccacci Rubino adalah seorang pelakon dan juga seorang ahli politik Itali yang cantik. Kerjaya politik Rubino bermula sejak dia menjadi calon Parti Forza Italia pada tahun 2006. Pada tahun 2008 pula, dia telah menyertai Parti Kebebasan Rakyat. Pada 2014, dia pernah ditawarkan oleh bekas presiden Silvio Berlusconi untuk menjadi calon sebagai ahli Parlimen Kesatuan Eropah.

Sebelum dia menyertai politik, dia adalah seorang pelakon hebat yang pernah bekerja dengan beberapa nama terkenal seperti Giorgio Albertazzi, Tinto Brass, Gigi Proietti, Enrico Mintesano dan Rossella Falk. Rubino terkenal dengan peranannya dalam SCTMV arahan Tinto Brass.

7. Jo-Anna Sue Henley Rampas - Malaysia

joe anna sue

Jo-Anna Sue Henley Rampas merupakan salah seorang calon dari Parti Warisan Sabah yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Dia terlibat dalam bidang politik ketika Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk menjadi wakil Gen Y dan Gen Z di Sabah. Pada waktu itu Jo-Anna yang sedang berkhidmat sebagai wakil rakyat di pekannya, Kiulu yang tertelak tidak jauh dari Kota Kinabalu.

Jo-Anna Sue merupakan seorang graduan ijazah Sarjana dalam bidang Undang-undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England. Dia juga aktif dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dalam politik. Dia juga merupakan bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007.

joe anna sue parti warisan sabah

Jo-Anna Sue juga mempunyai latar belakang politik kerana ibunya iaitu Sullah Rampas adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994 dan bapa saudaranya pula iaitu Datuk Louis Rampas, pernah menjadi ADUN Kiulu selama tiga penggal.

6. Nicole Minetti – Itali

nicole minetti

Nicole Minetti adalah seorang ahli politik Itali, model fesyen dan juga personaliti televisyen dan juga Konsulat Serantau PDL semasa pilihan raya 2010. Dia mempunyai ijaza dalam kebersihan pergigian dari Vita-Salute San Raffaele University.

Pada tahun 2009, dia telah mengambil bahagian dalam rancangan "Hit Model" terbitan Colorado Cafe dalam saluran TV Itali1. Karier politiknya berakhir apabila dia terlibat dengan skandal dengan bekas teman lelakinya iaitu bekas presiden Itali Silvio Berlusconi. Dia juga dituduh menjadi orang tengah dalam membekalkan pelacur untuk menghadiri pesta yang sering diadakan Berlusconi.

nicole minetti 261

Kini setelah karier politiknya tamat, dia lebih menjadi menumpukan pada kerjaya model dan menghabiskan masanya sebagai seorang selebriti.

5. Vanja Hadzovic – Serbia

vanja hadzovic

Vanja Hadzovic adalah salah seorang ahli Serbia yang berkhidmat sebagai penasihat Kementerian Luar Negeri Serbia. Dia kemudian telah mencetuskan kontroversi selepas gambarnya yang penuh skandal tersebar di media sosial.

vanja hadzovic 565

Walaupun begitu, dia telah berusaha dengan keras dan bersemangat untuk mencapai matlamatnya. Hadzovic juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Pemuda Parti Sosialis Serbia, parti yang pernah dipimpin oleh Slobodan Milosevic.

4. Irina Berezhna – Ukraine

irina berezhna

Irina Berezhna adalah seorang ahli politik Ukraine yang mewakili Parti Kawasan sejak Oktober 2007. Berezhna merupakan bekas Timbalan Rakyat Ukraine. Dia pernah menerima anugerah sebagai di Ukraine sebagai "Wanita Milenium Ketiga".

Pada tahun 2007 juga, Berezhna telah menerima PhD dalam jurusan undang-undang. Dia juga telah menerbitkan beberapa buah buku mengenai undang-undang dan perniagaan.

irina berezhna 2

Namun, malangnya pada 5 Ogos 2017, Irina Berezhna telah terlibat dalam satu kemalangan berdekatan pantai Adriatic di Croatia akibat pemandunya hilang kawalan. Berezhna telah meninggal dunia tetapi anak perempuannya selamat. Ukraine kehilangan seorang ahli politik yang berwibawa dan juga jelita.

3. Maria Kozhevnikova – Rusia

maria kozhevnikova

Pada tahun 2011, Maria Kozhevnikova merupakan ahli politik paling cantik di Rusia, menurut tinjauan yang dijalankan. Nama penuhnya Maria Aleksandrovna Kozhevnikova adalah seorang pelakon dan juga ahli politik Rusia sejak 2016 untuk negeri Duma di Rusia.

Sebelum terjun ke bidang politik, Kozhevnikova melakonkan banyak watak untuk filem dan siri TV di Rusia. Kozhevnikova merupakan anak kepada seorang pemain hoki kebangsaan Rusia iaitu Alexander Kozhevnikov.

maria kozhevnikova 816

Pada tahun 2006, dia telah menamatkan pengajian dari Russian Academy of Theatre Arts. Menurut majalah Maxim, Kozhevnikova pernah menjadi wanita tercantik di Rusia. Kozhevnikova yang pernah menjadi kulit hadapan majalah Playboy itu juga turut memenangi kerusi di Parlimen Rusia.

2. Maria Rosaria “Mara” Carfagna – Itali

maria mara cafagna

Mara Carfagna adalah seorang ahli politik Itali dan juga merupakan seorang bekas model. Majalah Maxim telah menobatkan Carfagna sebagai "Menteri Paling Cantik di Dunia". Sebelum itu, Carfagna aktif sebagai model selama beberapa tahun dan terlibat dalam beberapa rancangan televisyen.

Pada tahun 2006, dia telah terpilih untuk menjadi ahli Dewan Perwakilan untuk Parti Forza Italia. Dari tahun 2008 hingga 2011, dia telah berkhidmat sebagai Menteri Hak Setaraf dalam senarai kabinet bekas Perdana Menteri Itali iaitu Silvio Berlusconi.

maria carfagna

Mara Carfagna juga pernah memenangi pertandingan Miss Italy pada tahun 1997. Seperti Nicole Minetti, Carfagna juga terlibat dalam beberapa kontroversi semasa menyandang jawatan sebagai ahli politik.

1. Nikita Klæstrup – Denmark

nikita kl strup 2

Nikita Klæstrup adalah seorang ahli politik Denmark dan dinilai sebagai salah seorang ahli politik paling cantik dalam penampilan, bentuk badan dan juga citarasa fesyennya. Dia yang merupakan ahli Parti Perikatan Liberal juga merupakan seorang bintang TV dan model fesyen.

Pada tahun 2015 ketika ulang tahun ke-110 Universiti Copenhagen, Klæstrup telah menjadi bahan sensasi media apabila tampil dengan pakaian yang provokatif. Pada tahun yang sama juga dia menjadi ahli politik Denmark yang paling kerap muncul dalam carian Google.

nikita kl strup

Sebelum dia menyertai Parti Perikatan Liberal, dia merupakan ahli Pemuda Konservatif dan juga merupakan presiden persatuan tempatan Lolland-Falster KU dari tahun 2012 hingga 2014. DIa juga telah bertanding untuk Parti Rakyat Konservatif dalam pilihan raya tempatan Denmark pada tahun 2013 untuk Majlis Perbandaran Guldborgsund namun gagal terpilih.




Hakcipta iluminasi.com (2017)