Oleh pada 12 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Mstar

Tampil dengan sindiran sinis di media sosial, bapa Zahirah Macwilson, pelakon dan bekas pembaca berita, Zainol Macwilson mengundang pelbagai persepsi daripada netizen.

Aktor Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli bin Ariffin, 31, mengakui keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan kerana menggambarkan hubungan mereka seakan mempunyai konflik.

Zul berkata, dia berharap Zainol akan menyatakan sendiri kepadanya jika beliau tidak merestui hubungan rapatnya dengan Zahirah.

"Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan.

"Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang 'gentleman' dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri.

"Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya," katanya memetik laporan portal BH Online.

Biarpun Zainol sudah menjelaskan kenyataan itu sekadar gurauan dan tidak membawa makna apa-apa, sejurus selepas sindirannya itu menjadi tular, Zul berkata, dia tetap terkesan dengan apa yang berlaku.

Menurut Zul, selama ini dia juga sengaja tidak keluar berpasangan bersama Zahirah di acara hiburan termasuk memuat naik foto mereka di laman sosial kerana begitu menjaga reputasi kekasihnya.

zul ariffin bingung dengan sikap bapa zahirah macwilson 2

Kredit foto: mynewshub.cc

"Saya mahu orang luar memandang usaha keras Zahirah memperkenalkan bakat dan bukan menjaja kisah cinta. Saya bukan baru, sudah hampir 10 tahun dalam bidang ini. Jadi, saya sudah faham dengan permainan industri hiburan," ujarnya.

Tambah aktor yang meletup selepas membintangi drama 'Rindu Awak 200%' itu, dia tertanya mengapa diperlakukan sebegitu rupa selepas sekian lama cuba mengukuhkan nama dalam industri.

"Cuma, saya tidak faham kepada perlu mencetuskan perkara ini? Semua ini saya peroleh tanpa melalui jalan mudah. Bertahun-tahun saya menunggu untuk berada pada tahap ini, mengapa tiba-tiba buat saya seperti ini?," kata Zul dalam nada bingung.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)